Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Patamon menambah satu evolusi mengejut di anime Digimon Adventure!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 18, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Patamon menambah satu evolusi mengejut di anime Digimon Adventure!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri reboot Digimon Adventure sedang melalui story arc yang sangat dramatik dalam episod terkini, dan saya pasti ramai peminat yang terkejut dengan perubahan yang dibuat dalam siri. Perubahan-perubahan ini akan lebih mengejutkan peminat lama kerana kebanyakkan evolusi baru dalam siri reboot tidak lagi mengikut anime asal. Seperti yang kita boleh lihat dalam episod terkini untuk Digimon Adventure (2020), nampaknya kitaran evolusi mereka semakin bercabang.

Episod 32 telah menarik elemen penting dari Digimon Adventure 02 di mana Patamon tidak akan berevolusi kepada Angemon seperti siri asal, tetapi melihatnya berevolusi kepada Pegasmon (Pegasusmon dalam Digimon Adventure 02) . Kali ini, Patamon tidak lagi memerlukan “Digi-Egg of Hope” untuk berubah. Mari kita lihat:

https://www.youtube.com/watch?v=kKtk_klkQhA

Laluan evolusi yang berbeza bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk anime ini, kerana kita telah melihat MetalGreymon dan WereGarurumon menerima peningkatan dalam bentuk mereka di episod sebelumnya, tetapi ini adalah perubahan besar berbanding anime asal. Dahulu kita boleh lagi mencari kaitan dengan siri lama semasa bahagian pertama anime reboot, tetapi siapalah jangka mereka akan gunakan evolusi daripada Digimon Adventure 02.

Ketika Patamon melihat Taichi dan Sora melawan Fangmon dan Cerberumon, ia berusaha untuk mencari kekuatan dalam dirinya sendiri walaupun sudah menghabiskan banyak tenaga dalam pertarungan bersama DarkKnightmon. Tanpa menggunakan kekuatan Angemon, Patamon berjaya berevolusi kepada Pegasmon. Selepas episod ini, ia menimbulkan banyak persoalan tentang potensi evolusi milik DigiDestined yang lain ketika siri ini makin jauh dalam jalan cerita.

Reboot Digimon Adventure amat berorientasikan pertarungan, dan nampaknya akan memperkenalkan lebih banyak evolusi baru ketika siri berlanjutan. Apakah pendapat anda tentang debut Pegasusmon? Beritahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang!

Tags: Digimon AdventureevolusiPatamonPegasmonPegasusmonreboot
Previous Post

[Review] Cari handphone bajet dengan pemproses Snapdragon 662? Redmi 9T lah jawapannya!

Next Post

Adaptasi game The Last of Us di siri HBO mendapat Pengarah Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Adaptasi game The Last of Us di siri HBO mendapat Pengarah Baru!

Adaptasi game The Last of Us di siri HBO mendapat Pengarah Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd