Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Onimusha: Way of the Sword – Akan Datang 25 September, Demo Percuma Kini Tersedia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2026
in Action, Artikel, Berita, Demo, Epic Store, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Onimusha: Way of the Sword – Akan Datang 25 September, Demo Percuma Kini Tersedia
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom mengumumkan bahawa Onimusha: Way of the Sword akan dilancarkan secara rasmi pada 25 September 2026. Game aksi-pengembaraan ini bakal dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.

Bagi meraikan pengumuman ini, satu demo percuma telah dilancarkan hari ini bersama dengan tempahan awal secara digital dan fizikal.

Kembalinya Siri Klasik

Berlatarkan kota Kyoto pada awal zaman Edo, Onimusha: Way of the Sword adalah olahan fantasi gelap kepada sejarah Jepun. Pemain akan mengawal samurai legenda, Miyamoto Musashi, yang model wataknya direka berdasarkan pelakon Toshiro Mifune.

Berbekalkan kuasa mistik daripada Oni Gauntlet, Musashi perlu bangkit menentang Genma… iaitu angkatan iblis yang telah menawan ibu kota tersebut.

Dibangunkan menggunakan RE Engine milik Capcom, game ini menekankan combat pedang yang tepat dan responsif. Pemain perlu menguasai teknik parry, deflection, serta serangan balas “Issen” yang bergantung pada ketepatan masa untuk terus hidup dalam combat menentang tentera iblis mahupun pahlawan musuh.

Trailer Baharu Memfokuskan Gunung Oe dan Shuten Doji

Trailer baharu memfokuskan Gunung Oe, sebuah kubu gunung yang terletak di luar kota Kyoto. Kawasan tersebut telah dikuasai oleh seekor Genma gergasi yang mendakwa dirinya sebagai raja Oni, Shuten Doji.

Trailer menunjukkan Musashi menembus pertahanan kubu berkenaan lalu diakhiri dengan Musashi menggunakan kuasa beliau untuk bertukar menjadi seorang Oni Warrior.

Demo Percuma dan Alat Pengukur Prestasi PC

Demo percuma sedia untuk dimuat turun serta-merta di semua platform. Ia memberi peluang kepada pemain untuk meneroka Kuil Kiyomizu-dera dan menguji kemahiran mereka dalam boss battle menentang Sasaki Ganryu (Sasaki Kojiro).

Pemain yang bermain atau melengkapkan demo ini akan menerima charm “Kubi Akari” sebagai bonus bawaan apabila game penuh dilancarkan pada September nanti.

Bagi pemain PC, Capcom merancang untuk mengeluarkan alat benchmark rasmi sebelum hari pelancaran bagi membantu pengguna mengukur sejauh mana kelancaran game penuh ini apabila dimainkan pada komputer mereka.

Edisi Pre-Order dan Bonus

Tempahan telah dibuka dan menawarkan tiga pilihan edisi:

Standard Edition (Fizikal & Digital)

Mengandungi game asas dan bonus pre-order berikut:

  • Charm: Lion Dog
  • Sword Appearance: Sealed Curse

Deluxe Edition (Digital Sahaja)

Mengandungi game asas dan bonus pre-order tambahan (iaitu charm Lion Dog dan White Monkey, serta sword appearance Sealed Curse dan White Lion). Edisi ini juga didatangkan bersama Deluxe Kit yang mengandungi:

  • Charm: Oni Lady, Little Dancer, Mentor
  • Sword Appearance: Bamboo & Panda, Whittled Oar, Raizan, Enryuu
  • Musashi Outfit: Red Armor
  • Oni Gauntlet: Crimson Lotus

Premium Deluxe Edition (Digital Sahaja)

Mengandungi semua ganjaran pre-order daripada Deluxe Edition, berserta Premium Deluxe Kit yang menggabungkan kandungan Deluxe Kit dengan barangan kosmetik tambahan serta runut bunyi:

  • Haori: Hellfiore Haori, Moonlight Haori, Cloudbiter Haori
  • Okuni Outfit: Flower Dance, Goldfish Dance, Oni Dance
  • Oni Lady Outfit: Bird Call, Snow Camellia, Elegance
  • Ekstra: Mini digital soundtrack dalam game
Tags: DemoOnimusha: Way of the Sword
ShareTweetSend
Previous Post

God of War Laufey – Isteri Kratos Jadi Tumpuan Utama Dalam Game Seterusnya!

Next Post

Silent Hill: Townfall – Akan Datang 24 September, Gameplay & Naratif Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027
Mobile

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

July 21, 2026
Next Post
Silent Hill: Townfall – Akan Datang 24 September, Gameplay & Naratif Didedahkan!

Silent Hill: Townfall – Akan Datang 24 September, Gameplay & Naratif Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd