Nampaknya pemain tegar Mobile Legends Bang Bang (MLBB) boleh menjerit kegembiraan dengan kehadiran skin-skin terbaru permainan kegemaran mereka ini untu bulan Oktober 2019! Seperti yang telah dikongsikan oleh GameBrott tentang kebocoran skin-skin yang akan hadir ini dan dinyatakan akan ada sebanyak 8 skin terbaru yang disediakan oleh pihak Moonton kepada hero-hero MLBB.
Halamakkk dengan skin-skin terbaru ini, yang mana pemain dapat masuk ke M1 World Championship nampaknya boleh lah bergaya dengan hero mereka kan! Antara dalam senarai mempunyai skin terbaru ini akan bermula dari ahli Starlight, juga ada istimewa Epic, Limited, Elit dan dikatakan juga ada skin lagendari Lesley!
Tanpa melengahkan masa, jom lihat dari perkongsian GameBrott untuk skin-skin yang bakal hadir bulan Oktober 2019 ini untuk MLBB!
Selena – Double Identity
Dijangkakan akan hadir 1 Oktober ini! Akan hadir dengan pembelian Starlight, skin Selana terbaru merupakan seorang ‘Maid’ yang nampak sangatlah menarik dengan pelbagai identiti apabila dia membuka dulang makanan yang dibawanya itu! Jadi kalau anda nak, anda bolehlah membeli Starlight bulanan 550 diamond (dalam talian) untuk mendapatkan skin ini!
Hayabusa – Shadow Obscurity
Dah sedia nak memutar spin dah perhabiskan diamond anda? Dijangkakan akan hadir 5 Oktober, Hayabusa nampaknya akan hadir dengan skin Epic! Alamak Moonton memang terbaiklah bagi skin istimewa dan limited Hayabusa! Serius tidak sabar!
Baxia – Wild Totem
Hero Tank kita Baxia yang penuh dengan skil menggerikan akan hadir dengan skin baru juga! Tetapi skin ini hanyalah skin normal. Nak dapatkanya kenalah guna diamond dalam harga 188 ke 289 dan kemungkinan besar hadir pada 8 Oktober 2019.
Esmeralda – Poison Vine
Bersiap sedia pada 10 Oktober 2019, si seksi Esmeralda nampaknya akan hadir untuk skinya tersendiri! Ianya merupakan skin Elite dan akan dijual untuk diamond 499 pada minggu pertama dan 599 untuk minggu seterusnya.
Aldous – King of Supremacy
Aldous hero yang digeruni nampaknya muncul sekali lagi dengan skin terbarunya!! Dijangkakan hadir 15 Oktober ini, skin ini merupakan skin Epic dan kemungkinan besar ianya adalah hadiah skin dari M1 World Championship untuk final nanti.
Franco – Wheatfield Nightmare
Oktober merupakan bulan Halloween, jadi sudah tentulah pihak Moonton tidak melepaskan sambutanya dengan skin untuk hero Franco! Franco yang nampaknya mempunyai skin ala-ala orang-orang (scarecrows), dijangka boleh didapati 22 Oktober 2019 dab skin istimewa ini boleh didapati dalam harga diamond sebanyak 549 – 769.
Helcurt – Zodiak Scorpion
Hujung Oktober dan November merupakan bintang Skorpion kan? Jadi dalam acara terhad ini lah peluang anda untuk mendapatkan skin Zodiak Scorpion! Bermula 24 Oktober dan boleh didapatkan dalam masa sebulan sama seperti ahli Starlight. Jadi sediakan diamond korang ok!
Angela Scream Doll
Itu dia satu lagi skin Special yang gempak untuk anda miliki 29 Oktober ini! Memang tergoda tengok skin Angela Scream Dolls ni! Kemungkinan besar boleh didapati untuk harga diamond 69 – 749. Seronoklah tambah koleksi skin Angela kan!
Jadi macam mana? Semua skin untuk bulan Oktober ni gempak-gempak kan? Terima kasih pada GameBrott kerana mengongsikanya juga! Siapa tak sabar? Nantikan kemaskini terbaru Mobile Legends Bang Bang okay!
Sumber: Gamebrott
@gamersantaimy
Discussion about this post