Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Final Fantasy terkejut lihat patung FFVI bernilai RM50K, harga terlalu mahal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 26, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Pencipta Final Fantasy terkejut lihat patung FFVI bernilai RM50K, harga terlalu mahal
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mendedahkan patung Masterclass skala 1/6 yang menampilkan Tera dari FFVI yang berharga 1,485,000 yen atau anggaran RM50,555.64. Ramai di seluruh dunia terkejut melihat harganya termasuk pencipta francais Final Fantasy, Hironobu Sakaguchi.

Seperti saya, patung ini menampilkan Tera (protagonis dari FFVI) sedang berdiri di atas perisai Magitek, serta papan nama, bahagian yang boleh ditukar ganti untuk wajah dan pose berbeza, dan Moogle yang boleh anda letakkan untuk sekadar hiasan tambahan.

Seterusnya, Square Enix mengesahkan bahawa patung itu akan dihadkan kepada 600 unit di seluruh dunia, di mana 150 akan dipasarkan secara eksklusif di Jepun. Prapesan untuk patung itu akan dijalankan sehingga mencapai had 600 dan akan mula dihantar pada 23 Julai 2023.

Artis terkenal Yoshitaka Amano (bertanggungjawan untuk majoriti reka bentuk watak semasa awal siri FF) turut muncul dalam video di atas untuk mempromosikan patung itu.

Tidak boleh dinafikan dalam video di atas bahawa patung itu sangat besar dan memang adalah karya yang mengagumkan oleh Square Enix, tetapi mengapa harganya mahal sangat? Ini yang menimbulkan kemarahan peminat dan juga bekas pekerja Square Enix sehinga pencipta francais FF, Hironobu Sakaguchi. menulis dalam Tweet:

Bukankah itu agak keterlaluan ? Awak okay, Square Enix?”

Sakaguchi, yang sebelum ini membimbing siri Final Fantasy telah meninggalkan Square Enix pada tahun 2003 untuk mengasaskan studio bernama Mistwalker. Beliau turut menambah bahawa walaupun diorama yang dibina untuk game RPG Fantasian sudah “cantik sangat”, itu pun tidak menelan kos yang banyak seperti patung ini.

Final Fantasy VI asalnya dilancarkan untuk konsol Super Famicom di Jepun pada tahun 1994. Sejak itu, game ini telah dikeluarkan di PlayStation, Game Boy Advance, telefon pintar dan PC. Selepas meraih sambutan yang positif di kalangan peminat selama bertahun-tahun, Final Fantasy VI Pixel Remaster dilancarkan untuk PC melalui Steam dan peranti mobile pada 23 Februari.

Apa pendapat korang pasal patung di atas? Sanggup tak beli? Untuk membaca segala liputan kami tentang Final Fantasy termasuk kolaborasi mereka bersama UNIQLO, sila tekan pautan ini.

Tags: FFVIfinal fantasymahal
Previous Post

Antara MANHWA hebat yang mempunyai ELEMEN GAME selain Solo Leveling!

Next Post

[Pandangan pertama] Goddess of Victory: NIKKE – Game shooter anime yang senang dimainkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[Pandangan pertama] Goddess of Victory: NIKKE – Game shooter anime yang senang dimainkan!

[Pandangan pertama] Goddess of Victory: NIKKE - Game shooter anime yang senang dimainkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd