Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pesaing baru Auto Chess ialah Dota Underlords!

Pemilik Battle Pass Dota 2 mempunyai akses kepada Open Beta Underlord.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, Steam
0 0
0
Pesaing baru Auto Chess ialah Dota Underlords!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Mei bulan lepas, Valve mengumumkan mereka sedang menghasilkan versi Auto Chess mereka tersendiri, selepas pencipta asal mod Dota 2, Drodo menumpukan perhatian kepada di versi stand-alone yang sudah didedahkan sebagai PC game eksklusif di Epic Games Store. Semalam, Valve telah memberi nama kepada pesaing Auto Chess ini, Dota Underlords.

Menurt Valve, Dota Underlords ialah game stand-alone baru yang meletakkan pemain di antara tujuh musuh dalam sebuah pertempuran intelek yang meminta pemain untuk membina, menggabungkan, dan meningkatkan level crew dalam pertarungan untuk menguasai bandar White Spire. Di laman web rasmi Dota, Valve berkata bahawa Dota Underlords memerlukan taktik bertaraf tinggi, dan bukan sekadar refleks. Developer juga memberi outline kepada pilihan offline single-player dan online multiplayer di dalam Dota Underlords:

Bermain online menentang tujuh pemain lain.

Praktis offline menentang barisan bot berkualiti tinggi (daripada easy kepada hardcore)

Berkumpul dan main bersama atau menentang bots dan pemain lain.

Dota Underlords akan keluar melalui Steam untuk Linux, Mac, dan Windows. Ia juga akan hadir di peranti Android dan iOS, serta Valve menjanjikan cross-play dan shared progression di semua pelantar.

Pemain Dota 2 boleh mengambil bahagian di open beta Dota Underlords jika mereka memiliki Battle Pass di MOBA tersebut. Dota 2 Battle Pass untuk The International 2019 bermula pada harga $9.99. Lebih banyak maklumat di laman web rasmi Dota.

Sumber – Dota Underlords

Tags: AndroidAuto ChessDota UnderlordsiOSLinuxmacPCsteam
Previous Post

Sony Akan Mengadakan Festival PlayStation® TOKYO 2019 Pada 15 Julai ini!

Next Post

Devs tidak akan mengubah character design di game Marvel’s Avengers walaupun dikritik dengan hebat di E3.

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Devs tidak akan mengubah character design di game Marvel’s Avengers walaupun dikritik dengan hebat di E3.

Devs tidak akan mengubah character design di game Marvel's Avengers walaupun dikritik dengan hebat di E3.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd