Berita baik untuk mereka yang mencari game baharu kerana SEGA sedang mengadakan SEGA Summer Sale di Steam, di mana sejumlah game PC terpilih boleh dibeli pada harga murah untuk masa terhad, termasuk Persona 3 Reload dan Like a Dragon: Infinite Wealth!
Bermula hari ini, 28 Jun, hingga 11 Julai, anda boleh membeli pelbagai game terbitan Sega pada harga diskaun setinggi 80%! Sebagai contoh, Yakuza: Like a Dragon yang asalnya berharga RM229.00, kini hanya bernilai RM45.80.
Malah, jika anda ingin mencari game baharu di Steam, saya ada dua cadangan bernas iaitu Persona 3 Reload, dan Like a Dragon: Infinite Wealth – kedua-duanya baru sahaja dilancarkan tahun ini.
Persona 3 Reload ialah turn-base RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh ATLUS. Merupakan remake kepada Persona 3, anda boleh bermain semula salah satu entri terhebat dalam siri Persona, yang dibuat semula dengan grafik canggih, ciri quality-of-life yang dimodenkan dan user interface yang bergaya. Asyikan diri sepenuhnya dalam cerita yang penuh emosi dengan adegan baharu, interaksi watak baharu, dan lakonan suara tambahan.
Like A Dragon: Infinite Wealth pula menemukan kita semula dengan Ichiban Kasuga dan Kazuma Kiryu dalam entri baharu francais game terkenal oleh Ryu Ga Gotoku. Anda boleh mengalami pertempuran RPG yang dinamik dan pantas di mana medan perang sekeliling boleh menjadi senjata anda dan apa-apa sahaja boleh berlaku. Ubah suai kemahiran parti anda mengiku situasi dengan pekerjaan dan customization gila untuk menewaskan musuh secara strategik dengan gerakan brutal.
Untuk menjimatkan masa semua orang, saya telah menyenaraikan beberapa game terbitan SEGA yang menerima diskaun di Steam:
- Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – RM89.40
- Football Manager 2024 – RM99.50
- ENDLESS™ Dungeon – RM54.50
- Company of Heroes 3 – RM94.50
- SONIC SUPERSTARS – RM63.60
- Alpha Protocol™ – RM71.20
- Sonic Frontiers – RM55.65
- Total War: PHARAOH – RM73.03
- Persona 5 Royal – RM126.00
- Persona 3 Reload – RM167.30
- Total War: WARHAMMER III – RM94.50
- Yakuza: Like a Dragon – RM45.80
- Like a Dragon: Infinite Wealth – RM167.30
- Two Point Campus – RM24.75
- Total War: THREE KINGDOMS – RM54.06
Untuk belajar lebih lanjut tentang setiap game di atas, saya juga menyertakan link di nama setiap game yang merangkumi setiap berita kami pernah tulis tentangnya.
Jika berminat untuk mendapatkan game baharu, jom layari SEGA Steam Summer Sale di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post