Secara rasmi Sony membawa berita gembira pada pemain PlayStation 4 yang teringin nak bermain Monster Hunter World tapi tak berkesempatan nak membelinya dengan bermain percuma selama 5 minggu! Ya pelanggan PlayStation Plus dapat memuat turun dan main secara percuma permainan Moster Hunter World selama 5 minggu bermula hari ini 18 Mac 2020 sehingga 21 April 2020!
Bukan itu sahaja, perkembangan DLC terbaru Moster Hunter World: Iceborne kini juga ada SALE dengan diskaun 30% dalam “Mega March Sale” di PlayStation Store! Diskaun ini juga bermula hari ini 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.
Monster Hunter World adalah sebuah permainan RPG yang memburu dalam ekologi asli. Pemain akan mendapat menggunakan pelbagai senjata untuk digunakan untuk memburu Monster! Pemain juga dapat bermain secara dalam talian dan memburu secara co-op, dapatkan barangan monster serta selesaikan misi untuk menaik taraf senjata dan barangan. Juga anda berpeluang berjumpa banyak jenis Monster!
Ini adalah titik-titik klasik permainan Monster Hunter dan faktor-faktor utama yang lain telah ditambah ke permainan ini. Monster Hunter: World sangat mudah dan sesuai untuk pemain baru, juga pemain lama harus kembali untuk memburu karya ini.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk memuat turun dan bermain secara percuma Monster Hunter World di PlayStation Store sekarang! Juga dapatkan Iceborne yang kini diskaun 30%!
@gamersantaimy
Discussion about this post