Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Kami Di ‘Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 15, 2024
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Pengalaman Kami Di ‘Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia!’
Share on FacebookShare on Twitter

Populariti Jujutsu Kaisen telah meningkat dengan drasktik sejak adaptasi anime pada tahun 2020 dan kini menjadi antara francais paling terkenal di seluruh dunia. Untuk menyerlahkan lagi pengaruhnya, Malaysia bakal menganjurkan pameran eksklusif bertajuk ‘Animation Jujutsu Kaisen Exhibition‘, yang akan dibuka bermula 16 Ogos di Fahrenheit88, Kuala Lumpur.

Kredit: Digital Braves

Dibuka sehingga 20 Oktober 2024, setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam (kemasukan terakhir 9pm), pameran ini menjanjikan perjalanan yang tidak dapat dilupakan ke dalam dunia Jujutsu Kaisen, dengan menghidupkan siri anime ikonik tersebut dalam cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kebetulan, hari ini kami dijemput ke Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia – jadi sebelum pintu dibuka secara rasmi esok, saya ingin menceritakan pengalaman awal kami!

Memasuki Dunia Jujutsu Kaisen

Kredit: Digital Braves

Sebelum memasuki pameran, anda perlu mengambil kad id yang terdiri daripada enam watak kegemaran termasuk Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki, Maki Zenin, Panda, dan Toge Inumaki, serta risalah untuk mengumpul setem. Maka, barulah bermula perjalanan anda.

Pasti mempesonakan peminat, lebih 100 pameran eksklusif telah diimport dari Jepun. Pelawat akan diangkut ke tengah-tengah Tokyo seperti yang digambarkan dalam anime, melalui replika terperinci berdasarkan lokasi penting, patung bersaiz sebenar dan papan watak disayangi, serta gambaran eksklusif di sebalik tabir proses produksi.

Kredit: Digital Braves

Pertama sekali, Animation ‘Jujutsu Kaisen’ Exhibition Malaysia menampilkan empat bab/zon utama, dibahagikan kepada ‘Cursed Womb Must Die’, ‘Small Fry and Reverse Retribution’, ‘Kyoto Sister School Goodwill Event’ dan ‘The Origin of Blind Obedience’. Setiap satu mengandungi momen-momen paling diingati daripada anime, yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk untuk akan membawa semula keseronokan, kesedihan dan saspen daripada adegan.

Salah satu bahagian yang paling banyak menarik ialah bahagian manuskrip animasi, yang menampilkan lebih daripada 100 lakaran watak, lukisan konsep, draf warna, latar belakang, dan banyak lagi. Secara lebih khusus, pelawat boleh melihat proses produksi daripada mengubah manga kepada imej yang dinamik dan adegan pertempuran yang epik.

Pelbagai butiran dihasilkan di atas manuskrip ini, yang menawarkan pemahaman yang lebih mendalam tentang penciptaan dan perjalanan anime, serta memberi pandangan dunia yang unik dari perspektif yang berbeza. Malah, zon ini juga termasuk temu bual dengan beberapa ahli pasukan animasi MAPPA, termasuk pengarah Sunghoo Park, yang berkongsi pendapat dan visinya tentang anime itu.

Bukan itu sahaja, Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia turut menampilkan beberapa zon foto khas. Dalam zon ini, peminat dapat melihat model watak bersaiz 1:1 berdasarkan watak yang digemari seperti Gojo Satoru, Sukuna dan banyak lagi, secara lebih dekat dan peribadi. Peluang ini membolehkan peminat mendekati watak kegemaran untuk merasakan kehadiran dan karisma mereka.

Selain replika watak, Jujutsu Kaisen Exhibition juga mempamerkan pelbagai latar belakang realisitik yang diilhamkan oleh adegan ikonik Jujutsu Kaisen. Latar belakang ini bertujuan untuk pelawat mengalami suasana dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan secara langsung seperti “pertemuan pertama Gojo dan Itadori”.

