Sebagai sub-francais kepada francais Shin Megami Tensei pada penghujung tahun 90-an, siri Persona dengan cepat menjadi terkenal dengan lima permainan utama dan beberapa spin-off. Dengan genre-nya yang pelbagai, siri Persona mungkin sedang membangunkan spin-off lain pada peranti mudah alih bernama Code Name X!
Studio dari China, Perfect World membuat pengumuman semalam bahawa mereka sedang membangunkan permainan mudah alih untuk sebuah “IP JRPG terkenal” yang telah menjual “lebih dari 10 juta unit di seluruh dunia.” Teaser trailer di atas menunjukkan seorang individu sedang duduk atas atap bangunan di Shibuya Scramble Crossing. Kemudian, kita melihat seorang wanita sedang menggodam pangkalan data, lalu menyebabkan senarai kod binari melintasi Shibuya Scramble Crossing ketika penggera dicetuskan. Trailer ini diakhiri dengan tajuk CODE NAME: X.
Perfect World Games tidak berkongsi banyak maklumat tentang permainan ini, atau permainan “JRPG” popular mana yang mereka ilhamkan tetapi para peminat yang kenal dengan Persona 5 dapat membongkarkan misteri tersebut selepas melihat suasana, estetika, dan lokasi dari trailer.
Poster promosi pula menunjukkan seorang wanita (mungkin penggodam dari trailer), dengan pakaian yang hampir menyerupai Joker dari Persona 5. Kod binari, kalau diterjemahkan, sebenarnya bermaksud “PERSONA 5X.” Tidak lama selepas itu, penganalisis permainan video ZhugeEX mendapat pengesahan dari Perfect World Games bahawa IP permainan adalah berdasarkan siri Persona.
Chinese game company Perfect World has announced it is working on a mobile game for a famous JRPG IP.
While the game is only known as CODE NAME: X, it is very clearly a mobile game based on the Persona IP.
It is currently in early development and only confirmed for China atm pic.twitter.com/pM0BzrYQmX
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) April 13, 2021
Semasa sidang akhbar nya, Perfect World Games telah mengumumkan lebih daripada 30 permainan, kebanyakan berdasarkan IP Jepun termasuk One Punch Man World dan siri Million Arthur. Pada masa ini, Code Name X hanya akan dilancarkan di China, namun, ia mungkin akan dilancarkan di seluruh dunia tidak lama selepas itu.
Untuk segala liputan kami tentang siri Persona, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post