Pandangan pertama disebalik tabir Senua’s Saga: Hellblade II didedahkan!

Diumumkan di acara Xbox Games Showcase Extended pada hari ini, Ninja Theory telah mengeluarkan video disebalik tabir baru untuk Senua’s Saga: Hellblade II. Dalam video ini, Tameem Antoniades dari Ninja Theory berkongsi bahawa pasukan mereka tidak mahu membuat sekuel yang biasa tetapi sebaliknya sesuatu yang lebih bercita-cita tinggi. Walaupun masih dalam pembangunan awal, menurut Antoniades, Ninja Theory telah menghasilkan “sebahagian yang besar” untuk permainan setakat ini dan akan mula mengembangkan permainan penuh pada suatu masa nanti.

Antoniades kemudian menjelaskan bahawa Melina Juergens, yang melakonkan Senua, telah berlatih selama dua tahun untuk mempersiapkan penampilannya dalam permainan. Para juruanimasi permainan juga telah berlatih untuk membantu  karya mereka. Trailer yang didedahkan semasa acara mengandungi campuran klip dunia sebenar semasa proses produksi dan rakaman dalam permainan.

Senua’s Saga: Hellblade II sedang dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5 dan akan dikeluarkan untuk pelantar Xbox dan PC. Selepas dilancarkan, ia akan tersedia di Game Pass, sama seperti mana-mana permainan first-party Xbox.

Untuk segala liputan kami tentang Xbox, sila tekan pautan ini.

Sumber – Xbox

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.