Riot Games telah menguji pelbagai experimental features di mode ARAM League of Legends baru-baru ini seperti kebolehan untuk ban champion dan balance change spesifik kepada beberapa champion di game mode tersebut. Apabila update terbaru ini keluar, ada feature yang akan kekal manakala yang lain akan dibuang. Perubahan paling besar ialah ketiadaan Butcher Bridge kerana Howling Abyss telah kembali. Nota untuk Patch 9.8 akan memberi lebih banyak maklumat tentang perubahan khusus ini.
Di bahagian ARAM pada nota Patch 9.8, Riot Games kata keputusan tentang apa yang kekal dan dibuang adalah berdasarkan maklum balas pemain. Senarai item dan feature yang dibuang ialah Mariner’s Vengeance, Ghostwalkers, Backtrack Summoner Speel, dan yang paling penting, champion ban. Setiap feature yang dibuang mempunyai satu penjelasan di patch note, tetapi penyingkiran ban ialah satu-satunya feature yang dianggap “much discussion” dan feedback daripada pemain.
“Selepas berbincang dan memeriksa maklum balas, ban tidak akan menjadi satu feature yang kekal di ARAM.”
Riot Games kata.
Setiap game mode mempunyai champion yang dianggap top-tier dan mode ARAM pun tiada beza juga. Champion yang melakukan damage tinggi jarak jauh sudahpun dilarang kerana ban dan penyingkiran feature ini merupakan satu keputusan yang menarik kerana bukan sahaja dapat mengelak daripada champion-champion ini, malah pemain harus pilih watak yang mereka tidak mahu main sebelum ini. Jadi memang menarik untuk lihat alasan Riot Games apabila in-depth post dikeluarkan.
Beberapa feature akan dikekalkan seperti rune adjustments dan penyeimbangan spesifik bagi Champion di ARAM. Ada karakter yang menerima buff dan nerf di Nexus Blitz sebelum ini, dan Riot Games kata bahawa mereka ingin membawa perubahan yang sama di ARAM. Patch Notes telah memastikan, selang beberapa bulan, champion akan diubahsuaikan untuk mode all-random.
Patch Note yang penuh untuk ARAM boleh dibaca di sini, tetapi korang tunggulah untuk post yang lebih in-depth tidak lama lagi.
Sumber – League of Legends 9.8 Patch Notes
@gamersantaimy
Discussion about this post