Acara Astro Bot Launch sedang mencuri tumpuan di Malaysia dengan zon pop-up menarik di Sunway Pyramid. Dianjurkan oleh Sony Interactive Entertainment Singapore, acara ini meraikan pelancaran game Astro Bot yang sangat dinantikan, sebuah gamer platformer yang menawan hati ramai dengan wataknya yang comel dan gameplay yang menyeronokkan.
Acara pop-up Astro Bot berlangsung di Blue Concourse, Sunway Pyramid, dari 12 September hingga 16 September 2024, dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Peminat berpeluang untuk merasai pengalaman penuh dalam dunia Astro Bot dengan pelbagai aktiviti interaktif yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Pengalaman Kami
Pengunjung boleh mencuba game Astro Bot, melihat belon gergasi Astro, menikmati tawaran istimewa dari PlayStation, serta menyertai pelbagai aktiviti. Pengunjung juga boleh mengumpul setem melalui aplikasi Sunway Mall untuk layak menyertai cabutan bertuah dan bermain mesin arked bertemakan Astro Bot, dengan peluang memenangi cenderamata edisi terhad seperti pelekat, lencana enamel, rantai kunci, bantal, dan banyak lagi.
Giveaway harian untuk barangan Astro Bot tersedia setiap hari bagi mereka yang memenuhi kriteria di bawah dan mengumpul 4 setem. Mula-mula, muat turun aplikasi Sunway Mall, dan mulakan perjalanan pengumpulan setem anda:
- Daftar di kawasan pendaftaran dan ikuti akaun @PlayStationAsia dan @sunway_pyramid di Instagram.
- Kunjungi gerai demo di mana anda boleh mencuba Astro Bot di PS5 dan merasai kehebatan maklum balas daripada pengawal DualSense.
- Bergambar di Astro Bot Photobooth dengan belon Astro atau di booth.
- Tunjukkan gambar anda kepada kakitangan, kemudian lukis watak Astro Bot versi diri sendiri di kawasan melukis. Gantungkan lukisan anda di papan pameran.
Setelah semua tugas setem selesai, anda akan menerima hadiah kecil dan token untuk mencuba nasib di mesin arked. Hadiah yang ditawarkan semuanya berkaitan dengan Astro Bot. Anda juga berpeluang memenangi hadiah utama seperti konsol PlayStation 5, PULSE Elite wireless headset, atau DualSense Wireless Controller – Astro Bot Limited Edition.
Setelah menyelesaikan misi setem, peserta boleh menjawab soalan melalui Sunway Mall App. Tiga jawapan terbaik akan dipilih untuk memenangi hadiah yang diidamkan ini, di mana satu hadiah diberikan kepada setiap pemenang.
Booth Playstation
Selepas mencuba Astro Bot, anda juga boleh membeli PS5 terus di sana. Bukan sahaja Astro Bot, tetapi anda juga boleh meneroka dan membeli game lain. Harganya hampir sama seperti di kedai biasa, tetapi jika membeli produk berkaitan Astro Bot, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi PS5 atau barangan Astro Bot lain.
Terdapat juga mini-game di mana pemain boleh mencari bot VIP khas dalam gambar. Mereka juga mempamerkan barangan Astro Bot, PS Portal, PS5 Slim, dan controller DualSense.
Secara keseluruhan, acara ini merupakan pengenalan yang hebat kepada game dan ekosistem PlayStation yang luas, dengan banyak keseronokan untuk peminat gaming dan mereka yang baru mengenalinya.
Jika anda peminat PlayStation atau sekadar mencari aktiviti menyeronokkan, acara Astro Bot ini adalah pengalaman yang tidak patut dilepaskan semasa ia berlangsung di Malaysia!
Untuk baca segala artikel kami tentang Astro Bot termasuk reviu lengkap, sila klik di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post