Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelik tapi benar! Penduduk Animal Crossing jadi makanan untuk Link, hero Zelda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Khabar angin, Nintendo Switch, Simulator
0 0
0
Pelik tapi benar! Penduduk Animal Crossing jadi makanan untuk Link, hero Zelda!

Kredit: u/Layzeeboi 5 / Nintendo

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kemunculan ‘amiibo‘ di pasaran, para pemain diberi banyak insentif dan inovasi baharu untuk bermain sebuah game. Merupakan patung kecil yang mengandungi data ‘boleh-pakai’ di dalam game, penambahan amiibo masih disambut baik di seluruh dunia. Namun baru-baru ini, saya mendapati suatu fakta pelik tetapi benar; ada kemungkinan besar penduduk Animal Crossing telah ditukar menjadi makanan untuk Link, hero di dalam game The Legend of Zelda.

Beginilah kisahnya:

Kredit: Nintendo

Sama seperti pendahulunya Breath of the Wild, pemain boleh menggunakan amiibo dalam sekuel Tears of the Kingdom untuk mendapatkan akses kepada pelbagai bahan, senjata dan kosmetik setiap hari. Syaratnya, pemain hanya boleh mengimbas amiibo mereka sebaik sahaja Link sampai ke Great Sky Island dan membuka optional setting.

Kebetulan, saya mempunyai banyak kad amiibo Animal Crossing: New Horizons – jadi saya ingin periksa jika amiibo tersebut boleh digunakan atau tidak dalam Tears of the Kingdom. Nasib baiklah ia boleh dipakai, dan paling penting sekali, ia memberikan banyak ‘bahan goodies’!

Semasa mengimbas lebih daripada separuh koleksi amiibo Animal Crossing, saya mula rasa pelik kerana kebanyakannya amiibo ini ditukar kepada daging mentah bersama sejumlah cendawan dan rempah lain untuk dimasak bersama. Saya mula terfikir: adakah ini bermaksud makhluk di dalam Animal Crossing dibunuh dan menjadi bahan makanan untuk Link?

Kemungkinan ya.

Link sangat terkenal di dalam dunia game kerana sanggup memakan apa sahaja yang wujud termasuk bahan menjijikan seperti elixir yang diperbuat daripada ‘kuku kaki Hinox’, ‘bebola mata Keese’, pelbagai serangga dan katak serta apa-apa jenis daging yang dia boleh dapatkan. Memang bukan masalah untuknya memakan beberapa ‘haiwan comel’.

Buat mereka yang tidak tahu, Animal Crossing: New Horizons ialah game simulasi sosial di mana pemain perlu mengawal watak yang bertanggungjawab membangunkan pulau menjadi kawasan ‘kediaman sempurna’ sert mengembangkan komuniti penduduk haiwan di sekeliling.

Apa yang membuatkan game ini sangat popular adalah setiap penduduk Animal Crossing sangat-sangat comel dan itu adalah sebahagian daripada daya tarikan siri ini. Dengan badan mereka yang kecil dan kepala besar, setiap penduduk mempunyai reka bentuk dan personaliti sendiri yang membuatkan masing-masing disukai di kalangan gamer.

Kredit: Nintendo

Jadi agak mengejutkan apabila saya melihat Nintendo membiarkan makhluk comel itu dijadikan makanan untuk Link dalam Tears of the Kingdom. Kemungkinan besar ini pun hanya sekadar kebetulan, tetapi Nintendo mempunyai sejarah untuk menjaga khalayak umum daripada unsur-unsur negatif, lucah, bahaya dan sebagainya.

Jadi mengapa mereka menukar isi amiibo Animal Crossing kepada daging mentah? Itu pun persoalan besar.

Kredit: Nintendo

Apa pendapat anda? Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Nintendo Switch, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Animal CrossingLinkzelda
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai Star Rail: Senarai Kod Livestream Star Rail dan Cara untuk Tebusnya!

Next Post

FIFA 23 kini tersedia di dalam Xbox Game Pass bersama game lain pada Mei ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
FIFA 23 kini tersedia di dalam Xbox Game Pass bersama game lain pada Mei ini!

FIFA 23 kini tersedia di dalam Xbox Game Pass bersama game lain pada Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd