Horizon Forbidden West telah pun melepaskan DLC terbaharu “Burning Shores” pada bulan yang lalu. Walaupun terdapat pelbagai komen mengenainya, tetapi ia masih lagi sebuah DLC yang seronok untuk dimainkan malah mengembangkan dunia Horizon kepada pemain. Baru-baru ini ada berita bahawa akan ada game Horizon akan mendapat sekuel baharu. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Melalui PlayStation Blog, terdapat satu siaran khas mengenai perjalanan Guerilla sebagai PlayStation Studio. Direktor studio tersebut, Jan-Bart van Beek telah menyatakan pengembaraan Aloy akan bersambung. Bermaksud kita akan bertemu dengan Aloy dalam game akan datang oleh studio game tersebut.

Memandangkan Horizon Forbidden West baru sahaja melancarkan DLC besar pada 16 April yang lalu, mungkin lama lagi untuk kita mendapat maklumat mengenai pengembaraan terbaru Aloy ini. Kita tunggu sahaja pengumuman mengenai sekuel Horizon daripada Guerilla pada masa akan datang.

Tentang Burning Shores
Perjalanan melangkaui Forbidden West sambil kisah Aloy diteruskan. Temui mesin baharu dan cerita baharu yang menarik. Selatan Tenakth Clan Land, ribuan tahun letusan gunung berapi dan aktiviti seismik ganas telah mengukir runtuhan Los Angeles menjadi sebuah kepulauan yang berbahaya. Alami bab seterusnya Horizon Forbidden West semasa Aloy mengejar ancaman baru yang jahat terhadap planet ini, tersembunyi di kalangan liar berbahaya dan liar ini.
Horizon Forbidden West: Burning Shores tersedia di PS5 sekarang! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Horizon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post