Pelancaran Samsung Galaxy Note 9 adalah pada bulan hadapan, dan ianya akan berlaku semasa Samsung Unpacked 2018. Rasanya ramai peminat Android menunggu-nunggu Samsung Galaxy Note 9 ni, disebabkan baterinya yang besar, 4, 000mAh, juga Bluetooth S Pen. Tapi, dengar ura-ura yang Galaxy Note 9 akan dilancarkan bersama Fortnite Mobile untuk Android. Betul ke? Jom, teruskan bacaan korang.
Mengikut sumber yang sahih, pelancaran Samsung Galaxy Note 9 akan berkongsi engan Epic Games, orang-orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan game battle royale yang popular, Fortnite. Dari pelancaran video, sehinggalah ke peranti Samsung Galaxy Note 9 itu sendiri, akan ada Fortnite. Lebih tepat, bertemakan Fortnite. Katanya lagi, kalau korang beli Samsung Galaxy Note 9, korang akan dapat V-Bucks, skin percuma, dan banyak lagi, juga, Fortnite Mobile akan pre-installed di dalam peranti tersebut!
Mungkin ini adalah sebab kenapa ada penangguhan dalam pelancaran Fortnite Mobile, perkongsian Epic Games dan Samsung ini merupakan satu perkara yang besar untuk kedua-dua belah pihak. Dengar-dengar jugak yang Ninja, Twitch Streamer dan YouTuber terkenal dengan bermain Fortnite, akan hadir ke Samsung Unpacked 2018 sendiri.
Tapi, apa-apa pon, belum di konfirmkan lagi, dan, ini sekadar berita yang aki dapat, tetapi dari sumber yang boleh dipercayai. Kepada korang yang manjang duk tanya kat aku pasal bile Fortnite Mobile untuk Android nak keluar, dah, ni, aku dah jawab. Jangan tanya lagi, aku demam.
Sumber: XDA Developers
@gamersantaimy
Discussion about this post