Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu God of War Sons of Sparta – Kratos Di Dunia 2D, Pengalamannya Memang Menguji Kesabaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2026
in 2D/ Pixel, Artikel, Berita, Game Review, Metroidvania, Platformer, PS5, Review
0 0
0
Reviu God of War Sons of Sparta – Kratos Di Dunia 2D, Pengalamannya Memang Menguji Kesabaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk pengikut setia francais ini sejak era PS2, pelancaran God of War Sons of Sparta pada Februari 2026 agak bercampur baur. Mengambil langkah berani dengan beralih daripada aksi sinematik kepada format eksplorasi metroidvania, game ini meneroka semula nilai kemanusiaan dalam diri Kratos menerusi ikatan bersama adiknya, Deimos.

Persoalannya, adakah pengembaraan ke masa silam Kratos ini benar-benar sebuah karya yang tidak boleh dilepaskan, ataupun sekadar satu percubaan yang gagal? Kami dah cuba, dan inilah ulasan penuh.

Menyelami Zaman Remaja Sang Dewa Perang

Sons of Sparta meneroka jauh ke zaman muda Kratos, memfokuskan pada fasa latihannya sebagai seorang tentera Spartan bersama Deimos. Disampaikan oleh Kratos kepada anak perempuannya Calliope, naratif ini cuba menonjolkan sisi manusiawi pahlawan tersebut sebelum pelbagai tragedi mengubahnya menjadi sosok yang kita kenali.

Kisah ini bermula dengan misi pencarian seorang pelatih Spartan yang hilang… yang secara perlahan-lahan membongkar konspirasi yang jauh lebih besar melibatkan ancaman mitologi serta ikatan adik-beradik mereka berdua.

Walaupun suara Kratos tua sebagai pencerita memberikan impak dan rasa nostalgia menerusi sumbangan T. C. Carson, rata-rata watak samping kelihatan janggal dan terasing daripada elemen francais. Watak Deimos khususnya lebih menonjolkan sifat menjengkelkan.

Ditambah pula dengan peranannya yang sangat minimum dari segi gameplay sebenar, kehadirannya bersifat simbolik semata-mata.

Jika dilihat lebih rapat, memang ada potensi yang tinggi dalam premis cerita ini (lebih lagi jika anda peminat tegar yang sudah tahu nasib Kratos), tetapi sayang sekali cara ia disampaikan gagal memanfaatkan potensi tersebut.

Eksplorasi Metroidvania dan Aksi Sebenar

Secara asas, Sons of Sparta merupakan game metroidvania klasik yang bertunjangkan elemen penjelajahan, platforming, penyelesaian puzzle, berserta combat yang berterusan.

Saiz petanya boleh tahan luas, yang mendorong pemain untuk mencari semula lokasi terdahulu apabila berjaya mendapatkan abiliti baharu bagi menembusi laluan yang sebelum ini disekat.

Konsep ini amat sinonim bagi genre tersebut, apatah lagi dengan wujudnya abiliti seperti double jump, projectile, speed boost, dan pelbagai mekanik berasaskan relic yang perlahan-lahan meluaskan dunia permainan.

Meskipun pergerakan gameplay mudah difahami, reka bentuknya agak ‘flat’ dan jarang memberi kejutan. Setiap upgrade muncul tepat seperti yang dijangka, dan segala cabaran baharu sengaja direka untuk padan dengan kuasa seterusnya yang bakal anda terima. Ia praktikal, namun terlalu mudah diramal.

Aktiviti menjelajah peta juga memberikan kepuasan memandangkan sentiasa ada barang untuk dikutip, malangnya level design itu sendiri gagal menghadirkan sebarang babak epik yang mampu kekal dalam ingatan.

Di fasa awal permainan, anda bakal berhadapan dengan banyak puzzle yang terpaksa dibiarkan… bukan sebab terlepas pandang, tetapi kerana belum memiliki skill tertentu yang hanya akan terbuka di pertengahan cerita.

Jika hanya ada satu dua halangan sebegini, ia masih boleh diterima, namun terlalu banyak bahagian yang terpaksa kita langkau. Game ini sangat menekankan aspek replayability; umpamanya, selepas memperoleh Skill A, anda perlu patah balik ke peta lama, dan setelah mendapat Skill B, anda terpaksa backtrack sekali lagi.

Kitaran ini berterusan sehingga saya menyedari saya masih melakukan perkara yang sama walaupun sudah bermain selama 10 jam. Untuk pencinta tegar metroidvania, hal ini tiada masalah, tetapi buat peminat God of War yang sekadar ingin menikmati jalan cerita, anda mungkin rasa mahu melangkaunya.

Aspek combat adalah bahagian yang paling tersasar daripada jangkaan, mengambil kira statusnya sebagai game metroidvania. Jika God of War selama ini terkenal dengan keganasan melampau dan combat gaya sinematik, sebaliknya di sini rentak lawan terasa sangat repetitif pada beberapa jam terawal.

Rata-rata sesi lawan hanya fokus pada serangan spear, dodge roll, dan aksi combat yang meletihkan.

Skill baharu serta gerakan istimewa yang diperoleh nanti barulah memberi sedikit kelainan, menjadikan combat di peringkat lebih tinggi jauh lebih memuaskan. Ini ketara apabila teknik parry dan serangan impaling mula menyerlah, di samping variasi skill daripada spear anda.

Sayangnya, progres yang memakan masa terlalu lama ini menyebabkan jam-jam awal bermain berasa lebih leceh berbanding mengujakan.

Boss fight turut hadir dengan kelemahan serupa. Walaupun sesetengah makhluk mitologi dipaparkan dengan grafik yang menarik secara visual, kebanyakannya bergantung pada set pergerakan yang sangat terhad, lantas membuatkannya terasa seperti rutin yang membosankan.

Pandangan peribadi kami, memang ada detik-detik yang mencemaskan, tetapi sangat jarang untuk kita merasai impak sebuah “pertarungan epik” yang sentiasa dikaitkan dengan siri ini.

Evolusi Senjata Kratos dan Sisi Gelap Platforming

Bercakap tentang kemajuan, fokus utama game ini tertumpu hampir sepenuhnya kepada Kratos secara individu.

Pemain dibekalkan dengan satu skill tree bagi membuka abiliti baharu menerusi pelbagai kategori seperti Combat, Parry, Evade, dan sebagainya, memberikan kita kebebasan untuk mencorakkan gaya lawan serta teknik defensif Kratos secara beransur-ansur.

Sistem ini mewujudkan rasa perkembangan dari masa ke masa, biarpun upgrade di peringkat awal hanyalah abiliti asas sebelum skill yang lebih hebat ditawarkan.

Selain daripada abiliti watak, aspek kemajuan turut merangkumi peralatan. Senjata spear Kratos didatangkan dalam pelbagai varian, di mana setiap satu mempunyai kelebihan skill serta bonus tersendiri. Malah, kesemua strukturnya (dari bahagian mata, tengah, hinggalah ke pangkal lembing) boleh dinaik taraf.

Konsep yang sama diaplikasikan pada kelengkapan seperti shield dan belt, di mana ia sedia untuk dibeli dan dipertingkatkan seiring dengan progres permainan.

Sons of Sparta menawarkan pelbagai tahap kesukaran, bermula daripada mod paling santai bagi mereka yang memfokuskan penceritaan, sampailah ke mod Spartan yang jauh lebih menyeksa. Pada pemerhatian, kelajuan combat tetap memerlukan tumpuan penuh walaupun pada tahap kesukaran yang rendah.

Mod yang lebih ekstrem pula menaikkan lagi tahap risiko di mana musuh menjadi jauh lebih sukar ditewaskan dan setiap kesilapan kecil membawa padah.

Perkara yang boleh dipuji ialah cabaran yang diberikan secara organik daripada rekaan musuh serta ancaman persekitaran, dan bukan sekadar gimik murahan. Elemen puzzle pula direka cukup mudah dan mementingkan pemerhatian teliti berbanding trial and error.

Berkenaan mekanik lawan, musuh pada tahap lebih tinggi pasti akan memaksa kita untuk mahirkan memakai teknik dodging dan parrying. Meskipun begitu, ada beberapa pilihan yang mencacatkan keadilan ganeplay, khususnya sistem pelik di mana sekadar bersentuhan dengan musuh juga akan menyerap damage.

Situasi ini sangat merimaskan ketika bahagian platforming, memandangkan ada musuh yang sengaja “camping” di ruang sempit. Akibatnya, pemain akan kerap terperangkap dalam gelung “mustahil dielak”, menjadikannya satu hukuman.

Ketika game berfungsi dengan lancar, tahap kesukarannya berjaya mendidik kami menggunakan setiap mekanik secara bijak. Namun apabila serba tidak kena, ia memberikan hukuman tanpa sebab semata-mata.

Dunia Mitologi Dalam Piksel

Untuk visual, Sons of Sparta mengadaptasi arah seni semi-pixelated merangkumi pencahayaan moden bersama estetika character sprite gaya retro.

Sebahagian besar persekitaran benar-benar cantik; seperti kuil bersejarah, terowong gua, kota, dan landskap berinspirasikan mitos sangat berbeza daripada tona fantasi gelap yang lazim digunakan dalam kebanyakan Metroidvania.

Seni latar belakang pun sentiasa memancarkan kepelbagaian dan aura, lantas melebarkan lagi persepsi dunia permainan ini.

Walau bagaimanapun, model wataknya kurang memuaskan. Rupanya kekok apabila ia cuba menggabungkan ketajaman HD dengan seni retro yang kabur, malah model sering nampak berserabut ketika bergerak.

Hal ini secara tidak langsung mengganggu kejelasan gameplay, memandangkan animasi musuh ada kalanya tenggelam bersama pixel noise, lantas menyukarkan kita membaca corak serangan dengan jelas.

Kepada bahagian audio pula, kualiti soundtrack pun agak memuaskan. Biarpun susunan muzik menepati tema pengembaraan, ia kekurangan sentuhan ‘epik’ yang kebiasaannya menjadi tanda francais ini.

Lagu bagi sesi eksplorasi pula acapkali dimainkan secara berulang lalu menimbulkan rasa bosan, sungguhpun muzik ketika lawan berjaya meniupkan rasa saspens apabila situasi memerlukannya.

Plot Terlalu Lambat dan Sistem Fast Travel yang Leceh

Titik kelemahan terbesar Sons of Sparta ialah tempo yang diambil sebelum game ini benar-benar menarik minat. Tempoh beberapa jam pertama sangat didominasi oleh combat asas, elemen yang mudah diramal seperti hal-hal upgrade biasa, dan b eberapa pertarungan yang kurang memberangsangkan.

Ini membuatkan pacing terasa lebih perlahan daripada yang sepatutnya. Memang benar keadaan akan menjadi semakin baik nanti, namun besar kemungkinan ramai pemain akan putus asa dan gagal mengekalkan minat untuk tiba di fasa yang lebih memuaskan itu.

Saya sendiri hanya dapat menunggang dan terbang bersama Griffin selepas melalui bermain selama 10 jam.

Satu lagi isu kritikal dan banyak memakan masa adalah betapa mundurnya sistem replayability game ini. Fungsi fast travel hanya dihadkan antara satu Temple ke Temple yang lain, bermakna anda tidak boleh teleport menerusi titik Camp atau checkpoint yang lebih berhampiran.

Sudah terang lagi bersuluh jarak antara kesemua Temple ini amatlah jauh. Sekiranya mahu kembali sebuah lokasi spesifik, anda terpaksa berlari ke sana secara manual. Diparahkan dengan musuh yang tidak putus-putus sepanjang laluan, ia membazirkan masa kami dengan teruk dan membuatkan pemain rasa bengang.

Pendapat

Sons of Sparta menyajikan sebuah pengalaman metroidvania yang baik, berfokuskan pada eksplorasi, penambahan skill secara progresif, dan kemajuan sistem combat, malangnya ia bergelut untuk membina tanggapan pandang pertama yang bagus.

Premis yang membawa kita ke zaman remaja Kratos sememangnya mempunyai potensi tersendiri, namun sayang reka bentuk gameplay awalnya mudah diteka dan terlalu berulang.

Walaupun aspek combat mekar menjadi lebih berlapis menerusi skill baharu, rentak permulaan yang lembap, gaya pertarungan bos yang bersifat rutin, dan backtracking ekstrem menyumbang kepada rasa ‘bosan’ di jam-jam terawal.

Grafik visualnya okay dan cukup memadai, malah saya menggemari rekaan persekitaran latar belakang yang menghidupkan suasana God of War asal. Pelbagai tahap kesukaran menawarkan akses buat pelbagai jenis pemain, dan apabila teknik gameplay digabungkan dengan lancar, cabaran yang diharungi rasa amat memuaskan.

Namun begitu, sistem fast travel yang leceh serta kekerapan terpaksa berulang-alik ke kawasan terpencil pasti akan menguji kesabaran pemain.

Biarpun Sons of Sparta berjaya menyampaikan kualiti tersendiri pada beberapa bahagian, ia masih memerlukan komitmen dan pengorbanan masa yang mungkin tidak sanggup dilaburkan oleh setiap peminat God of War.

Game ini hanya tersedia di PS5. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

God of War Sons of Sparta

7 Score

God of War: Sons of Sparta adalah peralihan berani francais ke arah genre metroidvania yang memfokuskan kisah silam Kratos bersama adiknya, Deimos. Walaupun berjaya bersinar menerusi rekaan seni persekitaran yang menawan serta kemajuan sistem combat yang memuaskan pada fasa akhir, pengalamannya tercalar oleh rentak permulaan yang sangat lambat. Ditambah pula dengan isu backtracking paksaan yang melampau, sistem fast travel yang membuang masa, serta pertarungan bos yang kurang epik, game ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

PROS

  • Peringatkan saling berkait dan berskala besar, sangat sepadan dengan identiti Metroidvania
  • Fasa combat bertukar jauh lebih menarik selepas skill baharu dibuka
  • Seni latar belakang visual berserta aura persekitaran yang mantap
  • Mengandungi elemen replayability padu buat pencinta tegar metroidvania

CONS

  • Permulaan serta pembinaan plot yang terlalu perlahan sebelum ia menjadi menarik
  • Wujud backtracking paksaan yang terikat kuat dengan sistem kunci skill
  • Fungsi fast travel yang sangat tidak cekap dan membazirkan banyak masa
  • Fasa pertarungan dengan bos terasa seperti rutin berbanding pertarungan yang epik.

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: God of War Sons of Spartareviu
ShareTweetSend
Previous Post

Pemain Buta Mencapai Tahap ‘Tekken God’, Antara Ranking Tertinggi Dalam Tekken 8!

Next Post

ASUS ROG Bawa Koleksi Gaming Eksklusif Kojima Productions Ke Malaysia – Boleh Pra-Tempah Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
ASUS ROG Bawa Koleksi Gaming Eksklusif Kojima Productions Ke Malaysia – Boleh Pra-Tempah Sekarang!

ASUS ROG Bawa Koleksi Gaming Eksklusif Kojima Productions Ke Malaysia - Boleh Pra-Tempah Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd