Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penyanyi Popular Manako Keluar Lagu Solo Baharu ‘Unleashed’ – Ilham Daripada Kaiju No. 8!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Penyanyi Popular Manako Keluar Lagu Solo Baharu ‘Unleashed’ – Ilham Daripada Kaiju No. 8!
Share on FacebookShare on Twitter

Terkenal sebagai penyanyi dan pelakon berbakat, artis Jepun Manako mengeluarkan video muzik untuk lagu baharunya di YouTube. Tajuk lagu tersebut ialah ‘Unleashed’, dan telah diinspirasikan daripada siri anime ‘Kaiju No. 8’, yang sedang ditayangkan sekarang.

Berikut adalah video muziknya:

Seperti yang anda boleh nampak, lagu ini diilhamkan daripada siri anime ‘Kaiju No. 8’ yang merupakan kegemaran Manako. Manako menulis lirik, yang mencerminkan perasaan ‘Kafka Hibino’, watak utama dalam siri ini. Sebagai lagu penghormatan kepada kedua-dua anime dan manga original, video muzik diarahkan oleh Kensuke Endo, yang pernah bekerja dengan artis Jepun besar seperti MAN WITH A MISSION.

Kredit: Manako

Berikut adalah mesej daripada Manako:

Untuk lagu baharu saya, saya memutuskan untuk mencipta satu penghormatan kepada Kaiju No.8, satu siri yang saya sukai sejak ia pertama kali dikeluarkan. Lagu saya sebelum ini juga diilhamkan oleh siri anime yang saya sukai (Blue Exorcist), tetapi dengan lagu ini saya menikmati setiap hari yang saya habiskan untuk menciptanya!

Lagu ini menampilkan lirik yang membangkitkan perasaan protagonis anime, Kafka Hibino. Semasa menulisnya, saya memberi tumpuan kepada semangat juang kuat Kafka, bagaimana dia tidak pernah takut untuk menghadapi kegagalannya sendiri dan bagaimana dia mengajar supaya tidak berputus asa dengan impian tidak kira berapa umur kita.

Muzik itu digubah dengan bantuan Encik Naoki Itai, yang sebelum ini bekerja dengan saya semasa saya sebahagian daripada kumpulan. Saya sangat gembira kerana muzik memberi saya peluang untuk bekerja dengan Naoki Itai semula.

Tentang Manako

Kredit: Manako

Pada tahun 2012, pada usia 16 tahun, dia membuat debutnya sebagai artis sebagai sebahagian daripada generasi ketiga kumpulan popular ‘DANCEROID’.

Selepas pembubarab kumpulan itu, dia menjadi vokalis utama untuk kumpulan tarian rock ‘Q’ulle’. Pada 2019 dia membuat debut di label utama sebagai artis solo dengan nama ‘manaco’, dengan mengeluarkan album debut ‘On Blue’. Dia juga mengeluarkan album foto sulungnya ‘ONE’S WHOLE SELF’.

Pada musim luruh tahun 2020, dia mula bekerja sebagai pelakon dan penghibur.

Tags: Kaiju No. 8Manako
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Elden Ring Shadow of the Erdtree – DLC Menggerunkan Yang Perlu Kemahiran & Kesabaran

Next Post

Manga My Hero Academia Kini Di Fasa ‘Epilog’, Kisah Akan Tamat Dalam Beberapa Bab Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Manga My Hero Academia Kini Di Fasa ‘Epilog’, Kisah Akan Tamat Dalam Beberapa  Bab Lagi

Manga My Hero Academia Kini Di Fasa 'Epilog', Kisah Akan Tamat Dalam Beberapa Bab Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd