Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangun Loop Hero meminta pemain cetak rompak game mereka!

Maira by Maira
March 31, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Pembangun Loop Hero meminta pemain cetak rompak game mereka!
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan negara Ukraine kini diceroboh disebabkan Presiden Rusia, Vladimir Putin, ramai rakyat serta syarikat Rusia terpaksa menderita akibat sekatan yang telah dikenakan pada negara tersebut. Malah pembayaran secara talian juga disekat. Ini menyukarkan ramai orang yang menggunakannya untuk beberapa servis. Tetapi itu bukan menjadi halangan untuk sebuah syarikat pembangun game. Mereka membenarkan pemain mereka untuk cetak rompak game mereka, Loop Hero dalam talian.

Melalui Vice, pembangun dari Rusia itu telah menggalakkan pemain di Rusia untuk cetak rompak gamenya. Malah, melalui satu siaran di VK, platform media sosial Rusia, pembangun game Four Quarters telah mengarahkan pemain yang tidak dapat membeli di Steam atau Nintendo eShop untuk membeli Loop Hero dengan memuat turun game itu melalui laman web cetak rompak.

Perkara ini dilakukan kerana Steam dan Nintendo serta banyak lagi syarikat lain telah menggantung servis mereka di Rusia menyebabkan ramai pemain di negara itu tidak boleh membeli di kedai dalam talian mereka. Oleh itu, Four Quarters menyuruh peminat untuk Torrent game tersebut di RuTracker, laman torrent Rusia.

“Tidak diketahui bila semua ini akan berakhir, oleh itu, dalam masa yang sukar, kami hanya boleh membantu semua orang untuk mengibarkan bendera lanun (bersama-sama dengan VPN) dan berkongsi melalui pengedar paling popular di RuTracker”

Four Quarter

Peminat telah bertanya sama ada terdapat cara lain untuk menyokong Four Quarter kerana mereka tidak boleh membeli game mereka. Disebabkan oleh sekatan ke atas bank milik kerajaan, banyak perniagaan Rusia tidak dapat mengakses pendapatan mereka. Sebagai tindak balas kepada kebimbangan ini, pembangun meminta peminat menjaga mereka sendiri.

“Kami sangat berterima kasih atas sokongan anda, tetapi sebenarnya semuanya baik-baik saja daripada bahagian kami, hantar sokongan ini kepada keluarga dan rakan anda pada masa yang sukar ini”

Four Quarter

Walaupun terdapat sekatan dan perang Ukraine-Rusia yang berterusan, pembangun terus mengusahakan Loop Hero. Kemas kini baru hampir 80 peratus lengkap, menurut Four Quarters. Patch serta game versi mobile juga sedang dalam pembangunan. Harap-harap semua urusan mereka bergerak dengan lancar memandangkan sekatan ini telah menjejaskan ekonomi dan akses teknologi di negara itu.

Sumber: The Gamer

Tags: Cetak rompakFour QuarterLoop HeroPirate
Previous Post

Bandai Namco umumkan giveaway untuk pemain Gundam Battle Operation 2!

Next Post

Harga terkini GPU RTX 30 di Malaysia (Mac 2022)

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Harga terkini GPU RTX 30 di Malaysia (Mac 2022)

Harga terkini GPU RTX 30 di Malaysia (Mac 2022)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd