Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman di Starlight Fantasy 2023 @ Berjaya Times Square – Dapat jumpa Kamen Rider Decade sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 11, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Game, Gunpla, Komik, Manga, Pameran/Expo, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Pengalaman di Starlight Fantasy 2023 @ Berjaya Times Square – Dapat jumpa Kamen Rider Decade sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara ACG Malaysia memulakan tahun 2023 dengan kepulangan Starlight Fantasy! Pernah diadakan pada Mei tahun lepas, acara meriah ini kembali sekali lagi pada 10 hingga 12 Februari 2023 di Berjaya Times Square Kuala Lumpur di mana korang boleh menghiburkan diri dengan pelbagai game, anime, komik, cosplay dan banyak lagi! Ditaja oleh Berjaya Times Square dan Sushi King, pengunjung diberi akses “KEMASUKAN PERCUMA”, jadi ajaklah berapa ramai untuk sertai sekali kerana anda tidak perlu bayar walau satu sen untuk masuk.

Keseluruhan acara berlangsung di beberapa bahagian di Ground Floor dan Lower Ground (LG) di Berjaya Times Square. Berikut adalah susun atur acara supaya korang tidak sesat nanti:

  • Luar Pintu Utama
    • Dinamakan Food Street, ia penuh dengan pelbagai jenis food truck yang menghidangkan masakan Melayu, Cina, Barat, Jepun dan lain-lain. Lebih seronok lagi, semua makanan dijual pada harga yang saya anggap murah dan sesuai.
  • Ground Floor
    • Inilah pintu masuk utama kepada acara di mana anda boleh sertai peraduan Gacha untuk jumpa Masahiro Inoue, Booth rasmi bagi acara, sektor VTuber.
    • Pada tingkat yang sama, di ‘Side Wing’ adalah sektor Cosplay & Creator
  • Lower Ground Floor
    • Mengandungi pentas utama untuk segala persembahan, booth lain-lain bagi merchandise, dan booth tandatangan & photog istimewa yang terletak di sebelah pentas.

Seperti saya kata tadi, Starlight Fantasy 2023 dipenuhi dengan pelbagai persembahan, permainan dan kemunculan khas oleh tetamu istimewa. Inilah sorotan saya bagi kandungan acara:

Berjumpa dengan Masahiro Inoue aka Kamen Rider Decade

Ini merupakan highlight saya bagi hari acara di mana Masahiro Inoue -pelakon terkenal Jepun yang memegang watak Kamen Rider Decade- menjadi tetamu khas di Starlight Fantasy 2023.

Starlight Fantasy 2023 mengumumkan bahawa acara mereka akan mengadakan Sentika Zisalis Tokusatsu Series Roadshow pertama di Malaysia, siri Tokusatsu ciptaan Masahiro-san sendiri. Buat peminat siri Kamen Rider Decade ataupun francais Tokusatsu secara umum, inilah peluang anda untuk berjumpa dengan pelakonnya, Masahiro Inoue di mana dia akan menghadiri acara buat dua hari berturut-turut.

Pada masa yang sama, korang boleh dapatkan tandatangan dan selfie eksklusif bersama Masahiro Inoue. Acara eksklusif ini dilakukan ala “gacha”, di mana peserta diberi hadiah mengikut apa yang mereka dapat.

Bukan itu sahaja, Starlight Fantasy 2023 akan mengadakan sesi “Breaktime Gathering” eksklusif bersama Masahiro Inoue dan cosplayer tempatan di mana peserta dapat bermakan malam bersama beliau dan memenangi pelbagai hadiah menarik lain.

Jadi saya ingatkan sekali lagi; jika anda peminat Kamen Rider, sila pastikan agar tidak terlepas peluang ini supaya dapat berjumpa dengan pelakon Kamen Rider kegemaran semua!

Lebih 40 cosplayer di satu acara, juga dihadiri cosplayer luar

Selain gembar-gembur biasa, lebih daripada 40 Cosplayer akan mengambil bahagian dengan membuka booth sendiri, dan menjual karya mereka. Ini termasuk cosplayer tempatan – “joann 喵, KING ANGEL 天王, lchigo Huii 小蕙, mika小佳 dan Mirajine Yue“. Itu hanya segelintir kerana ada berpuluh-puluh untuk korang jenguk! Jika kesempatan, sila lawat booth mereka untuk berinteraksi dan melihat karya masing-masing.

Selain itu, korang juga boleh datang dengan pakaian cosplayer sendiri – jadi jangan malu-malu dan pamerkan watak ‘feveret’ di acara! Tiada halangan!

Interaksi live bersama VTuber

Mempamerkan bakat terbaik di Malaysia, saya kagum melihat fenomena VTuber semakin meluas di Malaysia. Secara khususnya, pentas Starlight Fantasy tahun ini akan dipenuhi oleh 13 Vtuber (Virtual Streamer).

Untuk memberi sedikit kelainan, Starlight Fantasy, buat kali pertama, akan mengadakan persembahan Vtuber secara LANGSUNG pada skrin LED besar atas pentas di mana beberapa Vtuber termasuk NatsuInu Bluce, Akitsuki Inori dan Umineme Alice dapat berinteraksi dengan peminat dan peserta lain.

Di bawah adalah salah satu interaksi live yang diadakan hari ini:

Sokong artis Doujin tempatan, tapak untuk menyokong bakat mereka!

Pada masa yang sama, ramai pelukis hebat aka artis Doujin juga akan mengambil bahagian di booth masing-masing dan menjual karya mereka. Daripada fan art kepada karya orginal mereka sendiri, semuanya unik. JIka anda ingin membeli poster/wallpaper, poskad, pelekat, keychain, dan sebagainya, sini juga adalah tempatnya.

Rakan-rakan yang ingin menambah koleksi seni dengan barangan unik pasti harus singgah di sektor Doujin, lagi-lagi untuk menyokong artis tempatan kita!

Merchandise ‘ori’ daripada Jepun berdasarkan anime popular

f

Segala merchandise game, anime, tokusatsu, komik boleh diperoleh di sektor merchandise yang terletak di LG. Yang pasti, para toy collector atau sesiapa yang ingin mendapatkan figura daripada siri anime kegemaran akan berkumpul di sini. Tentang kualiti, jangan risau kerana semuanya dijamin ori daripada Jepun dan termasuk beberapa jenama terkenal termasuk Ichiban Kuji, Banpresto, dan Good Smile.

Bukan figura sahaja, malah Nintendo Switch OLED serba baharu pun dijual di sini (melalui Lucky Draw). Bayangkan betapa terkejutnya saya. Tetapi booth kegemaran saya adalah gerai gashapon di mana kita boleh mendapatkan keychain, cincin dan patung kecil eksklusif melalui gacha. Saya sendiri mencuba, dan mendapat keychain Miku Nakano daripada The Quintessential Quintuplets.


Sekali lagi saya ingatkan, Starlight Fantasy 2023 sudah bermula sejak 10 hingga 12 Februari 2023 di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Kemasukan adalah PERCUMA, jadi marilah meriahkan suasana.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acarapameranStarlight Fantasy 2023
Previous Post

Unboxing: PlayStation VR2 akhirnya ada di tangan kami!

Next Post

DIGIMON Seekers Projek Terbaru Francais Diumumkan! Novel Tersedia April Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
DIGIMON Seekers Projek Terbaru Francais Diumumkan! Novel Tersedia April Ini!

DIGIMON Seekers Projek Terbaru Francais Diumumkan! Novel Tersedia April Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd