Tinggal 2 minggu lagi sahaja Mortal Kombat 11 akan hadir di PlayStation 4,Nintendo Switch, Microsoft Windows dan Xbox One, ditambah pula dengan kehadiran ‘Kitana‘ sebagai salah satu watak pejuang beberapa hari lepas, sudah semestinya peminat tegar makin tak sabar dengan update terkini mereka. Kini pihak Netherleams Studios sekali lagi memaklumkan berita terbaru untuk update Mortal Kombat 11.
Seperti yang korang tahu, Mortal Kombat 11 akan hadir di Nintendo Switch juga. Disebabkan itu, tentu pemain di Nintendo Switch mengharapkan gameplay terbaik untuk mereka, jadi pemain di Nintendo Switch tidak sabar untuk mengetahui berapa banyak ruang yang diperlukan didalam konsol dan kad memori SD mereka. Kali ini dikatakan ‘Day one patch’ pada Nintendo Switch dan juga saiz fail telah diungkap oleh seorang pengguna Twitter.
Menurut penemuan pengguna Twitter @NWPlayer123 baru-baru ini, base game biasa Mortal Kombat 11 akan masuk pada sekitar 6.537 GB. Walau bagaimanapun, ‘Day one patch’ yang datang adalah lebih dua kali ganda dan akan cecah sehingga sekitar 15.9 GB, dah terang-terangan SD kad korang akan full nanti.
huh, base game is only 6.537GB, update is the bulk of it
gotta love @WBGames fuckery— Nikki™ 🌹 (@NWPlayer123) April 9, 2019
Semua butiran yang dinyatakan ini diambil dari bundle Edisi Premium Mortal Kombat 11 untuk Nintendo Switch.
Dalam masa yang sama, masih tidak ada yang menyatakan sama ada pemain akan diminta untuk memuat turun dan menggunakan Mortal Kombat 11 ‘Day One patch’ sebelum mereka betul-betul dapat bermain sebelum atau ketika ia dilancarkan. Lepas tu, untuk mereka yang mempunyai sambungan Internet yang tidak stabil, korang cuma boleh berharap salinan fizikal untuk bermain Mortal Kombat 11 pada tarikh pelepasannya di katrij Switch itu akan menjadi ‘backup’ untuk semua yang diperlukan oleh pemain.
Agak-agak korang muat ke tak nak muat turun Mortal Kombat 11 ni nanti? Jadi sementara tunggu kehadirannya 23 April ni nanti, korang sediakanlah siap-siap semua ruang memory korang tu okay dan pastikan internet korang stabil!
Sumber: Comicbook ; Twitter @NWPlayer123
@gamersantaimy
Discussion about this post