Map baru untuk PlayerUnknown’s Battleground versi PC, Sanhok sangatlah awesome bagi aku. Looting yang heavy, senang jumpa military loot weapon, fast pace game dan banyak lagi. Tapi, ada perkara yang tak best. Satu kawasan di barat daya, di mana, sesetengah pulau, korang boleh menyorok di bawah map dan ambush orang yang tak perasan! Nak tahu dekat mana dengan lebih lanjut? Baca lagi gais!!!!
Ada satu Spot di luar bangunan perkampungan Na Kham di mana tekstur tanah dan juga ciri geseran sebenar tidak bertemu. Dan ianya telah mencipta satu poket di antara tekstur dan geseran yang tidak bertemu tersebut, membolehkan pemain masuk dan berdiri di dalamnya.
Bila adanya pemain dalam poket tersebut, mereka sembunyi secara keseluruhannya! Malah, pemain boleh menembak musuh dari bawah map tersebut. Ianya bagaikan satu perangkap maut bagi mereka yang tidak mengetahui akan glitch ini. Lagi-lagi kalau bermain solo dan korang boleh lah amek beberapa kills dengan menggunakan glitch ini.
Aku masih boleh maafkan glitch ini, aku bukan la pemain PUBG tegar tapi, aku suka akan konsep Battle Royale realistik yang cuba disampaikan oleh PUBG. Tapi, bagi aku, PUBG Corps. haruslah menyelesaikan masalah ini sebab, bagi mereka yang tahu akan glitch ini, mereka akan menggunakannya selalu untuk memastikan kemenangan, dan kesian bagi mereka yang tidak tahu, dan dihukum oleh mereka yang tahu. Paling pedih dan sedih, orang yang menggunakan Glitch ini kemungkinan akan direport kerana menggunakan hack. Siapa tahu?
@gamersantaimy
Discussion about this post