Peminat berjaya membuat gear ODM dari Attack on Titan yang betul-betul berfungsi!

Walaupun Titan tidak wujud dalam dunia sebenar, peminat Attack on Titan kini dapat melihat Omni-directional mobility (ODM) gear beraksi di luar manga dan anime! Youtuber HeroTech mengeluarkan video yang menunjukkan bagaimana gear ODM berfungsi, yang dimodelkan dari awal dan dihasilkan di Autodesk Fusion 360.

Bahagian untuk peralatan ini diciptakan menggunakan Ultimaker PLA-style 3D Printer dan digabungkan untuk reka bentuk tepat mengikut anime/manga, siap lengkap dengan ciri-ciri ofensif dan defensif yang berfungsi sama seperti yang dilakukan oleh Survey Corps. Antara ciri-ciri ini termasuk beberapa bilah pisau yang dapat diakses melalui pemegang peralatan menggunakan “kunci yang dimuatkan spring”, dan pelancar “gas CO2” yang mampu menembak dan menarik kabel kevlar yang mengunci magnet ke sasaran.

Walaupun HeroTech tidak memberitahu langkah demi langkah bagaimana untuk membuat gear ODM, video di atas datang dengan demonstrasi fizikal yang menunjukkan cara fungsi peralatan. Semasa menguji peralatan di sebuah jambatan, penonton boleh melihat bilah pisau di sisi kotak dan cara-cara untuk menggantikan bilah baru apabila patah. Youtuber itu juga menembak cangkuk ODM ke gambar Zeke Yeager dalam bentuk Beast Titan.

Sejak penciptaan Attack on Titan, gear ODM adalah salah satu peralatan paling penting yang diperkenalkan. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk merentasi hutan dan apa-apa persekitaran dalam cara yang pantas, malah ia juga memiliki kebolehan untuk melawan para Titan. Disebabkan kelemahan Titan berada di belakang leher mereka, ramai anggota Survey Corps perlu menguasai penggunaan gear ODM demi mengalahkan Titan. Semasa musim ke-3 dan musim ke-4, peralatn ini dikemas kini dari bilah pisau ke “Thunder Spear” yang lebih kuat, yang melancarkan roket untuk menembusi perisai Titan yang lebih kuat.

Memang kaw-kaw dia minat Attack on Titan sampai sanggup buat gear ODM! Apa pendapat korang? Adakah kita dapat replikasikan peralatan anime lain? Jom kongsikan pendapat dengan saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila tekan pautan ini.

Sumber – YouTube

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.