Peminat Dragon Ball Xenoverse 2 telah lama mendahagakan kandungan baru, menjadikan penantian DLC 9 yang akan datang lebih mengujakan kerana ia akan menampilkan watak baru.
Bandai Namco telah mengeluarkan Xenoverse 2 pada 2016 dan hingga ke hari ini telah menyokong game ini. Tetapi semenjak itu, banyak game Dragon Ball telah dikeluarkan dan peminat menyedari terdapat jurang yang besar dalam kandungannya.
Kali terakhir Xenoverse 2 mendapat kandungan baru adalah DLC 8 )Extra Pack 4) pada Disember 2018, jadi komuniti game ini sedang berdebar menanti DLC terbaru untuk akhirnya tiba didalam game ini.
Dalam satu pendedahan yang mengejutkan ramai, DLC pack ke sembilan untuk Xenoverse 2 telah dinamakan Ultra Pack 1, dan ia mengandungi Super Saiyan God Vegeta sebagai watak baru. Selain itu, ia juga akan mengandungi kandungan percuma, Hero Colosseum dan Crystal Raid apabila DLC ini tiba Jun nanti. Ini telah menggembirakan ramai peminat game ini.
Akan datang, pembangun game ini mungkin akan mengeluarkan Ultra Pack lagi dan peminat mengharapkan watak-watak yang lebih berbagai pada masa depan.
Disamping siri anime Dragon Ball Super, peminat mengharapkan watak menarik seperti Moro dapat diperkenalkan dalam game ini.
Sumber: Dexerto
@gamersantaimy
Discussion about this post