Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Sonic, Yuji Naka kesal dengan pelancaran Balan Wonderworld!

Maira by Maira
April 29, 2022 - Updated on May 26, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Pencipta Sonic, Yuji Naka kesal dengan pelancaran Balan Wonderworld!
Share on FacebookShare on Twitter

Balan Wonderworld merupakan game yang mempunyai potensi besar semasa ia diumumkan. Lebih-lebih lagi Yuji Naka, pencipta Sonic turut serta dalam pembangunan game terbaru Square Enix itu. Tetapi malangnya, selepas game tersebut dilancarkan, ia dipenuhi dengan banyak bug, mekanik yang pelik dan kelihatan seperti game yang tidak siap. Baru-baru ini, pencipta Sonic itu telah mendedahkan beberapa perkara mengenai game tersebut dan mengapa ia gagal menunjukkan potensi sebenarnya.

Semasa pelancaran demo Balan Wonderworld dikeluarkan, ia telah membuatkan ramai pemain rasakan sesuatu yang tidak kena padanya. Dengan pelbagai masalah yang berlaku semasa bermain, ia membuatkan ramai tertanya bagaimana game yang dihasilkan oleh Yuji Naka serta pasukan hebatnya memberikan hasil yang teruk? Rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya dan Yuji Naka sendiri telah menceritakannya melalui Twitter.

Six months before the launch of #BalanWonderworld, a work order was issued removing me as director, so I filed a lawsuit in court against Square Enix. I would like to tell you that the court case is over and the work order is no longer in effect at this time. use translation tool pic.twitter.com/U53SgNMh85

— Yuji Naka / 中 裕司 (@nakayuji) April 28, 2022

Bebenang Twitter Yuji Naka telah menceritakan secara terperinci mengenai perkara yang terjadi semasa pembangunan Balan Wonderworld. Agak terkejut juga bila Naka mengatakan bahawa dia telah disingkirkan sebagai pengarah game itu enam bulan sebelum pelancarannya. Bukan setakat itu, beberapa orang lain dalam syarikat itu juga mahu dia dikeluarkan dengan alasan yang tidak masuk akal. Naka juga telah meminta muzik rasmi digunakan untuk game tersebut dan bukannya gubahan yang disusun semula. Malah, dia juga tidak berpuas hati apabila pembangun Azrest, melancarkan game tersebut tanpa menyelesaikan masalah bug dan glitch dalam game itu.

Dia tahu bahawa Balan Wonderworld berada dalam kedaan yang teruk dan berusaha untuk melakukan sesuatu mengenainya. Tetapi nasihatnya tidak diendahkan malah dibuang daripada projek yang dia bantu bangunkan. Yuji Naka telah memfailkan saman terhadap Square Enix kerana ditamatkan perkhidmatan secara salah. Kini, masalah tersebut telah selesai dan ini mendorongnya untuk bersuara di media sosial serta mengatakan bahawa syarikat itu tidak kisah tentang game atau peminat mereka. Naka juga berharap Balan Wonderworld boleh mencapai potensi sepenuhnya dan berasa kesal apabila ia dilancarkan dengan keadaan yang mengecewakan.

Buat masa ini, tiada kenyataan daripada Square Enix mengenai perkara ini. Tetapi melihat pada hasil akhir Balan Wonderworld dan Yuji Naka dibuang secara tiba-tiba daripada syarikat itu, rasanya macam ada benda yang lebih mendalam mengenainya. Balan Wonderworld sememangnya satu game yang mempunyai potensi hebat selepas pengumumannya dengan ramai peminat terpesona dengan game tersebut. Tetapi hasil akhirnya sangat mengecewakan dan ia dibiarkan begitu sahaja oleh Square Enix. Ada kemungkinan juga mereka kekurangan minat untuk melabur pada game genre ini.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter, The Gamer

Muat turun di sini
Balan Wonderworld
Publisher: Square Enix
Developer: Square Enix
Release Date: 2021-03-26
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Balan Wonderworld adalah permainan platform yang akan datang yang dikembangkan oleh Balan Company dan Arzest, dan diterbitkan oleh Square Enix. Ia dijadualkan dilancarkan pada 26 Mac 2021 untuk Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X / S, PlayStation 4, dan PlayStation 5
Tags: Balan Wonderlandsonicsquare enixYuji Naka
Previous Post

Star Wars Jedi: Fallen Order 2 dilaporkan akan keluar untuk konsol next-gen dan PC

Next Post

PC Game Pass percuma mungkin tersedia dengan pembelian laptop gaming baru

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
PC Game Pass percuma mungkin tersedia dengan pembelian laptop gaming baru

PC Game Pass percuma mungkin tersedia dengan pembelian laptop gaming baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd