Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Buta Mencapai Tahap ‘Tekken God’, Antara Ranking Tertinggi Dalam Tekken 8!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2026
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Fighting
0 0
0
Pemain Buta Mencapai Tahap ‘Tekken God’, Antara Ranking Tertinggi Dalam Tekken 8!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, kami dikejutkan dengan kisah seorang pemain buta yang berjaya membuktikan bahawa “kekurangan fizikal” bukan penghalang untuk berjaya.

Dikenali sebagai BlindGuitarFox, beliau baru-baru ini mendaki ranking sehingga ke tahap Tekken God dalam Tekken 8 (satu pencapaian yang dianggap mustahil bagi ramai pemain biasa).

Untuk konteks, pangkat Tekken God merupakan antara kedudukan tertinggi dalam sistem ranking Tekken 8, hanya dibelakang Tekken God Supreme dan Tekken God of Destruction.

Blind gamer here, it took me like 2 a half years of grinding the game to get here.
by u/Guitarfoxx in Tekken

BlindGuitarFox menghidap penyakit glaukoma pada kedua-dua belah matanya sejak lahir. Penyakit ini berpunca daripada pengumpulan cecair yang menghasilkan tekanan tinggi di dalam mata sehingga merosakkan saraf optik.

Disebabkan glaukoma selalunya tidak menunjukkan sebarang tanda awal, ia sering kali hanya dikesan apabila penglihatan sudah mula terjejas teruk.

Pada waktu pelancaran Tekken 8 awal tahun 2024, beliau kehilangan visi dalam mata kanan sepenuhnya. Kini, beliau hanya bergantung pada mata kiri yang mempunyai “pandangan terowong” yang sangat terhad dan kabur. Namun, cabaran fizikal itu sedikit pun tidak memadamkan minatnya terhadap dunia gaming kompetitif.

Dalam game sepantas Tekken, pemain biasanya bergantung pada mata untuk bertindak balas. Namun bagi BlindGuitarFox, beliau terpaksa menggunakan strategi yang berbeza. Menggunakan watak Asuka Kazama, beliau cuba meramal langkah musuh.

Menerusi posting di Reddit, beliau berkongsi kesukaran yang dihadapi. “Saya susah untuk membezakan perkara seperti string, serangan tertentu, dan kedudukan saya dengan dinding pada sesetengah stage,” jelasnya.

“Setiap throw break hanyalah berdasarkan tekaan; saya tidak dapat melihat dengan cukup jelas untuk tahu tangan mana yang keluar dahulu.”

Bagi mengatasi kekurangan itu, beliau memokuskan kepada teknik kombo yang memberikan damage paling besar. “Saya pilih untuk bermain mengikut kekuatan diri dan belajar cara untuk kenakan damage semaksimum mungkin dengan watak main saya,” katanya.

Strategi ini terbukti berkesan apabila beliau mampu menewaskan lawan yang mempunyai visi sempurna.

Tags: Tekken
ShareTweetSend
Previous Post

Francais Saints Row Mungkin ‘Mati’? Lepas Studio Tutup, Kini Cadangan Game Baharu Pun Diabai!

Next Post

Reviu God of War Sons of Sparta – Kratos Di Dunia 2D, Pengalamannya Memang Menguji Kesabaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
Reviu God of War Sons of Sparta – Kratos Di Dunia 2D, Pengalamannya Memang Menguji Kesabaran!

Reviu God of War Sons of Sparta - Kratos Di Dunia 2D, Pengalamannya Memang Menguji Kesabaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd