Selepas mengumumkan kolaborasi bersama One Punch Man pada awal bulan Februari lepas, Overwatch 2 kini mengeluarkan satu per satu teaser. Kolaborasi Overwatch 2 bersama One Punch Man akan bermula pada 7 Mac sehingga 6 April 2023 di semua platform.
Menurut Twitter rasmi Overwatch 2, mereka telah memberikan teaser skin ketiga dalam kolaborasi ini di mana ia menampilkan watak Tatsumaki dan hero yang akan menggunakan skin ini ialah Kiriko.
Skin ini diberi nama “The Legendary Terrible Tornado” dan akan didatangkan dalam bundle yang boleh didapatkan di dalam game dengan hanya 2,100 coin sahaja. Bundle ini dilengkapi dengan “Terribly Impressive Victory Pose dan “Terrible Tornado namecard”.
Semasa membuat pengumuman kolaborasi ini, mereka telah mengeluarkan teaser kepada skin pertama di mana Doomfist akan berpakaian seperti Saitama. Memandangkan Doomfist menggunakan serangan jarak dekat dengan hanya menggunakan tangannya, dia memang sangat sesuai untuk mengenakan pakaian seperti Saitama.
Selain itu, terdapat skin percuma yang boleh didapatkan dengan hanya membuat tugasan yang diberikan. Skin percuma ini adalah untuk Soldier: 76 dengan berpakaian seperti Mumen Rider.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa kolaborasi Overwatch 2 bersama One Punch Man akan bermula pada 7 Mac sehingga 6 April 2023 di semua platform. Jadi, semua skin One Punch Man akan tersedia bermula pada hari tersebut.
Overwatch 2 kini tersedia secara percuma di pelbagai platform termasuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Battle.net.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post