Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Parasyte: The Grey Bakal Hadir ke Netflix pada 2024! Twist Baharu Siri Parasyte oleh Korea!

Maira by Maira
February 7, 2024
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Parasyte: The Grey Bakal Hadir ke Netflix pada 2024! Twist Baharu Siri Parasyte oleh Korea!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah mendedahkan bahawa siri adaptasi live action Korea untuk siri manga Parasyte akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2024! Melalui video teaser baharu, anda boleh melihat teaser pendek Parasyte: The Grey yang memaparkan bagaimana Parasyte membuat huru-hara dalam siri itu nanti. Anda boleh tonton teaser tersebut di bawah.

Kalau anda ingin tahu, adaptasi live action ini telah pun diumumkan pada Ogos 2022. Penceritaannya juga berbeza daripada siri manga dan ia menampilkan jalan cerita original.

Anda akan mengikuti Jeong Su-in yang telah bersama parasyte selepas gagal mengambil alih otaknya. Selepas itu, kita akan diperkenalkan dengan Seol Kang-woo, seorang lelaki yang memburu parasite untuk mencari adik perempuannya serta Choi Jun-kyung, ketua kepada anti-parasite task force yang telah kehilangan suaminya akibat daripada makhluk asing tersebut.

Buat masa ini tiada tarikh tayangan rasmi yang diumumkan, jadi kita tunggu pengumuman lanjut mengenainya.

Parasyte: The Grey brings the beloved manga by Hitoshi Iwaaki to life in an all-new setting and story: Korea.

Parasitic life-forms that live off of human hosts strive to grow their power and disrupt society. A group of humans wage war against the rising evil. Coming soon. pic.twitter.com/66Ibs3IC2y

— Netflix (@netflix) February 6, 2024

Buat anda yang tidak mengenali siri Parasyte, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Hitoshi Iwaaki pada 1988. Siri itu bukan sahaja mendapat spin-off bertajuk “Parasyte Reversi” malah ia turut mendapat adaptasi anime oleh Madhouse pada 2014. Tidak dilupakan juga adaptasi filem live action yang turut ditayangkan pada tahun yang sama.

Sumber: Madhouse

Manga itu berlaku di dunia, di mana makhluk asing yang dipanggil Parasite datang ke Bumi dan mula mengambil alih manusia dengan masuk melalui hidung dan telinga mereka dan melekatkan diri mereka ke otak mereka. Makhluk asing yang dipanggil Migi hanya mampu mengambil alih lengan kanan pelajar sekolah, Shinichi Izumi, dan tidak dapat mengawal Shinichi sepenuhnya. Migi dan Shinichi belajar untuk tinggal bersama dan kedua-duanya bertarung dengan Parasite lain yang melihat manusia hanya sebagai makanan.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai siri Netflix daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: ParasyteParasyte: The Grey
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Game Pass Februari 2024 Bawa Resident Evil 3, Madden NFL 24 & Banyak Lagi!

Next Post

DLC Atomic Heart “Trapped in Limbo” Kini Tersedia, Dapatkan Diskaun Sehingga 50% untuk Semua Edisi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
DLC Atomic Heart “Trapped in Limbo” Kini Tersedia, Dapatkan Diskaun Sehingga 50% untuk Semua Edisi!

DLC Atomic Heart "Trapped in Limbo" Kini Tersedia, Dapatkan Diskaun Sehingga 50% untuk Semua Edisi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd