Sejak pengumuman Persona 3 Reload, ramai peminat yang ingin game tersebut hadir dengan pakej penuh, sekali dengan epilog “The Answer” yang tersedia dalam P3 FES. Nampaknya permintaan tersebut menjadi kenyataan apabila ATLUS mengumumkan bahawa Persona 3 Reload akan hadirkan Expansion Pass yang mengandungi pelbagai DLC dan juga “Episode Aigis: The Answer”, epilog yang dinanti-nantikan pemain!
Seperti yang didedahkan, Expansion Pass ini akan mengeluarkan kemas kini secara berperingkat. Peringkat pertama akan memberikan pemain muzik ekstra daripada Persona 5 Royal dan Persona 4 Golden pada 12 Mac 2024.

Seterusnya, pada bulan Mei, pemain akan dapat mengakses kostum Velvet Room dan juga set BGM untuk bilik tersebut.

Pada September 2024, barulah Episode Aigis: The Answer dikeluarkan. Epilog ini akan membawa pemain ikuti kisah ahli-ahli SEES yang terperangkap pada hari yang sama. Apabila android misteri bernama Metis muncul, mereka perlu bekerjasama untuk membongkar misteri yang terjadi kepada mereka.
Yang menariknya, epilog baharu ini akan memaparkan kandungan cerita yang dilanjutkan berbanding versi asal. Ia juga hadir dengan ciri Quality-of-Life serta penambahbaikan pada grafik yang sama seperti P3R. Bukan setakat itu sahaja, Aigis juga menerima beberapa upgrade unik seperti Theurgy dan aksi tambahan.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Persona 3 Reload daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post