Memilih Monstie yang tepat dalam Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection bukan sekadar memilih monster kegemaran.
Walaupun ramai memberi tumpuan kepada stat yang jelas seperti kuasa serangan atau afiniti elemen, sebenarnya game ini menyembunyikan beberapa mekanik yang memberi kesan terhadap prestasi sesebuah Monstie dalam combat.
Lebih penting lagi, sesetengah ciri-ciri ini (terutamanya Stamina Tendency dan Skill Tendency sesebuah Monstie) tidak boleh ditukar atau diubah oleh pemain.
Oleh sebab itu, ciri-ciri ini sering kali menjadi lebih penting dalam pemilihan Monstie berbanding stat, skill, mahupun susunan gene, yang akhirnya boleh diselaraskan kemudian melalui sistem Rite of Channeling.
Memahami sistem-sistem ini boleh membezakan antara membina pasukan yang seimbang dan berakhir dengan Monstie yang sentiasa membazirkan stamina atau menggunakan skill yang salah pada masa yang salah.
Panduan ini mengupas faktor-faktor terpenting yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih Monstie, termasuk stat asas, skill, elemen resistance, serta ciri Stamina Tendency dan Skill Tendency yang sering diabaikan.
Panduan ini mengandungi spoiler besar, jadi sila ambil perhatian sebelum membaca!
Jenis Elemen dan Resistance (Rintangan)

Salah satu ciri terpenting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih Monstie ialah elemen yang digunakan olehnya.
Setiap monster mempunyai jenis elemen seperti:
- Fire
- Water
- Thunder
- Ice
- Dragon
- Non-elemental

Tidak seperti gene, skill, atau bonus stat, elemen asas dan elemen yang digunakan oleh sesebuah Monstie tidak boleh ditukar. Oleh sebab itu, elemen yang anda pilih akan menentukan sejauh mana keberkesanan Monstie tersebut terhadap musuh tertentu sepanjang bermain.
Banyak monster sangat bergantung kepada serangan elemen, terutamanya dalam combat di peringkat endgame. Membawa Monstie dengan elemen atau rintangan yang betul boleh mengurangkan damage yang diterima dengan ketara sambil meningkatkan output serangan anda sendiri.
Oleh sebab itu, membina pasukan dengan liputan elemen yang banyak sering kali lebih penting daripada sekadar memilih monster yang paling kuat.
Ciri Yang Sering Diabaikan: Monstie Tendency

Selepas meneliti stat, skill, dan gene, ramai pemain menganggap mereka sudah menilai sepenuhnya sesebuah Monstie. Namun, ada dua ciri tersembunyi yang sering terlepas pandang oleh pemain:
- Stamina Tendency
- Skill Tendency
Tidak seperti stat, gene, atau skill, ciri-ciri ini tidak boleh ditukar sebaik sahaja sesebuah Monstie diperoleh. Oleh sebab itu, ia boleh dianggap sebagai antara faktor terpenting dalam menentukan sama ada sesebuah Monstie berbaloi untuk disimpan dalam jangka masa panjang.
Ciri-ciri ini mempengaruhi tingkah laku Monstie apabila dikawal oleh AI.
Ini amat penting dalam Monster Hunter Stories 3 kerana Monstie mungkin masih melakukan tindakan secara bebas semasa combat, dan tendency mereka akan mempengaruhi apa yang mereka pilih untuk lakukan dalam situasi tersebut.
Stamina Tendency
Stamina Tendency sesebuah Monstie menentukan sejauh mana kemungkinan ia menjimatkan stamina atau bergantung kepada serangan biasa berbanding menggunakan skill yang menghabiskan stamina secara sendiri.
Ada tiga tendency:
Cautious

Monstie dengan tendency Cautious jarang menghabiskan stamina untuk skill.
Sebaliknya, mereka lebih suka menjimatkan stamina dan bergantung kepada serangan biasa kecuali benar-benar perlu.
Oleh sebab itu, Monstie Cautious mempunyai peluang lebih tinggi untuk melakukan serangan biasa seperti serangan Power, Speed, atau Technical berbanding menghabiskan stamina untuk skill. Tingkah laku ini juga boleh meningkatkan peluang untuk mencetuskan mekanik seperti Second Wind, kerana stamina lebih kerap dikekalkan.
Ciri ini sesuai jika:
- Monstie anda mempunyai skill yang kuat tetapi memerlukan kos stamina yang tinggi
- Anda mahu stamina disimpan untuk saat-saat kritikal
- Anda lebih suka penggunaan skill yang lebih terkawal
Average

Monstie dengan tendency Average seimbang antara menyerang secara biasa dan menggunakan skill.
Mereka kadang-kadang menghabiskan stamina tetapi tidak menggunakannya secara membabi buta.
Ini merupakan jenis tingkah laku yang paling seimbang dan sesuai untuk gameplay secara umum.
Proactive

Monstie Proactive menggunakan stamina secara agresif apabila boleh.
Monstie ini kerap melepaskan skill sebaik sahaja mereka mempunyai stamina yang mencukupi.
Walaupun ini boleh menghasilkan penggunaan skill yang lebih kerap, ia juga boleh menyebabkan Monstie kehabisan stamina dengan cepat, yang berpotensi menghalang anda daripada menggunakan skil yang lebih penting apabila anda benar-benar mahu memberi arahan.
Skill Tendency
Ciri tersembunyi kedua ialah Skill Tendency, yang menentukan jenis skill yang diutamakan oleh Monstie anda apabila ia memutuskan untuk menghabiskan stamina.
Ada tiga tendency utama:
Attack

Monstie berorientasikan Attack mengutamakan skill ofensif.
Monstie ini kerap menggunakan skil yang menyebabkan damage, menjadikannya sesuai untuk strategi agresif yang berfokus pada memberikan kerosakan maksimum.
Support

Monstie berorientasikan Support mengutamakan buff dan skil yang membantu.
Ini boleh termasuk:
- Meningkatkan serangan atau pertahanan
- Kemampuan penyembuhan
- Buff untuk seluruh parti
Monstie Support amat berharga untuk mengekalkan nyawa pasukan semasa pertarungan yang lebih panjang.
Hindrance

Monstie Hindrance mengkhusus dalam memberi debuff kepada musuh.
Kemampuan ini boleh:
- Menurunkan stat musuh
- Mengenakan kesan status
- Mengganggu serangan musuh
Tendency sesuai untuk strategi berasaskan kawalan yang melemahkan monster-monster yang kuat.
Perubahan Sistem Penting dalam Monster Hunter Stories 3

Penting juga untuk memahami bagaimana stamina berfungsi dalam Monster Hunter Stories 3 berbanding entri-entri sebelumnya.
Dalam Monster Hunter Stories yang terdahulu, jika sesebuah Monstie memutuskan untuk menggunakan skill dengan sendiri tanpa diberi arahan, skill tersebut tidak menghabiskan Kinship Gauge. Ini membolehkan pemain kadang-kadang mendapat manfaat daripada penggunaan skill percuma sambil menyimpan Kinship untuk kemudian.
Walau bagaimanapun, Monster Hunter Stories 3 mengubah sistem ini sepenuhnya. Sama ada pemain mengarahkan skill atau Monstie memutuskan untuk menggunakannya secara sendiri, stamina akan sentiasa dihabiskan.
Oleh kerana perubahan ini, Stamina Tendency sesebuah Monstie menjadi jauh lebih penting berbanding game sebelumnya. Monstie Proactive mungkin sentiasa menghabiskan stamina secara sendiri, manakala Monstie Cautious akan menjimatkan stamina dengan lebih konsisten.
Inilah sebabnya ramai pemain berpengalaman menganggap Stamina Tendency (bersama penjajaran elemen) sebagai salah satu ciri terpenting semasa memilih Monstie.
Mengapa Tendency Lebih Penting Daripada Yang Anda Sangka

Pada pandangan pertama, tendency mungkin dianggap seperti kesan kecil. Namun, ia boleh memberi kesan yang sangat besar terhadap tingkah laku sesebuah Monstie semasa combat.
Oleh kerana tendency tidak boleh ditukar selepas memperoleh sesebuah Monstie, ia menjadi ciri jangka panjang yang mempengaruhi prestasi monster tersebut sepanjang bermain.
Bayangkan Monstie anda mempunyai skill yang dahsyat yang memberikan damage besar tetapi menghabiskan sejumlah besar stamina. Idealnya, anda mahu Monstie tersebut menyimpan stamina sehingga saat yang tepat.
Dalam situasi ini, Stamina Tendency Cautious akan menjadi pilihan yang ideal kerana Monstie tersebut akan mengelak daripada membazirkan stamina pada skill yang lebih lemah.
Walau bagaimanapun, jika Monstie yang sama mempunyai tendency Proactive, ia mungkin sentiasa menghabiskan stamina pada skil yang lebih kecil, menyebabkan anda tidak dapat menggunakan serangan kuat tersebut apabila benar-benar memerlukannya.
Memandangkan stamina dihabiskan walaupun apabila Monstie menggunakan skill secara sendiri, tingkah laku ini boleh memberi impak yang jauh lebih besar dalam Monster Hunter Stories 3 berbanding game-game sebelumnya.
Gene Slot dan Bingo Bonus

Salah satu sistem yang paling fleksibel untuk menguatkan Monstie dalam Monster Hunter Stories 3 ialah Gene Board, yang membolehkan kita menyesuaikan abiliti dan bonus melalui Rite of Channeling.
Setiap Monstie mempunyai Gene Board 3×3 yang terdiri daripada sembilan slot. Apabila pertama kali memperoleh Monstie, sesetengah slot ini mungkin terkunci, bermakna gene dalam slot tersebut tidak boleh dipindahkan atau diganti serta-merta.
Walau bagaimanapun, setelah slot dibuka kemudian, pemain mendapat kawalan sepenuhnya ke atas papan tersebut dan boleh menyusun semula atau menggantikan gene mengikut kehendak mereka.
Fleksibiliti ini membolehkan pemain membentuk semula prestasi sesebuah Monstie dalam combat.
Jenis Gene dan Elemen
Gene dikategorikan dalam dua cara utama: jenis serangan dan elemen.
Jenis serangan termasuk:
- Power
- Speed
- Technique
Sementara itu, gene juga boleh membawa salah satu sifat elemen dalam game:
- Fire
- Water
- Thunder
- Ice
- Dragon
Oleh sebab itu, gene boleh menggabungkan kedua-dua atribut. Sebagai contoh, sesebuah gene mungkin diklasifikasikan sebagai gene Fire Speed, bermakna ia menyumbang kepada kedua-dua Bingo bonus jenis Speed dan Bingo bonus elemen Fire.
Sesetengah gene juga tidak mempunyai jenis serangan, bermakna ia hanya membawa atribut elemen. Gene seperti ini kadang-kadang digunakan semata-mata untuk membantu melengkapkan corak Bingo elemen.
Memahami klasifikasi ini penting kerana ia menentukan bagaimana Bingo bonus diaktifkan.
Bagaimana Bingo Bonus Berfungsi

Bingo bonus berlaku apabila gene daripada jenis atau elemen yang sama sejajar pada Gene Board.
Penjajaran ini boleh berlaku:
- Secara mendatar
- Secara menegak
- Secara pepenjuru
Apabila tiga gene yang sepadan sejajar dalam satu baris, ia menghasilkan Bingo, yang memberikan bonus stat atau combat bergantung pada jenis Bingo yang dicetuskan.
Game memberi ganjaran kepada pemain berdasarkan jumlah keseluruhan Bingo yang dicapai:
- 1 Bingo
- 3 Bingo
- 5 Bingo
Walaupun boleh meletakkan pelbagai gene daripada jenis yang sama pada slot gene Monstie anda, Bingo bonus sebenar hanya diaktifkan apabila anda mencapai 1, 3, atau 5 Bingo yang sepadan dalam satu baris. Ini bermakna hanya mengisi slot dengan gene yang sama tidak akan memberikan bonus tambahan melebihi ambang tersebut.
Walau bagaimanapun, menambah salinan tambahan sesuatu gene masih boleh menjadi sangat berguna.
Contohnya, jika anda memberi tumpuan kepada gene Fire, mempunyai gene Fire tambahan yang mengisi slot akan meningkatkan potensi Fire damage yang diberikan, kerana bonus berskala dengan bilangan gene yang menyumbang kepada elemen tersebut. Ini juga terpakai untuk setiap elemen dan jenis gene yang lain.
Walau bagaimanapun, memaksimumkan Bingo tidak semestinya menjadi satu-satunya matlamat.
Mencampurkan Kombinasi Bingo

