Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Kami Di Monster Hunter Grand Exhibition Sempena Ulang Tahun Ke-20 Francais!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Pameran/Expo
0 0
0
Pengalaman Kami Di Monster Hunter Grand Exhibition Sempena Ulang Tahun Ke-20 Francais!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais aksi pengembaraan memburu Capcom yang sangat popular “Monster Hunter” (juga dikenali sebagai “MonHun”) kini sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-20 dengan pameran besar bertajuk “Monster Hunter 20th Anniversary – Monster Hunter Grand Exhibition,” yang berlangsung sejak 19 Julai hingga 8 September 2024, di Mori Arts Center Gallery di Roppongi Hills, Tokyo.

Pameran ini menawarkan pelbagai pertunjukkan dan aktiviti, dipecahkan kepada beberapa zon, yang mencerminkan dunia Monster Hunter serta pengalaman AR untuk dinikmati agar para hadirin dapat melihat daya tarikan Monster Hunter melalui pengalaman yang unik. Amat disyorkan untuk peminat Monster Hunter dan mereka yang berminat dengan dunia game, ini ialah peluang istimewa untuk anda mendalami sejarah francais selama 20 tahun.

Kebetulan, rakan kami mendapat peluang ke Jepun untuk melawat Monster Hunter Grand Exhibition, jadi berikut adalah pengalaman mereka:

Anniversary Theater

Kredit: CAPCOM

“Anniversary Theater” memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat kembali rakaman original penuh nostalgia daripada game-game terdahulu. Para Hunter akan disambut oleh rakaman yang ditayangkan pada skrin besar, di mana sejumlah monitor akan menayangkan sejarah Monster Hunter secara sekaligus . Teater ini terus mengembalikan memori berharga dan membawa para Hunter terus ke dunia Monster Hunter!

Weapon Projection

Kredit: CAPCOM

“Weapon Projection” membolehkan para Hunter merealisasikan impian untuk memegang senjata kegemaran dalam saiz yang realistik. Pengunjung boleh memilih daripada total 277 senjata di antara 14 jenis senjata yang dihasilkan daripada 26 raksasa dalam “Monster Hunter World: Iceborne”. Butiran memang cukup realistik dan memberi pengalaman kita memegang senjata sebenar.

Armor Interactive Monitor

Zon “Armor Interactive” menampilkan armor daripada 219 set perisai berbeza yang diperbuat daripada monster besar yang telah muncul dalam siri “Monster Hunter”. Pilih armor yang ingin dilihat daripada monitor besar hanya dengan sentuhan jari.

Bukan itu sahaja, zon ini menampilkan “Fox Sword Kakaru Kumonaki” sebenar yang dibuat secara realistik. Sebelum ini, “Fox Sword Kakaru Kumonaki” hanya dipamerkan di Bandar Sakai, Osaka pada 2022. Mengambil masa tiga tahun untuk dibuat, pedang bersaiz penuh ini mempunyai panjang bilah lebih kurang 2.2 m dan berat lebih kurang 150 kg.

Monster AR Experience Zone

Kredit: CAPCOM

Monster muncul di depan mata anda! Tarikan utama pameran ialah “Monster AR Experience Zone”, yang memberi peluang unik kepada pelawat untuk memerhati raksasa dari dekat selama 6 minit. Dengan bantuan teknologi AR terkini dalam Meta Quest 3, beberapa monster terkenal akan dihidupkan di hadapan mata anda! Sebanyak 16 raksasa daripada game-game dahulu akan muncul termasuk:

  • Rathalos
  • Azure Rathalos
  • Kushala
  • Daora
  • Tigrex
  • Nargacuga
  • Lagiacrus
  • Zinogre
  • Brachydios
  • Gore Magala
  • Seregios
  • Glavenus
  • Valstrax
  • Nergigante
  • Velkhana
  • Magnamalo
  • Malzeno

Monster Hunter History Zone

History Zone merangkumi “Monster Hunter History Wall” di mana pelawat boleh melihat sejarah “Monster Hunter” dan total 44 figura CFB (Capcom Figure Builder) berbeza akan dipamerkan, membolehkan pengunjung merasai pengalaman “Monster Hunter” selama 20 tahun. Di zon yang sama, figura “Seikret” bersaiz sebenar, seekor haiwan yang pemain boleh tunggang daripada “Monster Hunter Wilds”, turut dipamerkan buat kali pertama!

Attack of Fatalis

“Attack of Fatalis” mencipta semula pengalaman memburu epik di Castle Schrade dengan beberapa diorama. Berhadapan dengan Forbidden Monster, Fatalis, kerana ini adalah zon terakhir di Grand Exhibition.

Shop Area

Kredit: CAPCOM

Sebelum berangkat pulang, para Hunter boleh membeli pelbagai barangan eksklusif yang dibuat sempena Grand Exhibition. Antara produk yang mereka jual termasuk kemeja-T dengan rekaan original, pelbagai figura Capcom Figure Builder khas, beg ala kantung untuk meletakkan item, kusyen, acrylic display stand yang terdiri daripada pelbagai watak dan monster, tote bag, dan lain-lain.

Daishuryo Cafe

Di tingkat yang sama, Capcom turut menganjurkan kafe kolaborasi bernama “The Sun & The Moon”. Menampilkan pelbagai menu bertema, kami mendapatkan makanan King of the Skies, Rathalos Spaghetti Arrabbiata, dan Strange Wyvern, Khezu Piazza Toast serta air Frame King Dragon, Teostra Magma Soda, dan Vigorwasp Matcha Milk.

Selain yang saya sebutkan tadi, pelawat juga boleh mendapatkan Brast Hammer Wyvern, Uragaan Curry Rice, Thunder Wolf Wyvern Zinogre Fried Rice with egg, Iceborne Wyvern Velkhana Shaved Ice, Bubble Fox Wyvern, Mizutsune Parfait, Horned Wyvern, Diablos Latté, dan White Rabbit Beast Lagombi Frozen Drink.

Bukan itu sahaja, setiap pelanggan yang memesan menu kolaborasi akan menerima tikar makan original yang terdiri daripada 2 rekaan original.

Pendapat

Kredit: Digital Braves

Secara keseluruhan, acara ini memang ‘syurga’ untuk peminat tegar Monster Hunter.

Sebagai tarikan utama, rakan kami menganggap pengalaman AR cukup-cukup bagus, kerana hanya mengambil model monster daripada game, lalu mempamerkannya pada saiz 1:1. Selain daripada posisi berdiri, monster hanya menggerakkan kepala dan mereka tidak dapat berinteraksi dengan lebih lanjut. Namun, butiran yang lebih kecil dapat dilihat dengan mudah, seperti duri-duri kecil di ekor Zinogre, habuk yang keluar dari belakang dan sayap Gore Magala dan lendir-lendir pada “penumbuk” Brachydios.

Satu lagi tarikan bagi mereka ialah Armor Interactive Monitor, yang menunjukkan pelbagai perisai. Ini termasuk perisai dari game-game klasik yang pemain tidak boleh lihat lagi dalam game moden seperti Lagiacrus, Lao-Shan Lung dan lain-lain. Malah, ada pilihan untuk melihat bentuk “Gunner” atau “Alternate” bagi beberapa jenis perisai.

Kredit: Digital Braves

Replika Fox Sword Kakaru Kumonaki bersaiz sebenar pun cukup mengagumkan, dan apabila digabungankan dengan pengalaman AR, pengunjung boleh mempunyai pemahaman yang lebih baik dan jelas tentang saiz raksasa dalam Monster Hunter. Pendek kata, jika setiap monster muncul di dunia sebenar, saiz masing-masing memang besar-besar belaka.

Secara keseluruhan, mereka memang menikmati masa di acara ini hebat, dan menganggap ini adalah cara yang bagus untuk meluangkan masa terutamanya jika anda peminat kepada francais Montser Hunter.

Kredit: Digital Braves

Antara perkara yang mereka kesal adalah kebanyakan teks berada dalam bahasa Jepun, yang mengurangkan keseronokan di beberapa zon seperti History Zone, kerana maklumat di sana mengandungi latar belakang dan fakta-fakta menarik. Satu lagi kekurangan ialah kebanyakan barangan telah habis dijual di Shop Area.

Jika berminat, Monster Hunter 20th Anniversary – Monster Hunter Grand Exhibition masih berlangsung sekarang hingga 8 September 2024, di Mori Arts Center Gallery di Roppongi Hills, Tokyo. Berikut adalah harga tiket:

  • Hari Biasa
    • Kanak-kanak prasekolah — Percuma
    • Bawah 13 tahun — ¥1,800
    • Dewasa (13 tahun ke atas) — ¥3,700
  • Hujung Minggu & Hari Cuti (Jepun)
    • Kanak-kanak prasekolah — Percuma
    • Bawah 13 tahun — ¥1,900
    • Dewasa (13 tahun ke atas) — ¥3,900

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: monster hunterMonster Hunter Grand Exhibition
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu ROG Ally X – Lagi Bagus Dari Original Dengan Pelbagai Upgrade!

Next Post

Monster Hunter 20th Anniversary – Para Pengarah Menjelaskan Sejarah Francais Dengan Fakta-Fakta Menarik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Monster Hunter 20th Anniversary – Para Pengarah Menjelaskan Sejarah Francais Dengan Fakta-Fakta Menarik

Monster Hunter 20th Anniversary - Para Pengarah Menjelaskan Sejarah Francais Dengan Fakta-Fakta Menarik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd