Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 5 Tactica – Penjelasan Quest, New Game+ & ciri Replay!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 20, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Real time strategy, Steam, Taktikal, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 5 Tactica – Penjelasan Quest, New Game+ & ciri Replay!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mempersembahkan maklumat terkini tentang Persona 5 Tactica, yang akan dikeluarkan pada 17 November 2023 untuk Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch dan Steam. Khususnya, mereka menjelaskan lebih lanjut tentang Quest, ciri Replay, dan New Game+!

Nikmati Cerita Bonus dengan Menyelesaikan Quest pada Setiap Peringkat!

Semasa menjalankan jalan cerita utama, anda akan menghadapi peringkat dengan mekanik khas dan syarat istimewa yang hanya boleh diselesaikan sebagai Quest! Setiap Quest menawarkan jalan cerita unik yang membuka perbualan baharu dengan rakan-rakan anda. Menyelesaikan Quest juga akan memberi GP yang boleh digunakan untuk majukan skill tree anda.

Pelbagai peringkat unik menanti anda—daripada mengalahkan semua musuh dalam satu pusingan dan melontar kotak dengan serangan jarak dekat untuk meletupkan sekumpulan musuh!

Gunakan ciri Replay dan dapatkan ganjaran!

Kredit: SEGA Asia

Anda boleh bermain pelbagai peringkat berulang kali dengan menggunakan Replay di Hideout! Ciri ini membolehkan anda memperoleh EXP, duit, dan Persona sebagai ganjaran jika menyelesaikan peringkat itu sekali lagi. Manfaatkan ciri Replay untuk menguatkan ahli parti!

Setiap peringkat mempunyai tiga “award” yang boleh dicapai. Sesetengah memerlukan anda untuk menyelesaikan peringkat dalam beberapa pusingan, manakala misi lain mungkin meminta anda menyelesaikan peringkat tanpa seorang watak yang KO.

Kredit: SEGA Asia

Lebih banyak award yang anda perolehi, lebih banyak EXP dan wang yang akan anda peroleh, jadi cuba yang terbaik untuk memperoleh tiga bintang dalam setiap peringkat! Anda juga boleh meningkatkan tahap kesukaran untuk memberi lebih banyak cabaran!

New Game+

Kredit: SEGA Asia

Apabila menamatkan game, anda dapat memindahkan Persona Compendium, data fusion, duit dan peralatan ke New Game. New Game+ untuk mengisi Persona Compendium sepenuhnya atau mencabar diri mengalahkan game sekali lagi pada tahap kesukaran yang lebih sukar!

Apabila memulakan playthrough kedua, anda akan membuka Special Art yang boleh ditemui di bawah Report. Khas untuk New Game+, anda dapat memperoleh design, seni konsep dan draf watak awal, serta ganjaran lain!

Kredit: SEGA Asia

Persona 5 Tactica akan dilancarkan pada 17 November 2023 untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Game Pass dan Steam. Untuk mendapatkan liputan lain kami mengenai Tokyo Game Show 2023, boleh klik pautan ini.

Tags: New Game+Persona 5 Tactica
ShareTweetSend
Previous Post

Sertai event Marvel’s Spider-Man 2 di Bukit Bintang! Peluang menangi pelbagai goodies eksklusif!

Next Post

Acara Khas Halloween Bakal Hadir ke Pokemon Sleep! Bermula 30 Oktober Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle
Berita

BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle

July 31, 2026
Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!
PC

Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!

July 31, 2026
Next Post
Acara Khas Halloween Bakal Hadir ke Pokemon Sleep! Bermula 30 Oktober Ini!

Acara Khas Halloween Bakal Hadir ke Pokemon Sleep! Bermula 30 Oktober Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd