Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Yu-Gi-Oh mati lemas kerana ingin menyelamatkan orang, kisah sebalik kematian Kazuki Takahashi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pencipta Yu-Gi-Oh mati lemas kerana ingin menyelamatkan orang, kisah sebalik kematian Kazuki Takahashi
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun ini, satu dunia terkejut apabila mendapat tahu tentang kematian Kazuki Takahashi, pencipta kepada francais popular Yu-Gi-Oh. Kematiannya secara rasmi disahkan kerana lemas tetapi menurut laporan baru, pencipta Yu-Gi-Oh itu rupanya meninggal dunia kerana cuba menyelamatkan orang lain.

Baru-baru ini, seorang pegawai tentera Amerika bercakap dengan Stars and Stripes dan mendedahkan beberapa butiran penting. Bernama Major Robert Bourgeau, pegawai itu berada pada hari kejadian di Mermaid’s Grotto (Okinawa, Japan) dan pada masa itu sedang mengajar dua perenang.

Tiba-tiba, dia melihat seorang ibu Jepun menunjuk kepada anak perempuannya dan seorang askar A.S., yang kedua-duanya terperangkap dalam arus bertentangan (kawasan berbahaya dengan arus air yang kuat).

Sumber – Stars and Stripes

Menurut laporan, arus bertentangan itu sudah cukup berbahaya, tetapi ombak setinggi enam kaki yang menghempas mencipta pusaran laju dan mula menarik perenang hingga terperangkap. Ini membuatkan keadaan menjadi sangat sukar untuk melarikan diri.

Tanpa membazirkan masa, Bourgeau melompat masuk ke dalam laut untuk menyelamatkan perenang. Tanpa diduga, si ibu pun disedut ke dalam arus bertentang tetapi nasib baik lah Bourgeau berjaya membawa pulang gadis dan ibu itu ke tempat yang selamat. Seterusnya, Bourgeau pulang semua ke arus bertentang untuk menyelamatkan askar A.S. yang masih terperangkap.

Major Robert Bourgeau

Pada satu ketika semasa operasi, Takahashi melangkah masuk untuk membantu di mana ramai saksi “melihat beliau buat sekilas pandang sebelum dia hilang ditelan ombak”.

Menurut pegawai tentera A.S., mereka tidak sedar Takahashi datang untuk membantu. Malangnya, pencipta Yu-Gi-Oh itu akhirnya mati lemas dalam proses. Mayat Takahashi ditemui dua hari kemudian oleh Pengawal Pantai Jepun.

“Dia seorang hero. Dia mati cuba menyelamatkan orang lain.”

kata Bourgeau.

Kazuo Takahashi atau lebih dikenali secara profesional sebagai Kazuki Takahashi membuat debut manga bersirinya pada tahun 1986, dan terkenal sebagai pencipta Yu-Gi-Oh!, yang diterbitkan dalam Weekly Shōnen Jump dari 1996 hingga 2004. Manga itu kemudian melahirkan siri permainan kad popular dengan nama yang sama, yang memegang Rekod Dunia Guinness sebagai permainan kad paling terlaris di dunia.

Untuk segala liputan kami tentang Yu-Gi-Oh, sila tekan pautan ini.

Tags: Kazuki TakahashiYu-Gi-Oh
Previous Post

Walaupun ramai mengadu, FIFA 23 raih lebih 10 juta pemain dalam masa seminggu

Next Post

Dragon Ball: The Breakers kini tersedia untuk konsol & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Dragon Ball: The Breakers kini tersedia untuk konsol & PC!

Dragon Ball: The Breakers kini tersedia untuk konsol & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd