Patch terbaru untuk Apex Legends baru sahaja dikeluarkan pada hari ini, dan ia datang dengan lebih banyak usaha untuk menangani hitboxes pada watak-watak yang lebih besar seperti Gibraltar. Walaupun keupayaan Gibraltar adalah seakan-akan tank dan mempunyai perisai yang tidak boleh ditembusi peluru, masih ramai pemain tidak berminat untuk bermain sebagainya. Oleh kerana wataknya agak besar, dia juga mempunyai hitbox yang besar, bermaksud senang untuk ditembak oleh pihak musuh. Sama juga seperti Caustic.
Dalam post Reddit yang telah menyenaraikan segala perubahan penuh yang dibuat, pengurus komuniti untuk Respawn berkata:
“Pada permulaan musim pertama, kami sebelum ini bercakap mengenai bagaimana Thicc Bois (Pathfinder, Gibraltar dan Caustic) yang dikasihi kami senang untuk ditembah kerana saiz hitbox mereka berbanding Legends yang lain. Kami mula-mula mahu mencuba menyesuaikan kotak-kotak untuk menyesuaikan model dengan lebih baik. Untuk Pathfinder, perubahan ini berjalan dengan baik. Bagaimanapun, setelah melihat maklum balas data dan pemain, Gibraltar dan Caustic hanya bertambah sedikit dengan penyesuaian hitbox.”
Antara perubahan yang dibuat pada patch note 1.1.1 kali ini:
CAUSTIC:
-
Passive Perk yang diperkuatkan ditambah: Mengurangkan damage yang diambil sebanyak 10%.
-
Damage gas per tick ditingkatkan dari 1 ke 4.
-
Jarak balingan Ultimate ditingkatkan dar 28 meter ke 33 meter.
GIBRALTAR
- Passive Perk yang diperkuatkan ditambah: Mengurangkan damage yang diambil sebanyak 10%.
-
Nyawa untuk perisai senjata ditambah dari 50 ke 75
WINGMAN
-
Saiz magazine dikurangkan
-
Base mag reduced: 6 -> 4 rounds
-
Common mag extender reduced: 8 -> 6 rounds
-
Rare mag extender reduced: 9 -> 8 rounds
-
Epic mag extender reduced: 12 -> 10 rounds
-
-
SPITFIRE
-
Damage asas dikurangkan 20 -> 18
-
Attachment untuk extender magazine dikurangkan:
-
Extender mag biasa dikurangkan: 45 -> 40 rounds
-
Extender mag rare dikurangkan: 55 -> 45 rounds
-
Extender mag epic dikurangkan: 60 -> 55 rounds
-
-
-
KELAJUAN JUMP SHIP
-
Kelajuan jump ship ditingkatkan sebanyak 50% (Mereka merasakan bahawa kapal bergerak sedikit terlalu perlahan selepas menonton geraklaku pemain, jadi mereka mempercepatkannya sehingga pemain yang suka drop di situ tidak perlu menunggu lama.)
-
-
BUG
-
UI bug di mana pemain mempunyai paparan yang salah untuk badge dan peratusan telah dibaiki.
-
Segala perubahan penuh ini boleh dibaca penuh di post Reddit. Dalam masa yang sama, Respawn juga mengadakan acara “Battle Pass bonus” selama dua hari di mana pemain yang mempunyai pass boleh meningkatkan level pass mereka. Kalau skuad korang dapat top 5 pada pusingan tersebut, korang secara automatik akan dapat satu battle pass penuh! Tidak perlu kemenangan pun! Selamat mencuba semua!
Sumber: Patch Note Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post