Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penamat Monster Hunter Rise: Sunbreak tiba hari ini, bertemu Primordial Malzeno!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Battle.net, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox One
0 0
0
Penamat Monster Hunter Rise: Sunbreak tiba hari ini, bertemu Primordial Malzeno!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom mengumumkan bahawa Monster Hunter Rise: Sunbreak – Title Update 6 telah dilancarkan secara rasmi untuk Switch dan PC melalui Steam, yang memaparkan pertarungan terakhir dengan Primordial Malzeno. Pada masa yang sama, semua kandungan daripada Title Update 4, 5 dan Free Bonus Update akan dikumpul di dalam satu pakej untuk Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 5 dan PlayStation 4 pada 24 Ogos 2023.

Apa yang baru dalam update terakhir Sunbreak?

Monster baharu

Kredit: Capcom

Title Update 6 menampilkan raksasa terakhir untuk datang ke expansion besar-besaran ini iaitu Primordial Malzeno. Kisah Monster Hunter Rise: Sunbreak asalnya sepatutnya berakhir dengan pertarungan klimaks antara pihak Kamura menentang pihak Amatsu dalam Title Update 5, tetapi, Title Update 6 akan menyimpulkan kisah lama tentang Primordial Malzeno dan Kingdom.

Pemain boleh mencabar Monster hebat ini bermula pada Master Rank level 10, di mana Primordial Malzeno memperkenalkan pelbagai corak serangan dan gerakan baharu. Jika berjaya dikalahkan, Monster ini akan menjatuhkan pelbagai “parts” penting untuk para Hunter mencipta set perisai dan senjata unik.

Event Quest baharu

Kredit: Capcom

Berikutan pelancaran, Event Quest akan menambah dua cabaran susah dan ganjaran yang lebih menarik sehingga 27 Julai. Berikut adalah butirannya:

  • For a Song and a Rain Dance (syarat: MR 10 ke atas)
    • Buru dan kalahkan Royal Ludroth, Mizutsune, Kushala Daora
    • Ganjaran: Gesture “Please 1” “Please 2” “Please 3”
  • Cutting Through Darkness (syarat: MR 10 ke atas)
    • Buru dan kalahkan Nargacuga, Nargacuga, dan Lucent Nargacuga
    • Ganjaran: Forge Layered Armor “Darkened Sight”
  • Info penuh di SINI

Kandungan DLC Berbayar

Kredit: Capcom

Walaupun tiada DLC Berbayar baharu akan dikeluarkan untuk Free Bonus Update, DLC sedia ada telah digabungkan dalam set bertema.

  • “Kamura Collection” DLC Pack
    • “Utsushi” Hunter layered armor set
    • “Hinoa” Hunter layered armor set
    • “Minoto” Hunter layered armor set
    • Hunter Voice: Master Utsushi
    • Hunter Voice: Hinoa the Quest Maiden
    • Hunter Voice: Minoto
  • “Kingdom Collection” DLC Pack
    • “Fiorayne” Hunter layered armor set
    • “Rondine” Hunter layered armor set
    • “Arlow” Hunter layered armor set
    • Hunter Voice: Fiorayne
    • Hunter Voice: Rondine the Trader
    • Hunter Voice: Arlow
  • “Cute & Cuddly Collection” DLC Pack
    • “Lance Gunn” Hunter layered armor set
    • “Ran Page” Hunter layered armor set
    • “Kit T.” Palico layered armor set
    • “Pup R.” Palamute layered armor set
    • “Special Stickers 3” sticker set
    • “Stuffed Monster” weapon (14 jenis)

Monster Hunter Rise: Sunbreak kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam dan Microsoft Store. Baca segala berita kami tentang Sunbreak di SINI.


Tags: Monster Hunter Rise: SunbreakPrimordial Malzeno
ShareTweetSend
Previous Post

Friday the 13th Akan Hadir Dengan Game Baharu, Didedahkan oleh Komposer Siri!

Next Post

The Devil is a Part-Timer!! Musim 2 Dedahkan Trailer Baru, Akan Tayang Julai Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
The Devil is a Part-Timer!! Musim 2 Dedahkan Trailer Baru, Akan Tayang Julai Ini!

The Devil is a Part-Timer!! Musim 2 Dedahkan Trailer Baru, Akan Tayang Julai Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd