Hari ini, SEGA telah mengeluarkan maklumat terkini tentang RPG taktikal baharu Persona 5 Tactica, termasuk butiran tentang sejumlah watak utama dan tentang sistem pertempuran. Total empat watak, Yusuke Kitagawa, Makoto Nijima, Futaba Sakura, dan Haru Okumura telah didedahkan manakala elemen pertempuran seperti menukar watak, menyerang dari tempat yang lebih tinggi, jenis musuh baru, dan tahap kesukaran yang boleh diubah telah dijelaskan buat kali pertama.
Berikut adalah isi butiran:
Yusuke Kitagawa (disuarakan oleh Tomokazu Sugita) / Persona: Goemon
Yusuke ialah pelajar sekolah menengah tahun dua dan artis yang mendaftar dalam program seni di Kosei High School. Dahulu, bakatnya dieksploitasi oleh mentornya sendiri. Dia menyedari perkara ini selepas bertemu dengan Phantom Thieves dan menyaksikan kebenaran dalam Metaverse, lalu akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah dengannya.
Dengan kebolehan Persona, dia menyertai perjuangan Phantom Thieves. Walaupun nampak seperti lelaki muda yang kacak dan bersopan santun, cinta melampau Yusuke terhadap seni membuatkannya lebih pelik daripada biasa, hingga membingungkan orang sekeliling kadang kala.
Makoto Nijima (disuarakan oleh Rina Sato) / Persona: Johanna
Makoto ialah pelajar sekolah menengah tahun tiga di Shujin Academy. Kerana pengaruh kakaknya yang ketat, dia
mengikat dirinya dengan kehidupan seorang pelajar cemerlang. Digunakan sebagai alat oleh orang dewasa yang korup, dia akhirnya membebaskan diri, lalu membangkitkan kebolehan Persona, dan menyertai Phantom Thieves.
Sebagai presiden student council, Makoto adalah pemimpin natural dalam kumpulan dan memukul musuh dengan senjata buku lima besi buku. Malah, Ryuji pun takut dengan penumbuknya.
Futaba Sakura (disuarakan oleh Aoi Yuki) / Persona: Necronomicon
Futaba adalah seorang penggodam genius yang pernah membuat membuat kacau di seluruh dunia. Dia mula mengurung diri dalam bilik selepas dewasa jahat membuatkannya dia percaya bahawa dia bertanggungjawab atas kematian ibunya. Disebabkan gaya hidup ini, dia
menjadi takut kepada orang dan susah untuk bergaul.
Selepas mendapatkan semula memori sebenar, dia membangkitkan kebolehan Personanya. Futaba bertindak sebagai “navigator” untuk
Phantom Thieves, dan menyokong kumpulan dari belakang.
Haru Okumura (disuarakan oleh Haruka Tomatsu) / Persona: Milady
Haru ialah pewaris Okumura Foods, sebuah syarikat perkhidmatan makanan besar di Jepun. Dulu, ayahnya memaksa Haru untuk berkahwin dengan orang yang dia tidak cinta atas soal politik, dan setiap hari dia menyembunyikan keinginannya sendiri. Selepas membangkitkan kebolehan Persona, dia mempunyai keberanian untuk membebaskan dirinya daripada belenggu bapanya.
Malangnya, bapa Haru meninggal dunia, tetapi dia mengatasi kesedihan dan terus berjuang. Walaupun Haru adalah seorang gadis baik hati yang mempunyai rasa keadilan yang kuat, dia juga agak terlindung dan pelik, dan sering merujuk dirinya sebagai “Beauty Thief”.
Tukar antara watak pada bila-bila masa
Semasa giliran anda, pemain boleh bertukar antara tiga watak di medan perang pada bila-bila masa dengan menekan satu butang. Anda boleh menggerakan watak dan menukar di antara mereka seberapa banyak yang anda mahu sebelum melakukan apa-apa aksi. Gunakan kebebasan ini untuk merancang langkah dengan teliti. Bertukar antara watak juga ialah alat penting untuk memulakan Triple Threat (All-Out Attack). Dengan terus menukar antara ahli parti, anda boleh mendapatkan kawasan serangan yang lebih besar dan menyerang lebih banyak musuh!
Tumbangkan musuh dari tempat tinggi, diikuti dengan serangan susulan!
Dalam game ini, memposisikan diri di tempat yang tinggi adalah sesuatu yang bagus. Jika terdapat musuh yang terletak di a
tempat yang tinggi, anda boleh mendekati mereka dan menjatuhkan mereka ke bawah! Jika anda memukul mereka ke arah sekutu yang menunggu di atas tanah, mereka boleh melakukan Follow-Up Attack, lalu melakukan damage tambahan dan memberi “One More!” (tindakan tambahan).
Tiga jenis musuh baru
Selain daripada Musketeer standard, pelbagai jenis musuh akan muncul dalam game, seperti sebagai Grenadier: unit yang akan terbang ke arah anda dan melakukan serangan balas, Little Drummer: unit yang pakar dalam memberi buff dan penyembuhan; dan Musketeer: musuh yang pakar dalam menembak dari jarak jauh.
Ciri tambahan untuk memudahkan gameplay
Dengan melakukan Baton Pass, anda boleh menukar ahli parti di medan perang dengan mereka yang berada dalam simpanan. Ciri ini juga boleh diaplikasi kepada ahli parti yang kecundang semasa bertarung.
Pada masa yang sama, game ini dilengkapi dengan lima tahap kesukaran. Jika anda tidak boleh mencapai kemenangan, ataupun pertempuran rasa membosankan, cuba ubah kesukaran!
Gabung Persona bersama bantuan Lavenza
Velvet Room dalam game ini dihuni oleh Lavenza ala blacksmith di mana penampilan bilik ini menyerupai reka bentuk daripada Revolusi Perindustrian. Di sini, anda boleh menggabungkan Persona yang diperolehi dalam pertempuran dan menjadi lebih kuat!
Bagi sesiapa yang berminat, Persona 5 Tactica kini tersedia untuk prapesan di Microsoft Store, PlayStation Store, dan Steam. Pengguna Nintendo Switch boleh menambah game ini pada Wish List. Pemain yang membeli game ini lebih awal akan menerima Orpheus Picaro dan Izanagi Picaro Personas sebagai bonus terhad.
Game ini akan dikeluarkan pada 17 November 2023, di Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch dan Steam. Untuk membaca segala liputan kami tentang Persona 5 Tactica, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post