Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Straw Hat dituduh culik Vegapunk, bakal jumpa Vivi? (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 14, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece: Straw Hat dituduh culik Vegapunk, bakal jumpa Vivi? (SPOILER)

Sumber - Amanomoon_, Greiish

Share on FacebookShare on Twitter

One Piece mengeluarkan bab 1074 beberapa hari lepas, yang menumpukan pada Egghead Island. Apa yang menarik tentang bab One Piece terkini memfokuskan pada banyak peristiwa sekali gus termasuk keadaan semasa Nefertari Vivi – jadi ada banyak untuk saya jelaskan. Izinkan saya beri rumusan!

AMARAN! DI BAWAH ADALAH SPOILER UNTUK ONE PIECE BAB 1074!!

Sentomaru bantu geng Straw Hat

Di Egghead Island, para askar-askar Cipher Pol (hanya konco, bukan ejen utama seperti Rob Lucci) sedang bertarung seorang Pacifista. Mereka cuba menjelaskan kepada robot itu bahawa mereka satu pasukan, tetapi robot itu enggan mendengar dan teruskan berlawan semua askar Cipher Pol.

Ketika itu, salah satu askar mengenali model Pacifista tersebut. Rupanya ini adalah model paling terbaru dan kuat iaitu: MK. III.

Di Fabriophase (tingkat letaknya kilang), Sentomaru sedang pulih selepas diserang oleh Rob Lucci. Dia cuba mendapatkan maklumat tentang keadaan di pulau kerana tidak dapat menghubungi Dr. Vegapunk.

Membuat kesimpulan dia dianggap sebagai pemberontak oleh pihak ‘Marine’, Sentomaru mengarahkan 50 MK. III untuk melindungi geng Straw Hat semasa mereka melarikan diri dari pulau, serta memastikan Dr. Vegapunk selamat meninggalkan Egghead.

Bonney melihat kisah silam Kuma

Pada masa yang sama, Bonney sedang melihat kisah silam Kuma yang tersimpan di dalam bilik makmal P.A.W.

Khususnya, Kuma (yang lebih muda) telah didera oleh orang yang cuba memasukkannya kembali ke dalam kurungan. Ini menakutkan Bonney untuk terus menonton dan memaksa dia berhenti mengimbau kenangan silam Kuma.

Bonney sedar dia ditolak [oleh memori itu] kerana tidak mempunyai keazaman untuk terus menonton, tetapi memaksa dirinya untuk berani menghadapi memori itu semula demi belajar “mengapa bapanya menjadi cyborg.”

Di tempat lain, Vegapunk: Pythagoras sedang mencari Vegapunk: Stella di makmal — tetapi tiba-tiba, dia diserang oleh individu yang tidak dikenali.

Vivi kembali!

Di penghujung bab 1074, kita dibawa ke ibu pejabat World Economy News Paper. Morgans (presiden World Economy News Paper) baru sahaja dengar tentang apa yang berlaku di Egghead dan ingin menyebarkan berita bahawa Straw Hat Luffy telah menculik Dr. Vegapunk untuk menggambarkannya sebagai orang jahat. Rupanya, Morgans tidak keseorangan.

Nefeltari Vivi, si Puteri Alabasta, meluahkan rasa jijiknya terhadap perbuatan Morgans dan akhirnya kita dapat tahu bahawa Vivi dalam keadaan selamat selepas disahkan hilang dalam One Piece bab 1054. Teryata selama ini dia bersama Morgans dan Wapol! Menurut Wapol, Morgans adalah individu yang “menyelamatkan” Vivi, tetapi adakah cerita itu benar atau tidak – saya tidak pasti.

Kemudian, Morgans mengingatkan Vivi supaya tidak mencampuri urusannya, dan menjelaskan bahawa dia tidak kisah tentang fakta atau fiksyen – yang penting adalah “berita hangat”.


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk spoiler, fakta trivia dan lain-lain, sila tekan pautan ini.

Tags: animemangaone pieceVegapunkVivi
Previous Post

Like a Dragon: Ishin! – Cara-cara kuatkan protagonis melalui mini-game dan misi sampingan!

Next Post

Siapakah M.O.D.O.K? Penjelasan ringkas mengenai MODOK dalam versi komik & MCU!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Siapakah M.O.D.O.K? Penjelasan ringkas mengenai MODOK dalam versi komik & MCU!

Siapakah M.O.D.O.K? Penjelasan ringkas mengenai MODOK dalam versi komik & MCU!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd