Untuk meraikan pelancaran game Marvel’s Spider-Man 2 di PlayStation 5, hari in Sony Interactive Entertainment Singapore menganjurkan event khas di Bukit Bintang, Kuala Lumpur; di mana para pengunjung dapat menerokai “gerai surat khabar Daily Bugle”, pameran mini, mengambil gambar bersama Symbiote, hands-on game Spider-Man 2 di PS5 hands-on dan aktiviti mudah ala Coney Island!
Event Marvel’s Spider-Man 2 ini secara rasminya bermula hari ini dan akan berlangsung hingga 29 Oktober 2023. Untuk sertai, anda hanya perlu melawat tapak acara Marvel’s Spider-Man 2 dan kumpulkan kad setem melalui aktiviti. Selesaikan setiap “misi” untuk mendapatkan setem dan tebus hadiah istimewa.
Aktiviti Yang Disediakan
- Showcase Display
- Pengunjung boleh melihat PlayStation 5 – Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition Bundle dan Marvel’s Spider-Man 2 Collector’s Edition secara lebih terperinci melalui paparan showcase.
- Hands-on gameplay untuk Marvel’s Spider-Man 2
- Pengunjung dapat mencuba game Marvel’s Spider-Man 2 di booth hands-on di mana korang berpeluang mengalami detik-detik awal dalam permainan sebagai Peter dan Miles.
- Tangkap Momen
- Ambil foto atau video di Symbiote Photo-op atau Poster Giant Lenticular, muat naik foto/video ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #SpiderMan2PS5 dan pastikan posting itu terbuka kepada public
- Mini-game di Coney Island
- Selesaikan dua mini-game di zon Coney Island: permainan “Uji Kekuatan Memakai Tukul” dan permainan “Menjatuhkan Semua Tin”
Selepas menyelesaikan semua aktiviti di atas, anda boleh menebus poster khas daripada game (terhad kepada 200 salinan setiap hari) dan buku komik prekuel ( hanya pada 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober. Terhad kepada 100 salinan setiap hari).
Hadiah Eksklusif
Anda juga boleh dapatkan peluang untuk memenangi item eksklusif percuma seperti PlayStation Plus, merchandise edisi terhad dan juga PS5 Spider-Man 2 Bundle apabila membeli sebarang item di gerai jualan.
Seperti saya kata tadi, syarat untuk melayakkan diri adalah dengan membeli barang berkaitan, baru anda boleh memasuki Lucky Draw. Berikut adalah senarai produk yang dijual:
- Marvel’s Spider-Man 2 – Standard Edition (Disc/Digital) – RM299
- Marvel’s Spider-Man 2 – Digital Deluxe – RM339
- Marvel’s Spider-Man – Collector’s Edition – RM969
- Marvel’s Spider-Man 2 PS5 Console Limited Edition Bundle – RM2,969
- Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition PS5 Cover – RM309
- Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition DualSense Controller – RM399
Hadiah Lucky Draw
- Tempat Pertama: PlayStation 5 Console Limited Edition
- Tempat Kedua: Game Collector’s Edition
- Tempat Ketiga & Keempat: “Exclusive Fan Pack” termasuk 1x backpack, 1x keychain, 1x T-shirt, 1x lenticular card, 1x PlayStation Plus (Deluxe) 1 month subscription
Butiran Event
- Lokasi: Piazza, The Starhill, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
- Tarikh: 20 October – 29 October 2023
- Masa: 10:00 – 22:00
- Laman Web Rasmi: www.playstation.com/en-my/local/campaigns/marvels-spider-man-2/
Dapatkan segala berita kami tentang Marvel’s Spider-Man 2 termasuk review kami di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post