Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] Tower of God: New World — Kembali ke Tower Dengan Pengembaraan Baharu!

Maira by Maira
July 20, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Pandangan Pertama, Review
0 0
0
[Pandangan Pertama] Tower of God: New World — Kembali ke Tower Dengan Pengembaraan Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Game Tower of God: New World akan dilancarkan tidak lama lagi oleh Netmarble. Diadaptasi daripada siri manhwa popular dengan tajuk yang sama, anda akan mengalami semula plot cerita yang berpusat kepada watak utama, Bam yang telah memasuki Tower misteri untuk mencari rakannya, Rachel. Kami telah mendapat peluang untuk mencuba game ini lebih awal. Jadi kami tidak sabar untuk kongsikan pandangan pertama kami mengenainya! Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca!

Grafik & Persembahan

Sejujurnya, grafik game nampak sangat baik dan kemas untuk sebuah game mobile 3D. Ini termasuk juga dengan animasi watak lebih-lebih lagi apabila mereka menggunakan kebolehan Ultimate masing-masing. Kebanyakan watak mendapat rupa yang dikemas kini, jadi ia kelihatan sedikit berbeza daripada siri manhwa. Ditambah pula dengan gaya “anime” yang digunakan, ia seperti game anime lain yang anda temui di pasaran.

Kredit: Netmarble

Seperti yang kami perkenalkan, game ini akan membawa anda melalui penceritaan sama seperti manhwa melalui Story Mode. Tetapi ada beberapa tambahan yang diberikan, antaranya pengenalan kepada Rin, watak yang akan membantu kita sepanjang game. Senang cerita dia seperti tukang ajar yang akan menunjukkan segala selok-belok game serta mekaniknya.

Watak-watak dalam Tower of God: New World juga mempunyai suara penuh dalam pelbagai bahasa. Setiap pelakon suara anime untuk watak kembali untuk meminjamkan suara mereka. Jadi kalau anda yang suka gunakan audio bahasa Jepun, memang bertuahlah!

Kredit: Netmarble

Gameplay 

Memandangkan game ini lebih kepada idle game, tidak banyak perkara yang anda perlu buat semasa dalam battle. Anda hanya perlu memilih kebolehan Ultimate untuk watak sahaja. Tetapi boleh sahaja anda biarkannya secara automatik. Perkara yang betul-betul anda perlu lakukan hanyalah membina pasukan yang terbaik dengan watak-watak yang anda ada.

Kredit: Netmarble

Terdapat dua aspek yang anda perlu fokus iaitu role dan elemen. Untuk elemen, ia mempunyai gaya seperti main oh-som, di mana elemen yang lebih kuat akan memberikan damage berganda, manakala elemen yang lemah pula akan dikurangkan damage. Terdapat juga buff pasukan jika anda membawa bilangan berbeza untuk watak dengan elemen yang sama. Senang cerita, lebih banyak elemen sama yang digunakan, lebih tinggi buff yang anda dapat.

Kredit: Netmarble

Untuk combat, parti anda dikompos dengan 5 orang satu pasukan, dengan susunan 3 barisan hadapan dan 2 barisan belakang. Untuk barisan hadapan, anda perlu menggunakan watak tank atau melee, yang akan memberikan damage, manakala barisan belakang pula untuk watak sokongan atau penyerang jarak jauh.

Kredit: Netmarble

Kebanyakan game mobile pasti membuatkan anda menaikkan level setiap watak, tetapi berbeza dengan Tower of God: New World, anda boleh naikkan semua level watak serentak menggunakan Shinsu Link. Ciri ini terikat pada formasi untuk ahli pasukan anda, jadi tidak perlulah anda susah payah untuk upgrade semua watak parti satu per satu. Sebagai contoh, jika slot tengah Shinsu Link anda level 40 dan mempunyai watak pada slot tersebut, bermakna mereka berada pada level 40. Jadi kalau anda ingin tukar dengan watak level 1 pada slot tersebut, watak tersebut akan serta merta menjadi level 40.

Watak juga boleh ditingkatkan dengan equipment berbeza yang digunakan watak. Selain itu, terdapat Limit Break untuk naikkan level skill watak dengan menggunakan kad klon watak tertentu. Stat watak juga boleh dinaikkan dengan Proficiency dan Rapport.

Kredit: Netmarble

Bosanlah kalau main Story Mode sahaja, betul tidak? Tower of God: New World memperkenalkan pelbagai mode lain yang anda boleh mainkan iaitu:

  • Adventure Mode: Takluki setiap tingkat yang ada dalam Tower dengan mengalahkan musuh.
  • Expedition Mode: Hadir dengan gameplay seperti Trail Area, Arena, Conquest Mode dan Battle Facility.
Kredit: Netmarble

Gacha

Seperti game mobile anime yang lain, game ini juga mempunyai sistem gacha untuk anda dapatkan watak baharu untuk parti anda. Nasib baik sistemnya agak baik kerana anda boleh pilih sendiri 5 watak daripada senarai watak SSR untuk dapatkan rate-up. Selepas anda pull 100 kali, anda boleh mendapatkan SSR bonus dan dapatkan watak SSR daripada banner yang tersedia. Kalau ia mencecah 200 pull, anda boleh mendapatkan bonus SSR+, di mana anda diberikan satu peluang untuk menukarwatak yang anda tidak inginkan. Malangnya, kami tidak menjumpai berapa banyak peratusan untuk dapatkan watak SSR dalam game ini.

Kredit: Netmarble

Kesimpulan

Tower of God: New World nampaknya sebuah game mobile yang baik dan peminat siri ini mungkin akan menyukainya. Dengan persembahan serta gameplay yang lancar dan kemas, rasanya tidak banyak masalah yang akan ditemui pemain apabila ia lancar nanti. Mekanik seperti Shinsu Link juga memudahkan pemain untuk bina parti terhebat mereka tanpa sesi grind yang lama. Ia juga boleh memperkenalkan siri Tower of God kepada pemain baharu yang tidak mengenali siri ini!

Game akan dilancarkan pada 26 Julai 2023 di iOS dan Android! Anda boleh pra-daftar sekarang untuk dapatkan pelbagai ganjaran hebat termasuklah kad SSR [Black March] Bam! Lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan berita menarik lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tower of GodTower of God: New World
ShareTweetSend
Previous Post

[Review] Oppenheimer – Ketahui kisah disebalik pemusnah dunia yang digeruni

Next Post

Game Blizzard Akan Hadir ke Steam, Bermula Dengan Overwatch 2 pada 10 Ogos!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Game Blizzard Akan Hadir ke Steam, Bermula Dengan Overwatch 2 pada 10 Ogos!

Game Blizzard Akan Hadir ke Steam, Bermula Dengan Overwatch 2 pada 10 Ogos!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd