Peminat tegar siri-siri MARVEL! Sesuatu yang anda tidak patut lepaskan tahun hadapan untuk menjadikan koleksi anda adalah sebuah permainan android dan iOS yang dimajukan oleh Kabam, yang juga pemenang bagi permainan pertempuran mudah alih yang memenangi anugerah ‘MARVEL Contest of Champions’, bekerjasama dengan Marvel Entertainment sekali lagi dalam permainan kedua mereka MARVEL Realm of Champions!
Bergenrekan RPG mudah alih masa nyata untuk peminat Marvel lama dan pemain mudah alih yang bersemangat, pemain akan disediakan dengan hero-hero Marvel yang dikenali sebagai “Houses” dan anda akan bersaing dengan rakan-rakan untuk pertempuran masa nyata aksi pertempuran terhadap musuh dan pemain lain sebagai sebahagian daripada perang epik perkadaran global di planet Battleworld!
MARVEL Realm of Champions merupakan sebuah konsep imaginasi baru yang berani dalam dunia Marvel Universe yang membawa pemain ke Battleworld, sebuah planet disebalik Space-Time Barrier, dimana ketenangan akhirnya tergangu akibat kematian Maestro, God-King.
Dengan perikatan di antara Houses, termasuk House of Iron (Iron Man), Spider-Guild (Spider-Man), Patriot Garrison (Captain America), Pyramid X (X-Men) dan banyak lagi kini berkecai, ia adalah perang tulen di seluruh negeri itu untuk menguasai lengkap. Bersedia untuk mengikat kesetiaan anda!
Sebagai ‘Champion’ akan sejajar dengan salah satu ‘Houses’, pemain akan bekerjasama atau bertarung satu sama lain untuk mengumpulkan sumber bagi puak mereka disepanjang ‘Battleworld’. Selepas memenangi ‘Champion’ dengan gear-gear yang diilhamkan oleh Super Hero, para peamain akan bersekutu dengan rakan-rakan mereka untuk meneroka lanskap berilhamkan Marvel seperti bandar teknologi tinggi yang dibina di Stark Technologies, medan peran Asgardian yang diilhamkan fantasi dan banayak lagi!
Pemain boleh bertempur dan bertarung di arena pertempuran dalam mod PvE dan PvP, setiap pertempuran menyumbang kepada konflik yang lebih besar dari ‘Houses’. Dengan secara strategik menggunakan kebolehan kelas watak menentang musuh untuk kerja berpasukan dan kesan maksimum, para pemain dapat menghidupkan fantasi mereka dengan menjadi Marvel Super Hero mereka sendiri, menjalin hubungan diplomatik dan memimpin House mereka untuk kemenangan di Battleworld.
Jadi jangan lupa untuk terus bersama kami atau terus layari laman web rasmi MARVEL Realm of Champions atau Facebook rasmi mereka untuk kemaskini yang termasuk pembukaan untuk pra pendaftaran.
Sumber: Marvel
@gamersantaimy
Discussion about this post