Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Partner Club Squads diumumkan untuk eFootball PES 2020 serta update Data Pack 3!

Menampilkan update kepada stadium, kit national baru, player face, dan lain-lain.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Partner Club Squads diumumkan untuk eFootball PES 2020 serta update Data Pack 3!
Share on FacebookShare on Twitter

Data Pack 3 untuk eFootball PES 2020 kini boleh didapati melalui muat turun percuma untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC STEAM. Selain itu, KONAMI telah mengumumkan bahawa Partner Club Squads baru juga kini boleh dibeli. Tujuh Partner Club Squads yang disediakan untuk penyokong paling aktif, mengandungi pemain terkini, pengurus, taktik pasukan dan tema untuk kelab yang dipilih. Berikut adalah senarai:

  • Manchester United
  • Juventus FC
  • FC Bayern
  • FC Barcelona
  • Arsenal FC
  • Inter
  • AC Milan

Sebuah kit klasik eksklusif untuk setiap kelab akan ditambah pada bulan Februari. Tujuh Partner Club Squads ini boleh dibeli untuk RM21.00 setiap satu di PlayStation 4, Xbox One dan PC STEAM. Pemain dan Pengurus yang termasuk dalam pek Partner Club Squads tidak boleh digunakan dalam skuad lain
dalam myClub. Begitu juga dengan Pemain dan Pengurus yang diperolehi dalam myClub. Mereka tidak boleh dimasukkan ke dalam Partner Club Squads.

 

1 of 8
- +

Data Pack 3 membawa pelbagai update stadium termasuk penambahbaikan kepada Cicero Pompeu de Toldeo (São Paulo), Old Trafford (Manchester United) dan Allianz Stadium (Juventus FC). Arena do Grêmio ialah stadium terbaru yang menyertai eFootball PES 2020 dan peminat dapat menikmati suasana yang unik di Grêmio FC pada waktu siang dan malam. Data Pack 3 juga mengandungi wajah baru untuk pemain seperti Tyrone Mings, Donyell Malen, Ivan Perišić, Fikayo Tomori dan Renan Lodi
dengan avatar yang realistik dan sangat terperinci.

 

1 of 2
- +

Pada masa yang sama, Data Pack 3 mempunyai kemas kini kepada but bola sepak. Ini termasuk empat but Adidas baru (Copa, NEMEZIZ, Predator, X) dan tiga but Mizuno baru (MORELIA NEO II, REBULA3
RED / WHITE, REBULA3 BLACK / YELLOW). Semua direplikasikan mengikut reka bentuk sebenar. Ini mungkin update visual yang paling menarik di Data Pack 3 dengan penambahan update kepada kit nasional Jerman, Sepanyol, Jepun, Northern Ireland, Wales, Belgium dan Scotland yang menerima kit Adidas baru.

Akhir sekali, kemas kini hari ini juga mengimplementasikan beberapa perubahan dan pembetulan berikutan maklum balas dari komuniti. Peminat boleh lihat perubahan di halaman Facebook PES DEV Team.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Data Pack 3eFootball PES 2020Partner Club SquadsUpdate
Previous Post

CALL OF DUTY: MODERN WARFARE kini hadir dengan Battle Pass yang mengandungi pelbagai barangan percuma!!

Next Post

Red Dead Redemption 2 kini tersedia untuk pemain PC di Steam untuk RM219!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Red Dead Redemption 2 kini tersedia untuk pemain PC di Steam untuk RM219!

Red Dead Redemption 2 kini tersedia untuk pemain PC di Steam untuk RM219!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd