Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Palworld Hadirkan Raid Battle Pertama Bersama Pelbagai Penambahan Baru!

Maira by Maira
April 4, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Palworld Hadirkan Raid Battle Pertama Bersama Pelbagai Penambahan Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah menyepi beberapa minggu, pembangun Pocketpair telah mengumumkan kemas kini baru untuk Palworld yang memperkenalkan Raid Battle pertama serta banyak penambahbaikan baru untuk memberikan pengalaman yang baik untuk pemain.

Seperti yang diacah, Raid Battle pertama Palworld memaparkan Pal baru bernama “Bellanoir”. Dengan mengaktifkan Summoning Altar, Bellanoir akan muncul. Kalahkan raid boss ini bersama-sama Pal di base anda. Terdapat juga versi “Extreme” untuk anda yang sukakan cabaran. Tetapi ianya sangat susah, jadi fikir elok-elok sebelum mulakan battle!

Bersama-sama pengumuman tersebut, beberapa penambahbaikan baru yang telah dibawa dalam kemas kini bahru game. Antaranya adalah:

  • Anda boleh membina bangunan dengan lebih bebas
  • Watak pemain sudah boleh diubah menggunakan “Antique Dresser”
  • “Ore Mining Site” kini boleh dibina di base untuk mendapatkan bekalan ore dengan lebih mudah
  • Memperkenalkan “Electric Egg Incubator”, membolehkan anda mengeram telur tanpa risau tentang suhunya
  • Pal lebih mudah ditangkap dengan skill pasif “Mercy Hit”
  • Stat Pal boleh dilihat dengan lebih mudah dengan “Ability Glasses”
  • Item super rare baharu “Stat Fruit” diperkenalkan untuk meraih Pal yang lebih kuat

Ada banyak lagi penambahan baru yang bakal membuatkan pengalaman bermain anda dalam Palworld lebih baik.

Promosi Steam

Buat anda yang masih belum mempunyai Palworld dan ingin mainkannya, sekarang ini ada promosi khas untuk anda dapatkan game tersebut dengan harga lebih murah. Game itu kini ditawarkan pada harga RM 64.80 di Steam, 10% lebih murah berbanding sebelum ini. Game lain daripada pembangun seperti Craftopia dan AI Art Imposter juga menerima potongan harga di Steam.

Kemas kini besar akan datang

Pocketpair turut merancang untuk mengeluarkan kemas kini besar untuk Palworld pada musim panas 2024 (anggaran Julai – September). Dalam kemas kini itu, pemain akan diperkenalkan dengan pulau baharu yang dihuni dengan pelbagai spesis pal baru. Tower boss baru juga akan didedahkan termasuklah bangunan dan senjata baru. Jadi nantikan kemas kini ini pada masa akan datang.

Palworld tersedia di Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Xbox Game Pass. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: BellanoirPalworld
ShareTweetSend
Previous Post

SaGa Emerald Beyond Demo Bakal Tersedia Di Steam Pada 5 April!

Next Post

Honkai: Star Rail 2.1 Interview — Proses Rekaan Watak, Keseimbangan Unsur Jenaka & Serius Pada Cerita

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Honkai: Star Rail 2.1 Interview — Proses Rekaan Watak, Keseimbangan Unsur Jenaka & Serius Pada Cerita

Honkai: Star Rail 2.1 Interview -- Proses Rekaan Watak, Keseimbangan Unsur Jenaka & Serius Pada Cerita

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd