Permainan genre battle royale telah berevolusi dengan cepat, kehadiran permainan seperti Fall Guys dan SpellBreak telah membuktikan yang anda tidak perlukan senapang untuk jadi orang terakhir yang survive. Sekarang saya nak kenalkan anda dengan Naraka: Bladepoint, iaitu permainan multiplayer terbaru berskala besar yang akan tiba di genre battle royale nanti
Baru-baru ini, Naraka telah melancarkan ujian beta yang hanya boleh diakses oleh pemilik akaun Steam sahaja, dan telah berlangsung sehingga 27 April lalu. Memandangkan saya pun sudah mencuba, ini adalah pandangan pertama tentang Naraka: Bladepoint, permainan third-person action fantasy dengan elemen parkour.
Grafik
Dari segi grafik, Naraka mempunyai pemandangan in-game-nya sangat cantik, dan model watak juga dipersembahkan dengan sempurna. Kesan kemahiran hero juga mempunyai ketilitian yang tersendiri seperti kesan api Tarka Ji dan bentuk raksasa Tianhai.
Anda juga boleh membuat membuat customization untuk setiap hero, bagi menampakkannya lebih unik. Antara pilihan yang boleh dibuat ialah seperti menukar bentuk muka hero, mengubah warna rambut karakter dan memilih warna kulit mereka.
Mekanisme permainan
Naraka menggunakan mekanisme pertempuran yang berbeza, ia menggunakan kaedah dimana anda perlu memikirkan cara untuk menyerang pemain lain. Permainan ini mempunyai tiga cara yang berbeza untuk menggunakan senjata semasa bertempur, seperti common attack, focus strikes dan counterstrikes. Seperti prinsip “rock-paper-scissor“, common attack boleh menyekat counterstrikes, manakala counterstrikes boleh bertahan dari focus strikes dan focus strikes mampu menghalang serangan normal attack. Tetapi, untuk melakukan counterstrikes, pemain perlu mencari waktu yang sesuai, jika tidak ianya akan gagal dan anda terdedah kepada serangan musuh.
Pertempuran di Naraka juga sangat menarik kerana anda dapat merasakan kepuasan ketika menyerang dan berlawan dengan musuh. Rentak pertempuran game ini sangat cepat, jadi anda boleh menewaskan musuh sekelip mata sahaja.
Untuk pengetahuan pembaca, mekanisme pertempuran Naraka tidak begitu lancar kerana pemain tidak dapat membuat serangan biasa dan serangan berat. Malah, anda juga tidak dapat melakukan charged attack dan normal attack sebagai kombo, ini menyebabkan gameplay pemain menjadi terbatas ketika bertarung. Contohnya, jika anda memilih untuk melakukan common attack dan kemudian ingin membuat focus strike, hero anda akan idle sebentar sebelum melakukan focus strike.
Dalam Naraka: Bladepoint, anda boleh melakukan aksi parkour dengan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Mekanisme ini sangat gempak kerana anda boleh memanjat mana-mana dinding dan bergayut menggunakan grappling hook untuk naik ke atas bumbung atau tempat tinggi dengan mudah. Grappling hook boleh didapatkan di kawasan looting atau dari mayat musuh yang anda kalahkan.
Di samping itu, terdapat item “Souljade” dan shop dalam mod battle royale. Souljade ini sukar untuk dicari, tetapi ia mampu meningkatkan 5% damage pada senjata anda. Shop pula boleh ditemui pada sebuah kotak yang mempunyai tangan, dan fungsinya untuk pemain membeli item-item healing serta Souljade.
Mod “Bloodbath”
Selain mod battle royale, Naraka juga mempunyai mod Bloodbath, iaitu mod multiplayer death match. Dalam mod ini, anda perlu menewaskan ramai pemain untuk menjadi pemenang. Anda juga boleh memilih dan menukar watak serta senjata semasa dalam perlawanan, tetapi item di dalam mod ini sangat terhad. Anda boleh loot item lain dari musuh yang dah mati untuk membantu anda kekal bertarung.
Namun, terdapat kelemahan yang saya rasa boleh diperbaiki untuk mod Bloodbath ini. Contohnya, resurrection time pemain mengambil masa 10 saat untuk anda hidup semula selepas ditewaskan dan ia agak mengganggu tempo pertempuran dalam mod ini. Kadang-kala, anda tidak jumpa musuh tersebut lagi untuk membalas dendam, kerana ia mungkin telah dikalah oleh pemain lain semasa anda dihidupkan semula.
Dalam ujian beta ini, pembangun memberikan 6 pilihan hero dengan kemahiran unik tersendiri untuk anda cuba dalam Naraka: Bladepoint. Berikut adalah hero yang disediakan:
- Tarka Ji mempunyai kemahiran “Inner Fire” dan boleh melakukan “Scorch” semasa menyerang musuh. Mereka yang terkena kesan Scorch ini tidak boleh melepaskan diri, dan akan meninggalkan kesan “Burn” yang menghasil damage berganda. Serangan ultimate Tarka Ji adalah “Blackout”, dimana dia akan dikelilingi oleh api semasa menyerang musuh dan kelajuannya ditingkatkan. Serangan ultimate ini menyebabkan musuh terkena kesan “Burn” dan akan kehilangan HP serta armor mereka.
- Matari mempunyai kemahiran “Silent Flutter” yang membolehkannya membuat teleport ke arah tertentu. Dia juga boleh melakukan “Unseen Wings” untuk menjadi halimunan dan masa cool down skill ini sentiasa menurun apabila diguna. Ketika menjadi halimunan, hanya outline Matari sahaja yang boleh dilihat semasa bergerak dan kadang-kala tidak kelihatan jika dia idle.
- Viper Ning mempunyai kemahiran “Yushan Enigma” yang boleh menghasilkan letupan kecil dan menyebabkan kesan penyembuhan musuh berkurangan. Dia juga boleh melakukan “Twilight Crimson” untuk membuatkan musuh-musuh menjadi kaku selama lima saat apabila terkena serangan ini.
- Temulch mempunyai kemahiran “Zephyr Wisp” yang akan menyeru tiga elf dan whirlwind untuk membantu melawan musuh. Temulch juga mampu menghasilkan “Zephyr Prison” yang membentuk pertahanan sekelilingnya, kemahiran ini mampu menyekat semua serangan jarak jauh dan memperlahankan pemain yang cuba melepasi pertahanan ini.
- Tsuchimikado Kurumi mempunyai kemahiran “Ward” untuk berhubung dengan rakan sepasukan dan memulihkan kesihatan dalam masa yang sama. Pemain juga boleh teleport rakannya untuk menyerang musuh di sekitarnya dengan menekan butang kiri mouse dan memulihkan kesihatan menggunakan butang kanan mouse. “Sacred Circle” yang dihasilkan Tsuchimikado Kurumi mampu memulihkan kesihatan serta kesan negatif kepada pemain, rakan sepasukannya dan musuh.
- Tianhai mempunyai kemahiran “The Divine Bell” yang memberikannya kemampuan untuk bertahan dari semua jenis serangan fizikal untuk sementara waktu. Tianhai mempunyai kemampuan “Titan’s call” dimana dia berubah menjadi raksasa Dajue dan boleh mengangkat dan membaling musuh ke tanah untuk menghasilkan damage yang besar.
Senjata
Senjata di Naraka terbahagi kepada dua jenis, iaitu senjata melee dan senjata jarak jauh. Senjata melee hanya ada tiga sahaja dalam permainan ini, iaitu Great Sword, Long Sword dan Katana. Manakala senjata jarak jauh pula mempunyai lebih banyak pilihan untuk pemain seperti Bow dan Arrow, Repeating Crossbow, Musket dan Cannon. Untuk lebih praktikal, pemain disarankan untuk mengguna senjata melee berbanding senjata jarak jauh kerana sistem win rate di Naraka berdasarkan lebih kepada serangan jarak dekat.
Disebabkan watak-watak dalam Naraka mampu bergerak dengan pantas, melompat ke tempat tinggi dan bergayut menggunakan tali, senjata jarak jauh mungkin tidak efektif untuk menyerang musuh anda. Senjata jarak jauh juga perlu dicas untuk menghasilkan damage yang banyak keatas musuh.
Tambahan pula, setiap senjata mempunyai daya ketahanan yang berbeza. Daya ketahanan senjata melee akan berkurangan dan menyebabkan damage yang dihasilkannya menurun. Manakala jika daya ketahanan senjata jarak jauh telah habis, pemain tidak dapat melakukan tembakan. Bagi memastikan daya ketahanan senjata ini berterusan, anda boleh mencari repair box yang boleh didapati di mana-mana kawasan untuk membaiki senjata tersebut.
Pendapat
Naraka: Bladepoint telah berjaya memberikan elemen baru dalam permainan battle royale kerana ia telah menambahkan mekanisme yang membolehkan pemain bergerak kemana-mana di kawasan peta dengan cepat. Elemen ini membolehkan pemain membuat parkour di dinding, bumbung, kawasan berbatu dan memanjat pokok untuk mereka bergerak dengan lebih bebas.
Dari segi pengalaman bermain, untuk grafik, Naraka telah memberikan kualiti setiap pemandangan dan model karakter dipersembahkan dengan baik dan sedap untuk mata memandang. Manakala dari segi pertempuran, masih ada beberapa aspek yang boleh diperbaiki untuk menjadikan permainan ini lagi hebat. Contohnya seperti keterbatasan pemain untuk melakukan kombo menggunakan normal attack dan charging attack.
Sampai di sini sahaja ulasan saya tentang permainan ini, jika anda berminat untuk mencubanya, Naraka: Bladepoint dijangka akan hadir dalam masa terdekat di Steam. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi permain dan ikuti perkembangannya di Twitter. Anda boleh lihat video gameplay dibawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post