Tokyo Revengers makin meletuppss! Dengan pelancaran Anime, dan terbaru siri aksi langsung, memang terbukti siri ini makin melonjak naik! Kini jumlah penjualan manga Tokyo Revengers turut terbukti meningkat secara mendadak seperti yang dikongsikan oleh laman AnimeSenpai! Yang membuatnya lebih menarik dan tidak disangka, rekod penjualan manganya telah menewaskan Attack on Titan!
Pada anda yang masih tidak tahu, Tokyo Revengers adalah siri manga Jepun yang ditulis dan ilustrasi oleh Ken Wakui. Ia telah disiarkan di Weekly Shōnen Magazine Kodansha sejak Mac 2017. Adaptasi siri televisyen anime oleh Liden Films ditayangkan pada bulan April 2021. Adaptasi filem aksi langsung pula ditayangkan di Jepun pada bulan Julai 2021. Pada bulan Julai 2021, manga Tokyo Revengers telah lebih 32 juta salinan diedarkan. Manga memenangi Anugerah Kodansha Manga ke-44 untuk kategori shōnen pada tahun 2020.
Dan hasilnya pada tahun ini, manga Tokyo Revengers telah dijual lebih dari 16,532,510 salinan dan menjadi manga terlaris Kodansha dalam setahun ini! Walaupun masih ada beberapa bulan lagi nak mencecah hujung tahun, sudah tentu kita dapat melihat bahawa manganya makin laris! Sebelum ini, rekod manga terlaris Kodansha adalah milik Attack on Titan yang menjual sebanyak 15,933,801 salinan manga pada tahun 2013. Siapa sangka, Tokyo Revengers mendapat takhta baru kan!
Ini adalah sedikit sinopsis Tokyo Revengers:
Kehidupan Takemichi Hanagaki berada pada tahap terendah sepanjang masa. Tepat ketika dia fikir ia tidak boleh menjadi lebih buruk, dia mengetahui bahawa Hinata Tachibana, bekas kekasihnya, dibunuh oleh Tokyo Manji Gang: sekumpulan penjahat kejam yang telah mengganggu keamanan masyarakat sejak beberapa lama. Tertanya-tanya di mana salahnya , Takemichi tiba-tiba mendapati dirinya menempuh masa, berakhir 12 tahun pada masa lalu — ketika dia masih menjalin hubungan dengan Hinata. Menyedari bahawa dia berpeluang menyelamatkannya, Takemichi bertekad untuk menyusup ke Tokyo Manji Geng dan naik ke peringkat untuk ulang masa lalu dan betulkan masa depan dengan menyelamatkan Hinata dari nasibnya yang tragis.
Bukan hanya itu, Sejak filem aksi langsung Tokyo Revengers ditayangkan di Jepun pada 9 Julai 2021, filem tersebut juga mendominasi box office. Menurut laporan dari Famitsu , filem ini telah melebihi pendapatan box office sebanyak 3.2 bilion yen dan jumlah penonton sebanyak 2.4 juta.
Walaupun masih ada peminat yang mengatakan Tokyo Revengers ini hanya untuk bocah, atau sebab Mikey yang kacak… Ini semua bedasarkan minat masing-masing. Jangan terlebih toksik ok gais! Benda best jangan lepaskan, kan dah menjadi hit penjualan Manga Tokyo Revengers ni! Okay nanti kami akan kongsikan lebih banyak info mengenai siri ini ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post