Pemain juga boleh mencampurkan jenis Bingo yang berbeza untuk mencapai pelbagai bonus secara serentak.
Sebagai contoh:
- Sebuah Gene Board mungkin mencapai lima Bingo Fire sambil turut menghasilkan dua Bingo Speed.
- Binaan lain mungkin memberi tumpuan kepada enam Bingo Power bersama tiga Bingo elemen.
Susunan hibrid ini membolehkan pemain menggabungkan bonus ofensif, menguatkan elemen, dan kesan taktikal bergantung pada peranan yang dimaksudkan untuk Monstie tersebut.
Semasa membina Gene Board anda, penting untuk mempertimbangkan kedua-dua gene yang anda mahu pasang dan corak Bingo yang akan dihasilkan, kerana kedua-dua sistem ini berfungsi bersama-sama untuk menentukan prestasi akhir Monstie anda.
Oleh kerana gene boleh disusun semula dan diganti melalui Rite of Channeling, sistem ini memberikan kebebasan yang besar untuk bereksperimen dan mencantikkan Monstie dari semasa ke semasa.
Strategi Semasa Membina Bingo

Walaupun menimbun Bingo boleh memberikan bonus yang kuat, pemain mungkin kadang-kadang memilih untuk membina Gene Board mereka secara berbeza bergantung pada strategi mereka.
Sebagai contoh, sesetengah pemain mungkin tidak semestinya memerlukan bonus yang diberikan oleh kombinasi Bingo tertentu. Dalam kes ini, mereka mungkin memilih untuk menyebarkan gene mereka bagi mengutamakan skill atau kesan pasif tertentu dan bukannya penjajaran Bingo.
Satu lagi strategi yang biasa ialah memberi tumpuan sepenuhnya kepada satu elemen. Jika pemain mahu Monstie mengkhusus dalam Fire damage, mereka mungkin mengisi hampir keseluruhan Gene Board dengan gene Fire untuk memaksimumkan bonus elemen.
Satu perkara menarik berlaku apabila pemain membina Gene Board dengan lapan gene daripada jenis yang sama dan satu gene yang berbeza.

Jika gene yang berbeza diletakkan di salah satu slot tengah di bahagian kiri atau kanan papan (baris tengah), ia sebenarnya boleh meningkatkan jumlah keseluruhan Bingo yang dicapai.
Dalam susunan ini, pemain boleh mendapat enam Bingo berbanding lima, menjadikannya cara yang lebih cekap untuk memaksimumkan Bingo bonus walaupun satu gene berbeza daripada yang lain.
Berbanding menghasilkan lima Bingo, susunan ini boleh menghasilkan enam Bingo, menjadikannya susun atur yang lebih cekap untuk memaksimumkan bonus.
Oleh sebab itu, penempatan gene boleh menjadi sama pentingnya dengan gene itu sendiri.
Gene Yang Disyorkan Untuk Diperhatikan

Semasa memilih gene untuk Monstie, pemain secara amnya harus mengutamakan saiz gene yang lebih besar, terutamanya yang bertanda (XL). Gene ini memberikan bonus yang paling kuat dan menggunakan sembilan slot Gene Board yang terhad dengan paling cekap.
Gene Elemental Attack Boost
Salah satu gene yang paling penting untuk binaan elemen ialah Elemental Attack Boost. Sebagai contoh, Fire Atk Boost (XL) meningkatkan damgae elemen Fire dengan drastik dan merupakan gene jenis Power. Gene seperti ini amat bernilai kerana ia mengukuhkan setiap skill elemen yang digunakan oleh Monstie anda.
Skill Serangan Elemen Yang Kuat

Gene serangan damage tinggi juga boleh menjadi berguna. Nonocious Spit (XL) ialah contoh yang baik, memberikan damage elemen Water yang kuat sambil menyumbang kepada Bingo jenis Power.
Walau bagaimanapun, banyak build masih mengutamakan Elemental Attack Boost terlebih dahulu kerana ia meningkatkan output damage keseluruhan.
Gene Utiliti dan Kelangsungan Hidup

Sesetengah gene berfokus pada survival atau ketahanan jangka panjang. Self Heal (XL) memulihkan jumlah HP yang sederhana setiap pusingan dan merupakan gene jenis Fire-element Speed, menjadikannya berguna untuk build yang memerlukan ketahanan tambahan semasa combat yang lebih panjang.
Begitu juga, Evasion Ability (XL) meningkatkan evasion dengan ketara, membantu Monstie mengelak serangan sepenuhnya.
Gene Buff dan Support

Gene berorientasikan support boleh memberikan buff yang kuat. Blazing Howl memberikan Fire Attack Up dan Fire Defense Up kepada semua rakan, manakala Bubbly Dance boleh memberikan Water Attack Up, Dodge Up, dan Regeneration kepada pengguna.
Abilitiini boleh menguatkan Monstie atau malah menyokong seluruh pasukan.
Pengurusan Stamina dan Sumber

Pengurusan stamina amat penting dalam Monster Hunter Stories 3, menjadikan Stamina Surge (XL) sebagai gene yang sangat bernilai. Gene jenis Thunder Speed ini meningkatkan penjanaan stamina, membolehkan Monstie menggunakan skill dengan lebih kerap.
Gene Lain Yang Perlu Diberi Perhatian
Beberapa gene berguna tambahan termasuk:

- Critical Kinship (XL) — meningkatkan perolehan Kinship Gauge dengan banyak apabila melakukan serangan critical
- Tenacity (XL) — membolehkan Monstie bertahan daripada serangan maut jika HP melebihi 50%
- Critical (XL) — meningkatkan kadar critical, terutamanya berguna untuk build yang berfokus kepada critical
Ada juga gene yang meningkatkan rintangan terhadap elemen tertentu, seperti Thunder Defense Boost (XL). Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, biasanya lebih praktikal untuk meningkatkan kelangsungan hidup keseluruhan Monstie berbanding memberi tumpuan khusus kepada pertahanan elemen.
Pengecualian utama ialah untuk monster tertentu yang mempunyai kelemahan luar biasa. Sebagai contoh, Anjanath mempunyai elemen Dragon tetapi juga lemah terhadap serangan Dragon, menjadikan gene rintangan Dragon sangat berguna dalam situasi tersebut.
Stat Monstie

Apabila pertama kali menetaskan atau merekrut sesebuah Monstie, anda akan melihat beberapa stat asas seperti Health, Attack, Critical Rate, Speed, Defense, dan Wyvernfell.
Nilai-nilai ini menentukan prestasi Monstie dalam combat, tetapi penting untuk diambil perhatian bahawa Monstie daripada spesies yang sama cenderung mempunyai julat stat asas yang sangat serupa.
Oleh sebab itu, stat sahaja biasanya bukan faktor penentu semasa memilih Monstie.
Skill dan Environment Skill

Monstie juga dilengkapi dengan Skill, iaitu abiliti aktif yang boleh digunakan dalam combat.

Environment Skill pula ialah bonus pasif yang kekal aktif selagi ia hadir pada gene board Monstie.
Kedua-dua jenis abiliti ini boleh diubah suai kemudian melalui Rite of Channeling, membolehkan kita memindahkan abiliti antara Monstie.
Petua Akhir Untuk Memilih Monstie Terbaik

Semasa memilih Monstie, penting untuk memahami ciri mana yang kekal dan ciri mana yang boleh diubah suai kemudian.
Oleh kerana elemen yang digunakan, Stamina Tendency, dan Skill Tendency tidak boleh ditukar, ia harus menjadi keutamaan tertinggi semasa memutuskan sama ada untuk menyimpan sesebuah Monstie. Faktor lain seperti stat, skill, dan gene boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui sistem penyesuaian dalam game.
Sesebuah Monstie dengan stat yang sedikit lebih rendah tetapi mempunyai tendency dan elemen yang betul mungkin akhirnya berprestasi jauh lebih baik daripada monster yang lebih kuat tetapi mempunyai ciri tingkah laku yang kurang sesuai.
Walau bagaimanapun, tiada satu cara yang “betul” untuk bermain. Sesetengah pemain mungkin lebih suka mengikuti build yang sangat dioptimumkan, mengumpul Bingo dan gene XL untuk menghasilkan Monstie yang paling cekap.
Yang lain mungkin bereksperimen dengan kombinasi, gene board hibrid, atau bahkan setup yang terlampau gila semata-mata untuk melihat apa yang berkesan.
Game ini tersedia sekarang di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
Jika ingin melihat panduan kami yang lain untuk game ini, sila rujuk pautan di bawah:
![[PANDUAN] Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Rahsia Membina Monstie Terkuat!](https://cdn.gamersantai.com/2026/03/MH-STORIES-3_MONSTIE_FI-750x375.jpg)








Discussion about this post