Namun, saya agak kecewa kerana beberapa adegan ikonik hanya dipersembahkan menggunakan klip anime yang pendek. Selain itu, saya juga berharap dapat melihat replika kepada beberapa lokasi pertempuran penting atau sekurang-kurangnya visual 3D dengan efek bunyi yang realistik, tetapi semua itu tidak ditambah.

Kredit: Digital Braves

Juga termasuk dalam pameran, ada beberapa mini-game dan photo booth untuk anda cuba. Salah satu mini-game ialah cabaran besbol, manakala photo booth membolehkan anda bergambar dengan watak kegemaran menggunakan abiliti Jujutsu mereka.

Barangan Eksklusif & Kafe Istimewa

Di penghujung pameran, jangan lupa untuk singgah di kawasan merchandise yang penuh dengan barangan-barangan original. Para hadirin dapat melihat pelbagai barangan ekskslusif yang asalnya tidak boleh ditemui Malaysia termasuk lanyard, topi, baju, patung akrilik, poster premium, kad koleksi edisi terhad, dan alat tulis dan aksesori Prison Realm – semuanya direka secara eksklusif.

Walaupun harga agak mahal, saya anggap nilainya berpatutan memandangkan kualiti dan rekaan yang premium—jadi lepaskan peluang untuk membawa balik apa-apa mechandise yang sesuai dengan bajet anda.

Di luar pameran, terdapat sebuah kafe kecil di mana pengunjung boleh berehat dan mengisi semula perut yang lapar dengan makanan dan minuman bertema yang dihasilkan dengan kolaborasi Souled Out Café. Menu ini diilhamkan oleh watak Jujutsu Kaisen, merangkumi makan seperti ‘Itadori Mango Mint’, ‘Nobara Sparkling Orange’, ‘Jogo Chicken Curry’, ‘Toge Yakitori Don’, ‘Hanami Tempura Salad’ dan banyak lagi. Harga bermula dari RM10.

Pendapat

Kredit: Digital Braves

Secara keseluruhan sebagai peminat Jujutsu Kaisen, saya rasa RM55 adalah tawaran hebat untuk peminat tegar. Walau bagaimanapun, peminat kasual mungkin menganggapnya agak mengecewakan.

Hampir 60% daripada pameran itu didedikasikan untuk bahagian manuskrip animasi, dan jika anda tidak berminat dengan hal-hal di sebalik tabir, ia pasti akan rasa membosankan. Berita baik, anda masih boleh membeli-belah di kawasan merchandise dan mengambil gambar dengan watak yang disayangi.

Keseluruhan Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia mengambil masa kira-kira sejam, tetapi jika tidak menumpukan pada zon manuskrip animasi, anda boleh tamat dalam kira-kira 30 minit.


Bagi mereka yang berminat, promosi awal dengan pakej barangan eksklusif untuk Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia sedang disediakan. Memandangkan promosi ini terhad, peminat digalakkan untuk membeli tiket sekarang untuk mendapatkan tawaran terbaik.

Tiket Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia boleh dibeli di sini:

  • Ticket2U : https://www.ticket2u.com.my/jujutsukaisenexhibitionmy
  • Klook : https://s.klook.com/D1Z7LEO81o
  • Incutix :https://www.incutix.com/…/18E598E063624BB3BA3FBB121D698CFC

Pameran ini dihidupkan oleh Moments Experiential oleh Colony Group dengan kerjasama Trendic dan Incubase Studio, dan dilesenkan di bawah TOHO dan Medialink.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Animation Jujutsu Kaisen Exhibition MalaysiaJujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece: Mengapa Garp Tidak Selamatkan Ace? Oda Beri Jawapan Sebenar!

Next Post

Dragon Age: The Veilguard Rasmi Akan Datang Pada 31 Oktober

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
Dragon Age: The Veilguard Rasmi Akan Datang Pada 31 Oktober

Dragon Age: The Veilguard Rasmi Akan Datang Pada 31 Oktober

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd