Pada bulan September lalu, Electronic Arts (EA) bersama Marvel telah mengumumkan game action adventure terbaru yang menampilkan superhero terkenal iaitu Iron Man. Dan hari ini, EA telah mengumumkan yang mereka mempunyai perjanjian jangka masa panjang bersama Marvel di mana mereka akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 3 game action adventure di PC dan juga konsol.
Kami telah lama menjadi peminat Marvel dan kepimpinan mereka yang mengagumkan, jadi ini adalah detik yang luar biasa untuk developer kami serta pemain dan peminat kami.
Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan Marvel ke dalam keluarga “creator” EA dan mengetahui kerjasama ini akan menghasilkan pengalaman yang luar biasa untuk pemain kami. Kami tidak sabar untuk melihat reaksi pemain apabila mereka bermain sebagai Iron Man dan melakukan perkara luar biasa yang dikenali sebagai superhero ini.
Menurut COO EA Laura Miele,
Memandangkan game Iron Man telah diumumkan, ia merupakan antara projek pertama daripada rancangan Electronic Arts yang sedang mengusahakan pelbagai game Marvel lain. Dibangunkan oleh Motive Studio, ia merupakan game single player action-adventure yang menggunakan “third-person perspective.”
Tidak banyak yang dikongsikan mengenai game ini, tetapi kita telah didedahkan yang game ini akan menampilkan cerita original sama seperti dalam komik. Buat masa sekarang, game ini masih dalam fasa pembangunan awal. Jadi berkemungkinan, ia akan mengambil masa lebih kurang setahun atau dua untuk menyempurnakan game ini.
Sudah alang-alang EA dan Marvel membuat perjanjian jangka masa panjang, korang nak tengok superhero mana dapat game sendiri? Cuba kongsikan dengan kami nama superhero tersebut di komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post