Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Zoro mungkin keturunan samurai legenda Wano!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Zoro mungkin keturunan samurai legenda Wano!
Share on FacebookShare on Twitter

AMARAN: Berikut mengandungi spoiler untuk One Piece bab #1023!

Dalam manga One Piece bab #1023 , Kawamatsu (salah satu ahli Akazaya Nine) dan Hyogoro (bekas yakuza yang paling terkenal di Wano semasa pemerintahan keluarga Kozuki) memberikan beberapa teori menarik tentang keturunan Zoro dan mengapa Hiyori memberikan pedang Enma kepada Zoro, yang dahulu pernah menjadi milik Kozuki Oden.

Pertama sekali, mereka memerhatikan bahawa Zoro amat menyerupai Shimotsuki Ushimaru (Daimyo kepada wilayah Ringo di Wano) daripada segi penampilan, dan juga menggunakan gaya pedang yang sama. Rupanya, Shimotsuki Ushimaru adalah keturunan Shimotsuki Ryuma, yang dahulu digelar sebagai “the God of the Blade”. Kemudian, Kawamatsu membuat andaian bahawa takdir telah membawa Zoro ke Wano, sambil menjelaskan bahawa Ryuma juga seorang samurai yang bermata satu.

Sebagai salah satu samurai paling hebat dari Wano, Ryuma menjadi zombie setelah mayatnya dicuri oleh Gecko Moria. Walaupun menjadi antagonis semasa arc Thriller Bark, dia juga tampil dalam manga one-shot bernama Monsters. Dalam one-shot ini, kita boleh melihat Ryuma semasa dia lebih muda, dan apa yang lebih mengejutkan ialah wajah dia memang serupa 100% dengan Zoro walaupun rambut berlainan warna.

Ini menimbulkan persoalan sama ada Zoro berasal dari negara Wano. Menurut sumber rasmi, Zoro berlatih di sebuah dojo di Shimotsuki Village, yang dinamakan sempena Shimotsuki Kozaburo. Kemungkinan besar, ibu bapanya juga berasal dari keluarga Shimotsuki kerana segala-galanya yang kita tahu tentang Zoro amat sesuai dengan konsep Wano. Satu lagi fakta menarik adalah Zoro juga berkongsi jenis darah yang sama dengan Ryuma, iaitu XF.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Pendek cerita, nampaknya takdir telah membawa Zoro ke Wano dan memang bukan kebetulan dia diberi pedang Enma untuk membantu menghalang rancangan jahat Kaido. Bagaimanakah teori ini akan mempengaruhi naratif One Piece? Ia masih tidak jelas, tetapi sensei-Oda nampaknya akan membuat pendedahan besar dalam bab-bab seterusnya. Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha

Tags: animemangaone pieceShimotsuki UshimaruWanoZoro
Previous Post

Game mobile That Time I Got Reincarnated as a Slime ISEKAI Memories akan datang tidak lama lagi!

Next Post

Ini 5 perkara korang boleh buat dalam Life is Strange: True Colors

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Ini 5 perkara korang boleh buat dalam Life is Strange: True Colors

Ini 5 perkara korang boleh buat dalam Life is Strange: True Colors

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd