Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Punch Man: World – Gameplay baru “Vs Bos, multiplayer, & eksplorasi”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
One Punch Man: World – Gameplay baru “Vs Bos, multiplayer, & eksplorasi”
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan manga/anime popular oleh ONE dan Yusuke Murata, game aksi “One Punch Man: World” telah mendedahkan trailer gameplay baharu yang menunjukkan aksi pertarungan bos, aspek multiplayer, eksplorasi dan banyak lagi!

Dibuat oleh Perfect World dan Crunchyroll Games untuk platform PC, iOS dan Android dan sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini, anda boleh melihat perkembangan game dengan lebih terperinci melalui video di bawah:

Antara sorotan dalam trailer gameplay One Punch Man: World ialah pertarungan epik bersama bos kuat. Secara am, kita akan berjuang melalui adegan-adegan paling ikonik daripada musim pertama One Punch Man dan bakal bertemu dengan Crablante, Subterranean King, Vaccine Man, Mosquito Girl, Beast King dan Carnage Kabuto.

Crunchyroll Games

Di sini, kita dapat melihat serba sedikit tentang sistem pertempuran. Sekilas pandangan, pertempuran kelihatan lebih rumit daripada game mobile biasa di mana pemain perlu mengelak pada masa yang sempurna, menguasai kombo berlainan, dan memanfaatkan abiliti Ultimate milik watak kegemaran. Pada masa yang sama, pemaju juga telah menambah abiliti baru untuk watak tersebut (memandangkan abiliti penuh mereka tidak ditunjukkan dalam anime/manga).

Crunchyroll Games

Dalam perjalanan, pemain akan unlock dan menguatkan hero terkenal daripada siri, termasuk Genos, Speed-o-Sound Sonic, Mumen Rider, Puri-Puri Prisoner, Atomic Samurai dan Zombieman. Bagi aspek multiplayer, pemain harus masuk ke hub Hero Association untuk bertemu rakan-rakan, lalu ajak mereka untuk menjalankan misi dan bekerjasama dalam Raid menentang musuh kuat.

Crunchyroll Games

Jika letih melawan raksasa, pelbagai aktiviti sampingan dan mini-game tersedia di Z-City untuk pemain mencuba. Pendek kata, kita boleh menjalankan kehidupan sebagai mana-mana hero dan alami adegan-adegan atau senario yang tidak pernah ditunjukkan dalam anime daripada sudut pandangan serba baharu.

Sinopsis:

“Hero diperlukan dalam One Punch Man: World! Segerombolan serangan raksasa menakutkan telah menyebabkan bandar-bandar di Bumi dan Hero Association di bawah tekanan. Walau bagaimanapun, selepas tiga tahun menjalani latihan khas, Saitama menjadi begitu kuat sehingga boleh mengalahkan musuh dengan satu tumbukan. Masalahnya, Saitama hanya melakukan aktiviti hero untuk berseronok sahaja, dan apabila setiap musuh tumbang dalam satu tumbukan, kuasanya yang luar biasa boleh menjadi agak… membosankan.”

“Kini, di hadapan wira terkuat yang santai itu, musuh baru telahmuncul. Adakah dia dapat menunjukkan kuasa penuhnya hari ini?“

Crunchyroll Games

One Punch Man: World akan dikeluarkan di platform PC, iOS dan Android pada tahun ini dan merupakan game “free-to-play” dengan mikrotransaksi optional. Bagi mereka yang berminat, anda boleh pre-register sekarang melalui laman web rasmi.

Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Tags: GameplayOne Punch ManOne Punch Man: World
ShareTweetSend
Previous Post

Tayangan Dune 2 Rasmi Ditunda oleh Warner Bros., Bakal tayang pada Mac 2024

Next Post

Interview Cuisineer – Pisang goreng atau Goreng Pisang? [BIC23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Interview Cuisineer – Pisang goreng atau Goreng Pisang? [BIC23]

Interview Cuisineer - Pisang goreng atau Goreng Pisang? [BIC23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd