Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendaftaran Ujian Beta Tertutup ‘Digimon Alysion’ Kini Dibuka oleh Bandai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, Beta, iOS, Kad Strategi, Mobile
0 0
0
Pendaftaran Ujian Beta Tertutup ‘Digimon Alysion’ Kini Dibuka oleh Bandai!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Card Games secara rasmi mempelawa peminat untuk menyertai ujian beta tertutup bagi game mobile terbaru mereka, Digimon Alysion. Game yang dinanti-ramai ini merupakan adaptasi daripada Digimon Card Game yang sedia popular.

Bagi mereka yang teruja untuk menjadi antara yang pertama mencuba versi digital ini, pendaftaran telah pun dibuka dan akan berakhir pada 3 Ogos, jam 9:55 pagi waktu Malaysia.

[Closed β Test]
Closed β Test participant application for the new smartphone app #DIGIMONALYSION is now open!

◆Registration Period
7/28 9:00 – 8/3 1:59 UTC┃7/28 2:00 – 8/2 18:59 PDT(Sched.)

◆Apply here! https://t.co/zdcecGs5mN#Digimon#DigimonCardGame#DigimonTCG pic.twitter.com/IdjZiyIwl6

— Official DIGIMON ALYSION (@DIGIMON_ALYSION) July 28, 2025

Digimon Alysion merupakan sebuah game mobile free-to-play yang dibangunkan oleh Bandai Namco untuk platform iOS dan Android.

Projek ini, yang pertama kali dihebahkan semasa acara Digimon Con, bermatlamat untuk membawa pengalaman strategik dari permainan kad fizikal Digimon Card Game (yang dilancarkan pada 2021) ke platform digital, agar dapat dinikmati oleh pemain dari segenap pelosok dunia.

Aspek gameplay akan mengekalkan mekanik utama seperti versi fizikalnya. Para pemain perlu menyusun dek utama yang mengandungi 50 kad dan dek Digitama dengan 5 kad untuk bertarung dengan pemain lain secara dalam talian.

Matlamat utama pertarungan juga tidak berubah, iaitu untuk menghabiskan kelima-lima “security point” pihak lawan sehingga sifar.

Walau bagaimanapun, Digimon Alysion menjanjikan lebih daripada sekadar sebuah adaptasi biasa. Latar dunianya adalah sama seperti webkomik dan novel Digimon Liberator, namun ia akan membawakan jalan cerita serba baharu, lengkap dengan watak dan Digimon unik.

Ini termasuklah pengenalan laluan evolusi yang belum pernah dilihat sebelum ini, atau disebut sebagai ‘digivolution paths’, yang akan diperkenalkan buat julung kalinya dalam game ini.

Bagi memperkayakan lagi pengalaman digital, game ini akan menampilkan kad eksklusif ‘DigiAly’ yang direka khas untuk kegunaan digital. Selain pertarungan kad, pemain juga berpeluang memelihara Digimon maya dengan seni piksel klasik yang ikonik.

Ciri ini menambah satu lagi lapisan kemajuan dan pilihan customization selain daripada sekadar membina dek kad.

\Digimon Battles In a Whole New World!/

In #DIGIMONALYSION, an untold story awaits—meet new characters and Digimon as you explore with Kanata and Futre!

Experience the Digimon Card Game by venturing into the world of ALYSION!#Digimon#DigimonCardGame#DigimonTCG pic.twitter.com/SExMCcyyWt

— Official DIGIMON ALYSION (@DIGIMON_ALYSION) July 28, 2025

Ujian beta tertutup Digimon Alysion diadakan dengan tujuan utama untuk mengumpul maklum balas terperinci daripada 10,000 peserta terpilih. Menurut Bandai Card Games, ujian ini penting untuk menilai sistem gameplay serta menguji ketahanan server load dalam persekitaran sebenar.

Maklum balas dan pandangan daripada para pemain amatlah berharga bagi menambah baik kualiti game sebelum ia dilancarkan secara rasmi kelak.

Jadi, pemain yang berminat disarankan agar tidak melepaskan peluang ini dan segera menghantar permohonan sebelum tarikh tutup pada 3 Ogos untuk sama-sama membantu mencorakkan masa depan Digimon Card Game di arena mudah alih.

Tags: Digimon Alysion
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba – Kronologi Jalan Cerita Sebelum Infinity Castle (Spoiler Minimum)!

Next Post

Impulse Gaming Umum Pembukaan Cawangan Baharu di IOI Mall Puchong!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Impulse Gaming Umum Pembukaan Cawangan Baharu di IOI Mall Puchong!

Impulse Gaming Umum Pembukaan Cawangan Baharu di IOI Mall Puchong!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd