Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Francais Saints Row Mungkin ‘Mati’? Lepas Studio Tutup, Kini Cadangan Game Baharu Pun Diabai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2026
in Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Francais Saints Row Mungkin ‘Mati’? Lepas Studio Tutup, Kini Cadangan Game Baharu Pun Diabai!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua dekad, francais Saints Row nampaknya akan berakhir secara senyap tanpa sebarang pengakhiran sepatutnya.

Laporan terbaru menunjukkan francais game yang cukup ikonik ini (yang suatu ketika dahulu menjadi pesaing Grand Theft Auto) kini dibiarkan sepi tanpa hala tuju. Berita ini datang daripada Chris Stockman, pengarah reka bentuk bagi game asal Saints Row tahun 2006.

Beliau mendedahkan bahawa segala usaha untuk memberikan nafas baharu kepada siri ini tidak mendapat sebarang respons daripada pemilik IP tersebut, Embracer Group.

Sejarah Saints Row bermula di bawah pembangun Volition, di mana ia dilancarkan secara eksklusif untuk konsol Xbox 360 pada 2006. Siri ini kemudian membina identiti unik menerusi elemen humor yang merepek.

Judul-judul seperti Saints Row: The Third dan Saints Row 4 mencapai kejayaan di pelbagai platform, dengan memikat hati pemain melalui gameplay “anything goes” yang menghiburkan.

Namun, kejauaan itu mula pudar secara drastik pada tahun 2022. Volition cuba melakukan reboot ke atas francais tersebut dengan game baharu, namun ia gagal mengekalkan daya tarikan asal

Game itu menerima kritikan akibat pelbagai masalah teknikal serta penulisan skrip yang dianggap cringe, sekali gus menyebabkan kegagalan besar dari sudut jualan. Selepas itu, Embracer Group bertindak menutup terus studio Volition pada penghujung 2023 sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula korporat mereka.

Cadangan Projek Baharu Diabaikan

Walaupun ramai peminat masih berharap agar studio lain di bawah naungan Embracer akan menyambung legasi ini, harapan tersebut nampaknya semakin tipis.

I’ve been asked to a create a pitch for a Saints Row prequel!
by u/Chris_BPG in SaintsRow

Tahun lalu, Chris Stockman menyiapkan satu cadangan untuk game Saints Row baharu yang bertujuan mengembalikan siri itu ke akar asalnya. Memandangkan latar belakang beliau sebagai individu penting dalam game pertama, ramai melihat Stockman sebagai orang yang tepat untuk memulihkan reputasi francais yang sudah tercalar.

Malangnya, Stockman menyampaikan berita mengecewakan. Pihak Embracer Group seolah-olah “memulaukan” beliau dan langsung tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap cadangan projek tersebut.

Remember when we got excited about the prospect of a Saints Row prequel? Well according to Saints Row 1 Design Director Chris Stockman, Embracer is completely ignoring the idea.

Saints Row is once again dead. https://t.co/cpPVcRjxwD pic.twitter.com/FWpjC6kmkT

— rpg! (@papaRPG) February 20, 2026

“Sayangnya, saya rasa francais ini sudah mati,” kata Stockman. “Saya sangat berharap keadaan adalah sebaliknya. Saya rasa Embracer langsung tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan IP ini. Walaupun saya sudah cuba menawarkan jalan terbaik untuk masa depan siri ini, mereka hanya membiarkan saya tanpa sebarang jawapan.”

Tags: Saints Row
ShareTweetSend
Previous Post

Evangelion Umum Anime Baharu! Kolaborasi Antara Studio Khara & CloverWorks!

Next Post

Pemain Buta Mencapai Tahap ‘Tekken God’, Antara Ranking Tertinggi Dalam Tekken 8!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pemain Buta Mencapai Tahap ‘Tekken God’, Antara Ranking Tertinggi Dalam Tekken 8!

Pemain Buta Mencapai Tahap ‘Tekken God’, Antara Ranking Tertinggi Dalam Tekken 8!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd