Sony Interactive Entertainment (SIE) akan mengadakan Festival PlayStation TOKYO 2019, yang akan mengumumkan pelbagai tajuk baru termasuk sidang media mengenai PlayStation, di Tokyo pada 15 Julai 2019, Isnin, 11 pagi – 6 petang (akan dipastikan semula) di Bellesalle Takadanobaba, Azuma, Kyoto Jepun. Dengan mengadakan PlayStation® Festival TOKYO 2019, SIE akan terus memperluaskan pasaran permainan dengan menyediakan pengguna dengan produk yang paling menarik yang unik kepada PlayStation®.
Oh! Patutlah Sony tidak hadir di E3 2019! Jadi inilah peluang untuk peminat mencuba pelbagai permainan video terbaru serta barangan terbaru , seperti Virtual Reality System PlayStation VR yang meningkatkan daya tarikan PS4 dan penuh dengan pengalaman permainan. Di samping itu, acara sidang media yang memperkenalkan pelbagai tajuk akan diadakan. Pada yang tidak dapat menghadiri acara ini, persidangan ini turut disampaikan melalui live streaming.
Butiran acara dan pra-tempahan untuk lawatan percubaan akan diumumkan pada laman portal Festival PlayStation®.
Tak sabar rasanya dengan pengumuman terbaru Sony ni! Harap-harap ada banyak permainan baru terutama The Last of Us 2 akan diumumkan! Nantikan kemaskini dari kami nanti ye.
@gamersantaimy
Discussion about this post