Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Open-World RPG ‘Honor of Kings: World’ Akan Tiba Pada 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2024
in Action, Artikel, Berita, Mobile, Open World
0 0
0
Open-World RPG ‘Honor of Kings: World’ Akan Tiba Pada 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita paling mengejutkan hari ini, Apple mengumumkan bahawa Honor of Kings: World ciptaan Tencent akan dilancarkan secara global pada 2025. Berita ini didedahkan semasa siaran Apple Event 2024, yang turut mengumumkan barisan iPhone 16.

Bagi mereka yang tidak tahu, Honor of Kings: World ialah judul Open-World RPG berdasarkan francais MOBA popular Honor of Kings yang sudah lama popular di seluruh dunia, dan baru-baru ini dilancarkan di Malaysia.

Kredit: Tencent

Dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan diterbitkan oleh Tencent Games, game ini asalnya diumumkan pada 2021. Sudah lama dalam pembangunan, game ini berkongsi trailer gamplay terakhir pada Oktober 2023. Sejak itu kita tidak pernah mendengar apa-apa berita langsung pun.

Menurut Tencent, pemain perlu “menguasai pelbagai abiliti hebat semasa menjelajah benua dan memulakan perjalanan.” Daripada deskripsi, game ini akan mempunyai semua ciri-ciri yang selalunya ada dalam RPG tipikal.

Kredit: Tencent

Pertama sekali, pemain mempunyai akses kepada pelbagai watak berbeza daripada alam Honor of Kings, masing-masing dengan kebolehan dan gaya permainan unik tersendiri.. Semua aksi yang berlaku akan menggunakan “stamina bar” dan mekanik “penukaran watak” ala-ala Genshin Impact digabungkan dengan sistem pertempuran ala Monster Hunter. Untuk meneroka dunia luas ini, beberapa pilihan traversal diwujudkan seperti glider dan zipline, serta hoverboard.

Walaupun mengikuti struktur game popular lain, TiMi berharap populariti HoK dapat membezakannya daripada pesaing lain.

Walaupun Tencent atau Level Infinite tidak mendedahkan tarikh keluaran tepat untuk Honor of Kings: World, kami pasti akan mendapat berita lanjut tidak lama lagi, memandangkan game ini sudah mempunyai tarikh keluaran anggaran pada 2025.

Tags: Honor of Kings: World
ShareTweetSend
Previous Post

Apple Memperkenalkan Siri iPhone 16, Harga Bermula RM3,999!

Next Post

PS5 Pro Akan Didedahkan Malam Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
PS5 Pro Akan Didedahkan Malam Ini!

PS5 Pro Akan Didedahkan Malam Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd